Buku "Reaching For The Stars" adalah buku yang ditujukan buat Angkasawan Pertama Malaysia iaitu Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie (Dr SMS). Buku itu memang best dan Bonda cadangkan anda membacanya sendiri. Kenapa Bonda sukakannya? Kerana ia menceritakan tentang latar belakang Dr SMS, bagaimana dia dididik oleh kedua ibu bapanya, persiapannya menuju ke angkasa. Paling penting dan paling bestnya, buku itu ditulis sendiri oleh adik Dr SMS iaitu Sheikh Mustapha Shukor Al-Masrie.
Sebaik saja Bonda mengetahui bekas anak murid Bonda, Sheikh Mustapha Shukor Al-Masrie adalah adik kepada angkasawan Malaysia, Bonda menyimpan hasrat untuk mencoretkan sesuatu sebagai kenangan bersamanya. Bagaimana nak mulakan jika namanya (nama penuh) Bonda tak berapa ingat. Nama separuhnya, Sheikh (panggilan Bonda kepadanya). Bonda suka (senang) dengan dia kerana dia seorang yang kelakar. Tiada masalah disiplin sepanjang ingatan Bonda dan pencapaian akademiknya okay (tidak berada di hujung mana-mana yang extrem).
Iffah, anak Bonda telah share buku "Reaching For The Stars" dengan Bonda kerana dia tau yang Bonda rindukan Sheikh dan mahu tahu cerita mengenainya walaupun dah terlewat. Buku itu ditulis oleh Sheikh untuk abangnya, Dr SMS. Dia menceritakan siapa abangnya, apa sikapnya dan berkongsi pengalaman tentang persediaan abangnya naik ke angkasa lepas sebagai angkasawan Malaysia. Dia mengakhiri tulisannya dengan persoalan-persoalan yang perlu jawapan daripada abangnya apabila abangnya balik dari angkasa lepas.
Ikatan kasih sayang dan kemesraan adik-beradik sungguh kuat antara mereka. Mereka bersatu dan bersama atas nama adik-beradik dan keluarga. Bonda dapat rasakannya. Bonda berdoa semoga semangat, ikatan dan kasih sayang adik-beradik sebegitu juga wujud dalam jiwa anak-anak Bonda.
Sheikh amat rapat dengan Dr SMS walaupun beza umur mereka adalah tiga (3) tahun.
Rupa-rupanya Sheikh mempunyai 5 beradik dan semuanya lelaki.
Daripada kiri ke kanan:
Sheikh Mustapha Shukor Al-Masrie (Ajil), Sheikh Taufik Shukor Al-Masrie (Opik), Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie (Amus), Sheikh Ahmad Shukor Al-Masrie (Abang), Sheikh Arwiz Shukor Al-Masrie (Arwiz)
Membaca buku ini dengan kesedaran bahawa penulisnya telah tiada lagi, menambahkan lagi kesayuan Bonda. Dia meninggal dunia pada 27 Oktober 2007 pada pukul 6.18 petang. Dia pergi dengan pertanyaan-pertanyaan yang tidak sempat dijawab oleh abangnya, Dr SMS.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
dia mati terhantuk kan? tragis betul
ReplyDeleteBetul tu Yan. Baca buku tu memang mengalirlah airmata.
ReplyDeletethis is my second time repeating reading this book..huhu
ReplyDeleteEntry yang menarik. Mohon kongsi di blog saya ye Bonda...posting u 24/08/13. Saya link pada image..
ReplyDelete