Wednesday, October 20, 2010

Apa Menariknya Labuan

Labuan. Apa ada di Labuan? Apa yang menarik dan uniknya Labuan?
Itulah soalan-soalan yang Bonda ajukan kepada orang yang bermastautin di Labuan apabila Bonda sampai buat pertama kalinya di Labuan.

Jika anda berpeluang sampai di Labuan, mesti singgah kat tempat ni .......

Kampung air, tempat yang menarik dan uniknya di Labuan.
Inilah kampung air pertama bagi Bonda walaupun kat Kota Kinabalu pun ade juga, tapi tak pernah sampai pun walaupun dah sampai kat Kota Kinabalu.

Rupa-rupanya sama juga bagi "pemandu pelancong" Bonda, ni first time dia sampai kat kampung air. Inilah rakan yang bonda maksudkan....
Namanya Wan Hanisah, orang Kelantan.
Dia bermastautin kat Labuan dah lebih 10 tahun.
Dia adalah salah seorang tenaga pengajar di Kolej Matrikulasi Labuan.

Bestlah jika dapat sebuah rumah macam ni, betul-betul dekat dengan air.
Bonda memang suka tinggal di rumah yang dekat dengan pantai ke, laut ke, sungai ke, apa tah lagi rumah kat atas air.


Hmmm ..... Tuan punya rumah atas air ni kena bayar cukai tanah juga ke?
Persoalan yang tidak terfikir semasa di Labuan. So tak adalah jawapannya sehingga kini.
Piring astro memang mesti dipasang di rumah-rumah kat sini kerana saluran tv tak banyak pilihan, balik-balik channel tu jugak.

Di kampung air ni, semua ada seperti surau ....

... tadika Kemas ...

... tiang elektrik jalan pun ada ....

Jalan atau lorongnya dibuat daripada konkrit.
Kiranya kukuhlah, motosikal boleh lalu.

Rumah mereka pun ada nombor rumah juga, macam rumah ni ....

Kereta parking kat belakang rumah. Kat depan rumah parking yang ini ......
HoooYooo, bestnya. Kat semenanjung seperti KL, jika ada bot, kena parking kat Port Dickson.
Sewa parking bot aje setiap bulan dah puluh ribu ringgit.
Ni rate parking kat Hotel Avillion Admiral Cove Port Dickson lah.

Ini permandangan dari belakang rumah.
Bilik atau pondok kecik-kecik tu adalah tandas/ bilik air bagi setiap rumah.
Mereka tak perlulah banyak bilik kecik sebab jika berlaku kecemasan, boleh direct aje (agak Bonda lah). Jangan marah. Ada emergency exist.
Macam mana rupa dalam bilik kecik?
Maaflah tak dapat didedahkan kerana tidak berkesempatan.
Bonda merayau-rayau dengan Wan Hanisah aje. So pandangan luar ajelah.

Ada satu benda lagi yang Bonda "tabik spring" kepada penduduk Kampung Air Patau-Patau ni.
Semangat patriotik warga penduduknya. Lihatlah sendiri ....

Bonda sesat jugalah semasa cari jalan pulang sebab banyak sangat lorongnya.
Dahlah tu tak ada nama lorong pulak tu.
Dalam sesat-sesat tu, terjumpalah rumah ni ...
Rupa-rupanya rumah ni sedang dalam proses renovation.

Bonda sangat-sangat berpuas hatilah dapat meninjau-ninjau di kampung air.
Mungkin sekiranya Bonda berkhidmat di Labuan, Bonda akan tinggal atau menyewa di kampung air.

Kampung air boleh dijadikan salah satu daya tarikan pelancong ke Labuan.

8 comments:

  1. Salam Bonda,

    seronok gak ye ke sana. INSYALLAH one day sampai sana kot. Pak sedara ada kat sana.

    ReplyDelete
  2. wahh bonda..mcm seronok je..hehe
    tapi kalau rumah sendiri tepi air ka,bonda tak risau ombak ka ape nanti ke..huhu

    ReplyDelete
  3. Kat kampung air ni tak ada ombak besar. Tapi macam mana pulak dengan kucing-kucing Bonda ya. Jenuhlah ajar toilet train kat mereka. Mereka pun tak bolehlah berkejaran sangat kat luar rumah sebab silap-silap haribulan boleh terbabas terus.

    ReplyDelete
  4. salam untuk bonda.

    rasa bangga berbunga di hati kerana sudi menjengah ke blog BR yg tidak seberapa itu.

    t kasih & salam perkenalan juga untuk bonda.

    ReplyDelete
  5. Slm saya berminat nk ke labuan dan ingin memohon ngajar di pusat matrikulasi Labuan..

    ReplyDelete
  6. Saya adalah salah seorang penghuni rumah atas air tu.. kucing2 kat sini dah mcm penduduk..tak pernah dan belum ada yg kecepuk dlm laut

    ReplyDelete
  7. Sama dengan rumah2 didaratan di semenanjung...ada astro..ada segalanya...beza rumah tu atas air je... kmi juga kena byr cukai pintu...mcm didarat...
    Tapi seronok menikmati mlm yg tenang diseberang bandar labuan ini.. dgn tiupan sepoi angin...deruan ombak.. bak irama indah berdendang mengiringi kehidupan kmi sehingga meniti dewasa..

    Rumah saya tak jauh dari rumah yg puan ambi gambar tu....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...