Friday, May 23, 2014

Langkah 1 Penulis

 Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Assalamualaikum.

Hari ni (22/5/2014) ialah hari kedua Bonda berkenalan dengan Encik Mohd Zubil Bahak daripada Universiti Teknologi Malaysia. Encik Mohd Zubil Bahak ialah salah seorang penceramah dalam Kursus Komunikasi dan Penulisan Berimpak Tinggi di INTAN Kluster Inovasi. Dia memberi bimbingan atas tajuk Menjana Idea & Mengurus Maklumat dalam Penulisan. Secara mudahnya dia berkongsi pengalaman dan memberi bimbingan bagaimana menjadi seorang penulis. Tip yang diberi bukan sahaja tentang penulisan tetapi tentang 3 perkara ni iaitu
1. Membaca secara aktif;
2. Membaca secara pantas;
3. Memfokus.

Kalau nak jadi penulis, kita perlu menulis hari-hari (setiap hari!). Tip ni Bonda juga pernah dengar daripada orang lain sama ada dari Malaysia dan juga luar negara (mat saleh). Apa yang saya nak tulis?

Tulislah perkara/ benda/ subjek yang kita suka/ minat. Paling mudah, tulis apa yang kita buat hari-hari. Catatan jurnal/ diari/ luahan rasa kita pada hari itu. Dalam sehari, banyak aktivit yang kita alami. Antara aktiviti tu, mana yang terkesan dihati? Itulah yang ditulis. Tulis aje 5 ayat tentang peristiwa itu. Lakukan setiap hari. Inilah yang Bonda sedang usahakan, melatih diri menulis hari-hari. Semoga ALLAH memberi kekuatan untuk meneruskannya. Tapi yang penting untuk kita meneruskan aktiviti menulis ni (setiap hari) ialah matlamat. Kenapa kita menulis? Kenapa nak jadi penulis?

Kata Iman al-Ghazali: "kalau kamu bukan anak raja dan engkau bukan anak ulama besar, maka jadilah penulis!" Bonda ni bukannya siapa-siapa untuk dikenali dan diingati apabila Bonda mati nanti. Berapa hari sangatlah orang akan ingat dan nak dikaitkan dengan siapa-siapa pun tak ada. Jadi jawapannya Bonda akan hilang daripada sejarah dengan kematian Bonda. Pepatah Melayu ada menyebut, "harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama." Kenapa orang nak ingat nama kita?

Orang akan ingat nama kita sekiranya kita ada sumbangan kepada manusia/ masyarakat. Itulah mesej yang mahu disampaikan oleh Iman al-Ghazali. Penulisan ialah suatu sumbangan. Alangkah cantiknya jika penulisan kita itu dapat memberi sumbangan yang bermanfaat kepada manusia. Pahalanya berterusan hingga ke akhirat. Apabila meninggalnya seseorang anak Adam, maka terputuslah dia kecuali 3 perkara iaitu:
1. Doa daripada anak yang solleh;
2. Ilmu yang dimanfaatkan;
3. Sedekah jariah.
Oleh itu, marilah sama-sama bertekad untuk merebut peluang dapatkan pahala daripada ilmu yang dimanfaatkan. 

Cukuplah dulu buat kali ini. In sya ALLAH Bonda akan sambung lagi di lain waktu.

Wednesday, May 21, 2014

Kursus Percuma Penjawat Awam

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum.

Subhanallah, Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ALLAH Taala. Gembiranya Bonda pada hari ini (21/5/2014). Hari ni Bonda menghadiri kursus di INTAN Cluster Inovasi. Dulu dikenali sebagai INTAN Wilayah Tengah. 

Tajuk kursus adalah Kursus Komunikasi dan Penulisan Berimpak Tinggi. Kursus ni selama 3 hari. Hari ni baru hari pertama tapi Bonda rasa sangat bersyukur kerana dapat menghadirinya. Topik yang dibincangkan pada hari ini adalah
1. Komunikasi Strategik oleh Pn Suzana Ibrahim;
2. Menjana Idea & Mengurus Maklumat dalam Penulisan oleh En Mohd Zubil Bahak

Pengisian kedua-dua topik ini sangat menarik. Banyak ilmu yang Bonda dapat. In sya ALLAH, Bonda akan buat catatannya dalam entri yang lebih khusus. 

Beruntungnya jadi penjawat awam. Subhanallah, Alhamdulillah. Bayaran yang Bonda bayar untuk kursus 3 hari tu cuma RM30 sahaja. Siap diberi minum pagi dan makan tengah hari. Bayaran itu pulak Bonda dapat buat tuntutan daripada Kerajaan. Duit minyak dan tol pun, Kerajaan bayar jugak. Ilmu yang kita dapat tu bukan untuk melaksanakan tugas aje tapi dapat juga untuk kebaikan diri kita juga. Oleh itu jika anda seorang penjawat awam, berusahalah mohon kursus di INTAN. 

Selain daripada dapat ilmu, kita juga dapat kenalan baru daripada agensi/kementerian lain apabila menghadiri kursus di INTAN. Hari ni Bonda dapat 29 orang kenalan baru (tak termasuk penceramah). Kawan-kawan Bonda tu daripada
1. Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang;
2. Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri;
3. Agensi Remote Sensing Malaysia;
4. Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional;
5. Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (2 orang);
6. Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi;
7. Kementerian Kesihatan M'sia (Bhg. Perkhidmatan Kejuruteraan);
8. Kolej Matrikulasi Kedah, Kem. Pendidikan M'sia;
9. Jabatan Pengurusan, Hospital Sungai Buloh;
10. Cawangan Pengurusan Projek Kompleks, Jabatan Kerja Raya;
11. Yayasan Waqaf M'sia;
12. Bhg. Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh & Sekolah Kecemerlangan (2 orang);
13. Kem. Kesihatan M'sia (Bhg. Keselamatan & Kualiti Makanan);
14. Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara;
15. Jab. Pendidikan Wilayah K. Lumpur;
16. Jabatan Patologi, Hospital Kuala Lumpur;
17. Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (2 orang);
18. Bhg. Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan;
19. Jab. Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan;
20. Cawangan Penggubalan Akta, Bhg. Amalan Perubatan;
21. INTAN Kluster Inovasi;
22. Jab. Imigresen M'sia;
23. Jab. Kesihatan Selangor;
24. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah;
25. Uni. Teknologi M'sia, KL;
26. Pejabat Meteorologi Selangor.

Okaylah, cukuplah setakat ini dulu. In sya ALLAH jumpa lain di lain entri.

Tuesday, May 6, 2014

Nota Serah Tugas

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum,

Memo pertukaran Bonda secara dalaman telah diterima. Pertukaran Bonda berkuat kuasa pada 15 Mei 2014. Perkara pertama yang perlu dibuat adalah menyediakan Nota Serah Tugas. Kalau jawatan bos, Nota Serah Tugas bos disediakan oleh pegawai bawahan. Bonda masih lagi kuli bos. So Nota Serah Tugas, sendiri kena buatlah. 

Menyenaraikan tugas dapat jadi suatu cabaran sebabnya tak dikemas kini setiap tahun dan bos pulak tak kisah @ pantau. So anak buah buatlah seperti rutin biasa yang mana kadang kala silap letak keutamaan & kepentingan tugas. Akhirnya buatlah tugas yang syok dibuat & tugas utama yg kurang syok tu dibiarkan.

Semasa dalam proses melaporkan Kedudukan Terakhir Tugas-Tugas Yang Belum Selesai, baru tahu langit tu tinggi atau rendah. Tujuan buat pelaporan ini adalah supaya tugas-tugas kita dapat diteruskan dengan oleh ... Tu tugas bos lah menentukannya. 

Format Nota Serah Tugas ada disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Tanya Pak cik Google.

Bonda stop kat sini dulu. Nak sambung tugas penyediaan Nota Serah Tugas. Bye

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...