Sunday, January 16, 2011

Fasih "Speaking" secara Mudah dan Murah

Mahir berbahasa Inggeris menjadi satu bonus point dalam apa jua bidang yang diceburi. Bagaimana nak tingkatkan kemahiran berbahasa Inggeris secara mudah dan murah?
Bila disebut kemahiran bermaksud perlu adanya latihan dan dilakukan secara berterusan. Tak perlu hadir ke kelas berbahasa Inggeris sebab kita dah belajar berbahasa Inggeris sekurang-kurangnya selama 11 tahun (zaman persekolahan). Sekarang apa yang perlu dilakukan adalah latihan.

Bonda ingin kongsikan tips yang Bonda dapat daripada Irfan Khairi. Mudah, praktikal dan murah. Cuma perlukan sedikit kemahuan, disiplin dan komitmen daripada diri sendiri.

Pertama: Ambil buku atau apa-apa bahan bacaan berbahasa Inggeris yang menarik minat anda.


Kedua: Baca kuat-kuat. Maksudnya "baca bersuara". Baca perlahan pun tak apa asalkan ada suara yang kedengaran. Tak perlu sehingga orang lain dengar. Cukup setakat telinga kita aje yang dengar. Kita baca dan kita sendiri yang dengar suara kita.

Kenapa kena macam tu? Sebabnya, ini akan menjadikan mulut dan suara kita lebih fasih berbahasa Inggeris. Kalau kita baca dalam hati, bibir dan mulut kita tidak exercise sama. Sebab tujuan utama kita adalah untuk fasih bertutur dalam bahasa Inggeris, bukannya nak memahami maksudnya. Jadi bila kita baca bersuara, ia akan melatih kita lebih lancar berbahasa Inggeris dan secara tidak langsung grammar dan sebagainya akan sebati dalam pertuturan kita.

Selamat berusaha. Dengan iltizam yang kuat dan keizinanNya, pasti kita berjaya.

Thursday, January 13, 2011

X-Factor Pegawai


13 Januari 2011, akhirnya Program X-Factor menjadi kenyataan dengan berlangsungnya pembentangan oleh dua (2) orang Penolong Setiausaha (PSU) di organisasi Bonda. Program X-Factor adalah salah satu aktiviti yang boleh dikaitkan dengan Organisasi Pembelajaran (learning organization).
Dengan kata mudah, Program X-Factor ni adalah program keilmuan.

Hari ini topik yang dibentang atau dikongsi bersama adalah ...
Pengurusan risiko oleh Puan Nur Diyana binti Muhammad Isror

The Power of Negotiation oleh Puan Shara Zuliana binti Shafiee

Program ini dijalankan pada pukul 12.00 tengah hari. Masa yang diperuntukkan adalah 1 jam bagi keseluruhan pembentangan supaya tidak mengganggu masa lunch kakitangan. Akan tetapi, ianya tamat pada pukul 1.35 petang. Yang mengambil masa adalah sesi soal-jawab. Respon daripada penonton sungguh bagus, mereka nampaknya enjoy the presentation and the discussion. Program ini juga dihadiri oleh pegawai-pegawai luar organisasi Bonda (atas jemputan).

Bonda turut merasa gembira kerana Bonda juga menyumbang dalam pelaksanaan program ini. Penglibatan Bonda hanya di peringkat awal. Bonda tidak meneruskannya kerana Bonda bukan desk official yang menguruskan pembangunan modal insan. Bonda yang mohon dilepaskan daripada meneruskan tugasan yang telah Bonda mulakan kerana tugasan Bonda sendiri pun belum selesai. Bonda cuma initiate dengan cara meletakkan idea awal Program X-Factor ke atas kertas. Apabila dah ada garis panduan yang menjelaskan 5Wives 1Husband, mudahlah ia dilaksanakan.
Program X-Factor ini adalah ilham bos Bonda, Encik Khalid bin Abu Bakar, Setiausaha Bahagian. Dia seorang pemimpin yang sentiasa memikirkan idea untuk memberi peluang kepada pengembangan bakat dan potensi pegawai dan kakitangannya. Dia melontarkan idea ni sejak bulan September 2010 lagi tapi lambat direalisasikan oleh pegawainya. Bila dia dah mengamuk dan beri kata dua, baru nampak progress nya.

Pada ketika lontaran idea itu, Bonda baru aje join Unit Dasar, Penyelidikan dan Penandaarasan. Desk official pembangunan modal insan tidak mengambil tindakan segera atas idea itu. Ketua Unit Bonda juga lambat bertindak. Bonda tidak mahu boss mempunyai presepsi negatif ke atas pegawai-pegawai di unit Bonda, tak mahu dengar, dalam mesyuarat, Unit Bonda asyik kena marah aje sebab tak siap atau lewat siapkan tugasan. Jadi Bonda bertindak.

Langkah 1, Bonda mengadakan perbincangan lanjut dengan boss untuk mendapat gambaran yang jelas seperti apa objektifnya, siapa yang terlibat, bagaimana modus operandi dan bila bermula.
Langkah 2, Bonda sediakan draf garis panduan pelaksanaan Program X-Factor.
Langkah 3, Bonda minta pandangan boss tentang kandungan garis panduan itu.
Langkah 4, Bonda murnikan garis panduan itu sehingga ia diterima oleh boss Bonda.

Bila boss dah setuju, Bonda pun sediakan sedikit nota yang memohon persetujuannya untuk dilepaskan Bonda daripada meneruskan tugasan itu. Dengan kata lain, Bonda meletakkan noktah di akhir tugasan dan dibuktikan secara bertulis. Bila boss besar dah luluskan permohonan Bonda, Bonda pun serahkan tugasan itu bersama dengan bukti kelulusan kepada Ketua Unit Bonda. Jadi dia akan mengarahkan pegawai yang sepatutnya (desk official) untuk membuat tindakan seterusnya.

Pesanan Bonda:
Apabila boss telah melontarkan idea, secara tidak langsung itu adalah arahannya untuk dijelmakan. Jadi usahakan untuk merealisasikan hasrat boss (hasrat yang baik-baik aje tau) seberapa segera.

Bonda juga mahu merakamkan penghargaan kepada site dan site 1 yang memberi sedikit kefahaman tentang Learning Organization

Sunday, January 2, 2011

Surat Cinta Membuka Tirai 2011

Tahun 2011. Satu permulaan yang amat berlainan dengan yang lepas-lepas. Apa taknya, 30 Disember 2010, belum pun masuk tahun 2011, Bonda sudah mendapat "surat cinta" daripada boss besar (Setiausaha Bahagian) Bonda.
"Surat cinta" tu bermaksud surat amaran/ peringatan/ aku janji bahawa Bonda berjanji akan menunaikan segala tugas yang diamanahkan dengan cemerlang seperti menyiapkan sesuatu tugasan mengikut tarikh yang ditetapkan. Dah 24 tahun Bonda berkhidmat, belum pernah dapat surat macam ni. Bonda juga dah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak 2 kali sepanjang tempoh itu.

Bonda diberi tempoh 3 bulan iaitu Mac 2011 untuk membuktikan prestasi kerja Bonda. Jika gagal, Bonda boleh dikenakan tindakan seperti dipindahkan ke tempat lain. Sebenarnya bukan Bonda seorang aje yang terima "surat cinta". Semua pegawai dan staf sokongan hinggakan pegawai kontrak pun dapat surat ini. Unit Bonda tak ramai ahlinya. Ada seorang ketua unit (gred 52), 3 orang pegawai (gred 44 dan 41), 2 orang staf sokongan dan 1 orang pegawai kontrak. Dengan kata mudah, ketua unit Bonda cuma perlu mengawal, menyelia dan membimbing 6 orang sahaja staf dalam unitnya. Lu fikirlah sendiri. Itulah dugaan Bonda.

Kerana seekor lembu membawa lumpur, semua terpalit sama. Ini semua gara-gara sikap seorang pegawai gred 48 (time based - cukup masa 10 tahun naik pangkat) yang ambil mudah, tidak mahu berfikir/merancang kerja, tau arahkan orang aje, tidak memberi bimbingan kepada orang bawahan, tak membuat pemantauan, mahu kerja siap dengan cemerlang, pandai bercakap hingga dapat mengubah kesalahan dia kepada orang lain (seolah-olah orang lain yang silap, dia menjadi mangsa apabila tugasan tidak dapat disiapkan).

Boss besar naik angin kerana tugasan yang diberi mengambil masa melebihi 3 bulan untuk disiapkan. Itupun tak siap juga. Tugasnya simple aje, iaitu membuat gap analisis pegawai.
Boss besar Bonda charged kami atas tuduhan tiada kerjasama atau kerja sepasukan. Kami bukannya tak tolong "kawan tu" siapkan tugasan. Tolong. Tapi sakit hati jugalah apabila lihat tiada komitmen dan kesungguhan daripada "kawan tu" dalam menyiapkan tugasan dia. Akhirnya kami juga kena marah bila tugasan tidak siap. Geram betul Bonda.

Okay Bonda terima cabaran ini. Bonda pasti boss besar tau siapa buat kerja, siapa yang pandai cakap aje. Dia mungkin sedang mengumpul bahan bukti sebelum sesuatu tindakan itu dapat diambil ke atas pegawainya yang tidak menjalankan tugasan.
Sebagai persediaan pertahanan diri, maruah dan bukti bahawa Bonda seorang pekerja yang cemerlang, dedikasi dan komited, Bonda akan menggunakan 3 bahan bukti iaitu
  1. Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2011
  2. Borang Kawalan Kerja Bulanan
  3. Buku catatan harian
Itulah azam/matlamat Bonda untuk merekod/ mencatat dan mendokumenkan apa aktiviti/ tugasan/ arahan yang diterima. Bonda bukannya risau sangat sekiranya dipindahkan. Atas sebab apa Bonda ditukarkan, itu yang tak bestnya. Rekod prestasi tercemar.
Selesai satu episod dalam laluan kerjaya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...