Monday, June 14, 2010

Penilaian Tahap Kecekapan Melalui Kaedah Pencerapan

Dalam post ini Bonda akan berkongsi maklumat tentang apa yang dimaksudkan dengan PTK kaedah pencerapan. Ianya merupakan suatu kaedah penilaian yang baru dalam PTK dan akan digunapakai kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Kolej Matrikulasi.

Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) ada 2 komponen iaitu kompetensi generik dan kompetensi fungsional. Hanya kompetensi fungsional PPP Kolej Matrikulasi dinilai melalui kaedah pencerapan (observation). Manakala kompetensi generik dinilai melalui kaedah peperiksaan (setakat ni bagi tahun 2010). Pada tahun 2010, kaedah peperiksaan itu dinamakan Penilaian Pemahaman. Penjelasan tentang Penilaian Pemahaman akan diberi pada lain tajuk. Bonda cuma nak fokus kepada kaedah pencerapan saja dalam post ini.

PTK kaedah pencerapan bermaksud kompetensi fungsional PPP Kolej Matrikulasi dinilai melalui kaedah pencerapan. Mulai September 2010, kaedah pencerapan ini akan digunakan bagi calon gred DG 48, DG 52, dan DG 54. Pada tahun 2011 barulah semua PPP Kolej Matrikulasi (daripada gred DG 41 hingga DG 54) akan menggunakan kaedah pencerapan ini. Walau bagaimanapun bagi jawatan Pengarah dan Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi, kaedah ini tidak terpakai. Pengarah dan Timbalan Pengarah akan menduduki PTK seperti warga PPP gred DG 54 dan DG 52 yang lain (ikut main stream).

Pencerapan ke atas calon PTK dibuat oleh penilai dalaman. Penilai dalaman bermaksud penilai-penilai yang bertugas di tempat yang sama dengan calon. Pelantikan penilai dibuat oleh Panel Penilaian KPM berdasarkan perakuan yang diberi oleh Jawatankuasa PTK Kolej.

Setiap kolej menubuhkan Jawatankuasa PTK Kolej bagi memastikan kelancaran pelaksanaan PTK di peringkat kolej. Jawatankuasa PTK Kolej dianggotai oleh Pengarah, Timbalan Pengarah, semua Ketua Jabatan, Penyelaras PTK dan staf unit pentadbiran kolej. Skop tugas dan tanggungjawab mereka diperincikan dalam buku panduan pelaksanaan PTK kaedah pencerapan. Deraf awal buku panduan ini disediakan oleh desk officer. So jika anda dilantik sebagai desk officer, anda mesti faham dengan jelas tanggungjawab anda dan lakukan dengan terperinci untuk melayakkan diri digelar pegawai cemerlang. Kewujudan kita adalah untuk memberi sumbangan. Jangan pulak, kehadiran kita sama saja ketiadaan kita, tiada apa-apa kesan kepada orang sekeliling kita.

Penilai dilantik berdasarkan kriteria yang ditentukan. Bonda and the gang menentukan kriteria tu tapi dengan persetujuan mesyuarat. Antara kriterianya, penilai berada pada 1 gred lebih tinggi daripada calon atau penyelia terdekat.

Bagi mengelakkan bias, langkah-langkah berikut diambil:
  1. 1 calon dinilai oleh 2 penilai secara bebas;
  2. Penyelarasan markah dibuat sekiranya beza markah melebihi 10 markah antara 2 penilai;
  3. Penilai ke-3 dilantik sekiranya timbul keraguan pada markah calon iaitu sama ada markah calon terlampau bagus atau sebaliknya;
  4. Selain daripada instrumen penilaian, pencerapan juga akan menggunakan rubrik penilaian yang objektif;
  5. Penilai akan diberi latihan sebelum melaksanakan penilaian/ pencerapan.
Dengan adanya langkah-langkah di atas, diharap tahap kebolehpercayaan dan kesahan markah calon ditingkatkan.

Tempoh pencerapan adalah 1 bulan. Jadual pencerapan dibuat atas persetujuan bersama antara penilai dengan calon mengikut kesesuaian. Pencerapan dibuat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p), temubual, dan juga semakan dokumen. Sekurang-kurangnya 2 kali pencerapan dilakukan oleh 1 penilai ke atas 1 calon.

PTK berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat supaya kualiti perkhidmatan PPP sentiasa cemerlang. Perbincangan selepas pencerapan digalakkan dengan tujuan penambahbaikan. Rubrik penilaian yang digunakan dalam kaedah pencerapan bukan suatu yang rahsia. Apabila ia telah mantap dan diluluskan oleh mesyuarat, ia akan di up load di laman web Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi.

Moral of the story: PTK kaedah pencerapan merupakan suatu penilaian kompetensi calon yang lebih objektif dan berlaku dalam keadaan sebenar (tiada simulasi).

Saturday, June 5, 2010

Perbincangan Di Kolej Matrikulasi Perak


Penyediaan pelaksanaan Penilaian Tahap kecekapan (PTK) kaedah pencerapan (observation) telah membawa Bonda ke Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng pada 2 hingga 3 Jun 2010.

Gambar A: asrama lelaki, rumah/blok kediaman staf, rumah pengarah dan rumah tamu. Agak jauh jugalah daripada blok akademik.

Cantik dan nyaman sekali suasana Kolej Matrikulasi Perak. Ianya berada di kawasan berbukit. Turun naik bukit dengan mendaki tangga dah biasa. Lebih sihat duduk kat sini kerana banyak bersenam.



Bonda dan rakan-rakan (kami pergi berempat iaitu 1 Ketua Penolong Setiausaha Unit Penilaian, 2 orang pegawai Unit Penilaian dan 1 orang pegawai kontrak Unit Penilaian) bermalam di rumah tamu Kolej Matrikulasi. Cantik dan luas rumahnya, maklumlah rumah diperuntukkan untuk Ketua Jabatan, besarlah.

Tu pintu masuk utama. Shot dari ruang tamu, di sebelahnya ruangan dapur.

Wet kitchen

Ruang tamu

Ruang istirehat

Ada 4 bilik tidur.
Bilik tidur utama



Seronoknya kalau dapat rumah sebesar ni. Iron dan iron board juga disediakan. Makan malam kami makan di kafeteria bersama student lelaki sebab rumah tamu tu dekat dengan asrama lelaki. Tiap-tiap malam boss yang belanja. Terima kasih boss.


Bonda ke Kolej Matrikulasi Perak untuk membuat pembentangan dan perbincangan dengan pensyarah tentang rubrik dan instrumen PTK. Mulai September 2010, semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG 48 dan DG 52 di kolej matrikulasi akan menduduki PTK kaedah pencerapan. Rasa-rasanya agensi lain belum lagi guna kaedah pencerapan untuk PTK. Bonda pasti BPPK satu-satunya agensi yang menggunakan rubrik selain daripada instrumen penilaian dalam PTK. Sesuai sangatlah dengan visi BPPK: "Peneraju dalam pembangunan dan penilaian kompetensi".

Bonda target dapat menyiapkan rubrik dan instrumen bagi 10 jawatan sepanjang tempoh 3 hari 2 malam Bonda di situ. Perbincangan telah dijalankan secara terperinci kerana ini merupakan peringkat akhir sebelum diserah kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi untuk pengesahan. [Tip: Libatkan boss besar/ketua jabatan sesuatu organisasi (mengikut kesesuaian kaedah) untuk dapatkan kerjasama dan komitmennya. Hal ini dapat melancarkan urusan pelaksanaan kita di peringkat akar umbi.]

Daripada 10 jawatan, hanya 6 jawatan sahaja yang dapat diselesaikan. Jawatan yang belum dapat dimantapkan adalah:
  1. Ketua Unit Kaunseling;
  2. Pen. Pengarah (PP) Kaunseling;
  3. Pen. Pengarah (PP) Peperiksaan;
  4. Pen. Pengarah (PP) Hal Ehwal Pelajar.

Isu besar yang timbul berkaitan 4 jawatan itu adalah pelaksanaan tugas tidak sama dengan sukatan PTK bagi jawatan tersebut. Contohnya, mengikut sukatan PTK, PP Hal Ehwal Pelajar juga mengajar selain daripada menguruskan hal ehwal pelajar. Tetapi pelaksanaan sebenar (pada ketika ini) tidak macam tu. Inilah cabarannya kerana pembinaan instrumen penilaian perlu berdasarkan sukatan. So isu ini akan dibincang dengan pihak pengurusan Bahagian Matrikulasi.


Bonda bersama boss (KPSU) dan pegawai kontrak, Darlida

Bonda bersyukur dan lega kerana dapat pembantu (pegawai kontrak) yang cepat faham dan cekap. Deraf rubrik dan instrumen penilaian Bonda yang sediakan sebelum datang ke kolej matrikulasi, tapi editing (hasil daripada perbincangan) dibuat oleh pembantu Bonda. Tugas Bonda adalah menyemak editing nya sebelum diserahkan kepada boss.

Ingat ya! Jika kita serahkan/ arahkan orang bawah untuk laksanakan tugas, bimbingan perlu diberikan terutama bagi tugas yang baru, dan pantau hasil kerjanya kerana kita masih lagi bertanggungjawab atas kesempurnaan dan kelancaran pelaksanaan tugas itu.

Bagi sesuatu tugas baru (Bonda tiada pengalaman lagi), Bonda akan melaksanakannya dari A to Z termasuk tugas-tugas perkeranian supaya Bonda faham pelaksanaan tugas itu dari aspek teknikal. Bonda belum lagi jadi boss besar, bolehlah dapatkan pengalaman (hands on) teknikal. Bila dah jadi boss besar, lainlah strateginya pula.

Di sini Bonda membuat catatan Standard Operational Procedure (SOP) : Persediaan pelaksanaan mesyuarat/ perbincangan pemantapan rubrik dan instrumen PTK kaedah pencerapan.
Catatan ini sebagai satu panduan kepada pegawai baru untuk melaksanakan tugas yang hampir sama. Pengubahsuaian perlu dibuat sendiri.

Proses ini bermula selepas rubrik dan instrumen digubal buat kali pertama (deraf lagi).
  1. Edit dan selaraskan semua rubrik dan instrumen dalam nada yang sama. Untuk menjadikan ia senada, tugas itu hanya sesuai dilakukan oleh 1 orang saja. Jadi Bonda ambil task itu, lagi pun Bonda adalah desk officer nya.
  2. Bentang dan bincang dalam mesyuarat peringkat organisasi kita (dalam kes ni BPPK). Perbincangan disertai oleh boss-boss dan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dalam task ini.
  3. Editing terakhir (hasil mesyuarat) dibuat.
  4. Sediakan/ plan jadual pelaksanaan mesyuarat/ perbincangan pemantapan secara terperinci seperti tarikh dan masa, jawatan yang akan dibincangkan bagi setiap slot, dan siapa yang perlu hadir dalam perbincangan bagi setiap slot.
  5. Sediakan secukupnya dokumen yang akan digunakan semasa perbincangan iaitu
  • sukatan PTK
  • rubrik dan instrumen
  • borang Akta Rahsia
  • senarai kehadiran
  • softcopy rubrik dan instrumen
  • pensil dan pemadam
  • kertas A4
  • Laptop dan LCD disediakan oleh pihak kolej matrikulasi.
Moral of the story: Sebagai desk officer bagi sesuatu task, kita mesti memahami pelaksanaannya di hujung jari.

Perintis Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi

Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ditubuhkan pada Januari 2007. Tuan Haji Jamaludin Yahaya merupakan Setiausaha Bahagian (SUB) yang pertama. SUB adalah jawatan tertinggi dalam carta organisasi Bonda. Dalam kata mudah, boss besar Bonda. Gred jawatan ini adalah Jusa C dan terbuka untuk skim perkhidmatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) pada waktu ini. Pegawai yang berjawatan Jusa C, gajinya 5 angka. Setakat ni gaji Bonda baru 4 angka dan Bonda tiada harapan nak menjawat jawatan itu kerana Bonda dalam skim perkhidmatan pendidikan.
Mac 2010 merupakan bulan terakhir Tuan Haji Jamaludin bersama Bonda di BPPK kerana selepas tu dia akan berkhidmat di Bahagian Kewangan KPM sebagai boss besar juga kat situ. Pertukaran beliau ke sana atas dasar job rotation, maknanya pangkatnya tetap sama.
Tuan Hj. Jamaludin bersama Bonda dan staf Unit Penilaian
(unit Bonda lah tu)
Bye, bye Tuan Haji Jamaludin.
Kursus Team Building BPPK di Bahagian Teknologi Pendidikan Pahang pada tahun 2009
Sesi pembukaan kursus Team Building.
Aktiviti Ice Breaking semasa kursus Team Bulding.
Santai di Teluk Chempedak, Kuantan, Pahang.
(sebahagian daripada aktiviti kursus Team Building)
Sesi penutup kursus Team Building.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...