Thursday, May 12, 2011

Kita Secocok Zunita

Kali ini Bonda mahu memperkenalkan seorang lagi rakan yang Bonda kenali di sepanjang perjalanan kehidupan Bonda.

Namanya Zunita binti Elias.
My first friend
yang bernama Zunita.
Dia ni orang Perak dan berkahwin dengan orang Terengganu, mempunyai dua (2) orang anak (sepasang).

Mulanya pertemuan kami di ofis Bonda di Cyberjaya pada tahun 2010.
Dia adalah salah seorang pegawai yang dilantik dalam Projek Rangsangan Ekonomi (PRE). Perkhidmatannya dikira secara kontrak selama satu (1) tahun.
Tahun 2011, kontraknya disambung lagi, rasanya untuk satu (1) tahun juga.
Nasib baiklah ada Zunita dalam unit Bonda, kuranglah sikit bebanan tugas dan banyak tugasan yang dapat diselesaikan.
Organisasi Bonda pernah memohon perjawatan baru tapi tidak diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan ditambah lagi dengan keadaan ekonomi Malaysia yang kurang memberangsangkan pada masa itu.

Bonda berpeluang mengenalinya dengan lebih rapat apabila kami berkerja dalam unit yang sama dan menguruskan projek yang sama iaitu pelaksanaan MS ISO 9001:2008.
Itulah projek pertama Bonda dalam Unit Dasar, Penyelidikan dan Penandaarasan.
Bonda mudah bekerja dengan Zunita.
"Sekepala" lah katakan.
Sarapan pun bersama-sama kat depan PC.

Dia seorang yang cepat belajar dan cepat menangkap hasrat Bonda dalam pelaksanaan tugas.
Bimbingan dan pemantauan yang sangat rapi tak perlulah Bonda buat ke atasnya.
Dia tahu buat dan urus kerjanya.
Bonda seorang yang cerewet, teliti dan mementingkan kesempurnaan dalam pelaksanaan tugas.
Jika hasil kerja staf Bonda tidak mencapai standard Bonda, alamak Bondalah yang akan menyiapkan tugasan itu.
Sepanjang tempoh Bonda bekerja bersama dengan Zunita, hasil kerjanya tidak mengecewa dan tidak memalukan Bonda.


Salah satu lagi yang bestnya, dia juga salah seorang anak murid Bonda dalam alam blogging.
Bonda tak adalah pandai sangat, sekadar pencetus hasrat dan pemberi semangat kepadanya dalam bidang blogging.
Bonda sering menyarankan agar Zunita merakamkan pengalaman dan saat manis bersama anak dan keluarga.
Tulis sementara masih ingat agar ia tidak hilang bersama masa yang berlalu.
Inilah blog Zunita.

Apa-apa pun, Bonda like & love you, Zunita.


Sent from my iPhone

Wednesday, May 11, 2011

Sindrom Empty Nest, Pandangan Peribadi

Bonda tertarik dengan tajuk berita "Kaum Ibu Perlu Aktif Elak Sindrom Empty Nest", petikan daripada Utusan On Line pada 8 Mei 2011.
Biasalah cerita yang keluar kat surat khabar mestilah relevan dengan suasana semasa iaitu Hari Ibu.
Sindrom Empty Nest adalah sindrom yang melanda ibu yang kesedihan, kemurungan dan kesunyian akibat ditinggalkan anak yang memulakan kehidupan baru sama ada untuk melanjutkan pelajaran, bekerja atau berkahwin.

Pada pandangan Bonda, tidak semestinya ibu aje yang mengalami sindrom ini. Ayah pun mengalami sindrom ini jugak, cuma pandai cover line aje. Betulkan para bapa?
Kebiasaannya ikatan hubungan ibu - anak lebih rapat. Betulkan para bapa?
Ataupun mungkin dalam alam burung, hanya burung betina @ ibu burung yang kisah tentang anak-anaknya. Mungkin sebab itulah keluarnya sindrom Empty Nest. Lu pikirlah sendiri.

Menurut akhbar itu lagi, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-3 Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2006, masalah mental lebih tinggi dalam kalangan wanita (12.1%) berbanding dengan lelaki (10.4%). Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati 14% ibu bapa yang berusia 60 tahun ke atas mengalami kesunyian.
Saranan daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil adalah ....... dapat agak tak? Biasalah ayat-ayat standard sempena Hari Ibu .... anggota keluarga terutama anak-anak agar sentiasa menghubungi ibu masing-masing walau di mana sahaja mereka berada.

Tanpa Bonda sedari, di lewat usia 40an Bonda dan gelaran Mak Mertua is around the corner, sindrom Empty Nest datang menjenguk. Kenapa kata begitu? Perasaan takut kehilangan anak pernah singgah di hati Bonda apabila anak menyatakan hasratnya untuk berkahwin. Bagi Bonda, apabila anak berkahwin, Bonda akan mendapat seorang lagi anak atau mungkin kehilangan seorang anak. Kehilangan anak dalam erti kata masa dia bersama Bonda akan berkurangan Dia ada komitmen lain, ada 1 lagi famili lain dan ada 1 orang lain yang perlukan perhatiannya. itulah hakikat yang Bonda berusaha menerimanya.

Boleh dikatakan, Bonda tak pernah berpisah dengan anak-anak. Mereka membesar, bersekolah, sambung pengajian dan mula bekerja, semuanya di depan mata Bonda. Anak-anak Bonda pun kalau boleh nak masuk universiti yang dekat dengan rumah.

Membaca cerita dan pengalaman orang lain bagaimana mereka melalui episod empty nest sindrom membuatkan Bonda dapat melihat dilema yang Bonda hadapi dari sudut yang positif. Cerita-cerita mat saleh lah yang bestnya. Di sini Bonda letakkan beberapa link yang Bonda suka.
Link 1; Empty-Nest-Syndrome
Link 2; Empty-Nest-Syndrome 2
Link 3; Recover-From-Empty-Nest-Syndrome
Link 4; 5-ways-to-conquer-empty-nest-syndrome

So kita jumpa lagi di lain entri.

Tuesday, May 10, 2011

Pengalaman: Pembentangan Pertama Kepada TKSU (P) KPM

Pengalaman Bonda pada hari ini wajar Bonda catatkan. Ini kerana ia menjadi satu kenangan manis dalam kerjaya Bonda sebagai penjawat awam.
"Cu cite, cu cite." - dialog dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Inilah yang nak diceritakan.

Apa yang dah berlaku?:
Hari ini (pukul 10.00 pagi), Bonda berpeluang buat pembentangan kepada Dato' Wan Khazanah binti Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) adalah jawatan ke-4 tertinggi dalam struktur organisasi KPM, jika tak silap Bonda. Pengalaman ini juga merupakan pembentangan pertama Bonda kepada pihak pengurusan atasan KPM.

Macam mana Bonda dapat peluang tu?:
Dato' Wan Khazanah binti Ismail, TKSU (P) mengadakan mesyuarat mingguannya di ofis Bonda kat Cyberjaya. Bos Bonda, Encik Khalid Abu Bakar mengambil peluang mempromosikan aktiviti atau program yang kami jalankan kepada bosnya iaitu Dato' Wan Khazanah binti Ismail. Untuk mesyuarat kali ini, bos Bonda mahu program Analisis Jurang Kompetensi (competency gap analysis) organisasi kami dibentangkan. Bonda bukanlah desk officer program ini tetapi diberi kepercayaan untuk buat pembentangan. Bos Bonda tu nak juga promote officer nya. Sungguh tak sangka kerana pada awalnya Bonda cuma ditugaskan menyediakan slide presentation aje.

Apa yang berlaku semasa pembentangan?:
Mesyuarat mingguan TKSU (P) hanya dihadiri oleh bos-bos besar (top boss) daripada Bahagian-bahagian di bawah Sektor Pengurusan KPM. Ada enam (6) bahagian di bawah Sektor Pengurusan KPM. Jadi, ahli mesyuarat cuma ada lapan (8) orang aje termasuk pencatat/setiausaha.

Pada peringkat awal pembentangan Bonda agak gugup jugalah hinggakan Dato' Wan Khazanah binti Ismail pun menegurnya. Bila dah "panas enjinnya" laju ajelah. Bonda ni sentiasa bercakap laju sebab takut masa tamat dan apa yang nak disampaikan belum habis. Pembentangan mesti dibuat dalam tempoh 10 minit aje. Tapi Bonda tak adalah pulak mencatat masanya. Audiences tak menunjukkan wajah yang membosankan, Bonda kira okaylah tu. Idea kami tu diterima dan tak ada soalan, cuma komen dan pandangan aje (semua persoalan dah terjawab dalam pembentangan agaknya).

Apa komen daripada bos Bonda?:
Belum berpeluang untuk bertanya.

Satu perkara yang Bonda berpuas hati (proud of myself) adalah slides yang Bonda sediakan. Apabila Bonda tunjukkan slides itu kepada bos Bonda, dia cuma buat sedikit perubahan sahaja. Ini bermakna dia menerima dan bersetuju dengan content (the depth and example) and flow persembahan yang Bonda sediakan. Syukur.

Sebenarnya, Bonda menerima arahan/ tugasan menyediakan slide presentation pada hari Khamis dan Bonda sedang mengikuti bengkel fasilitator Kumpulan Inovasi dan Kreativiti (KIK) di Melaka. Presentation akan dibuat pada hari Selasa berikutnya. Pada hari Isnin, dalam kesibukan Bonda menyediakan slide presentation untuk Mesyuarat Sektor Pembangunan Kompetensi organisasi Bonda (mesyuarat pada sebelah petang), Bonda sempat jugalah bimbing dan pantau penyediaan draf slide presentation Analisis Jurang Kompetensi tu oleh mentee Bonda iaitu Cik Lia.

Selepas Mesyuarat Sektor Pembangunan Kompetensi (pukul 5.00 petang), Bonda sempat jugalah dapatkan pandangan Ketua-ketua Unit yang lain tentang draf slide presentation Analisis Jurang Kompetensi tu. Jadi berdasarkan input dan komen mereka, Bonda buat penambahbaikan pada malamnya. Pagi-pagi, pukul 8.00 dah masuk ofis. 8.30 pagi, buat presentation kepada bos Bonda.

Itulah cerita di belakang tabir. Sokongan dan kerjasama Ketua-ketua Unit Bonda banyak membantu Bonda. Thanks to those guys. So, kita jumpa lagi di lain entri. Mudah-mudahan selepas ini Bonda dapat lebih kerap post the entry with the help of technology.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...