Wednesday, January 19, 2011

Cerita Inspirasi: Paku Di Pagar Kayu

Suatu masa di satu daerah, ada seorang remaja yang cepat naik angin atau pemarah. Ayahnya memberi sebungkus paku dan sebatang pemukul serta berbekalkan satu pesanan. Pesanan ayahnya, setiap kali dia merasa marah (lost his temper), ketukkan paku-paku itu pada pagar.

Pada hari pertama, remaja itu telah mengetuk 50 batang paku pada pagar. Selang beberapa minggu, remaja itu sudah pandai atau dapat mengawal kemarahannya. Oleh itu bilangan paku yang diketuknya juga berkurangan.

Dia mendapati lebih mudah baginya mengawal kemarahannya daripada mengetuk paku ke dalam pagar. Akhirnya sampailah harinya di mana remaja itu tidak lagi menjadi pemarah. Dia telah memberitahu ayahnya dan ayahnya mencadangkan supaya dia mencabut keluar paku-paku itu untuk setiap hari yang dia boleh mengawal kemarahannya.

Hari-hari berlalu, dan suatu hari remaja itu memberitahu ayahnya yang semua paku dah habis dicabutnya. Ayahnya membawa dia ke pagar. Ayahnya berkata, "Lihat lubang pada pagar itu. Pagar itu tidak akan kelihatan sama seperti asalnya".

Pengajaran
Apabila kita berkata-kata dalam kemarahan, ianya meninggalkan luka yang sama seperti lubang paku pada pagar itu. Tak kiralah berapa kali kita memohon kemaafan dan menyatakan kekesalan, parut tetap ada.

Luka daripada kata-kata sama parahnya dengan luka daripada senjata.

Rakan, keluarga dan orang yang pernah kita sayang sangat jarang. Merekalah yang membuatkan kita gembira, memberi semangat, sedia mendengar dan selalu membuka pintu hati buat kita. Oleh itu kawal kemarahan kita agar hubungan siratulrahim tidak terjejas.

Islam memuji umatnya yang dapat mengawal perasaan marah. Sikap marah adalah antara pintu syaitan datang masuk ke hati manusia.

Salah seorang rakan Bonda menceritakan bagaimana cara dia mengeluarkan kemarahannya. Apabila dia merasa marah, dia akan masuk bilik air dan menyental dinding dan lantai bilik airnya. Hasilnya, bilik airnya bersih dan kemarahannya pun hilang.

Jadi pilihlah cara yang memberi manfaat kepada anda dalam menyalurkan tenaga daripada kemarahan anda.

Tuesday, January 18, 2011

Pelan Perniagaan satu pra syarat

9/10 daripada pintu rezeki datangnya daripada perniagaan. Berniaga adalah sunnah Nabi Muhammad s.w.a. Buat perkara sunnah dapat pahala. Tapi nak niaga apa? Macam mana nak mula? Di sini ada jawapannya.

Kita perlu buat pelan perniagaan (business plan) terlebih dahulu sebelum mula berniaga. Pelan perniagaan bermula dengan ...
1. mempunyai sebab yang kukuh kenapa kita mahu berniaga.

2. tentukan apa perniagaan yang sesuai buat diri kita. Dapatkan jawapannya dengan tanya pada diri ...
  • apa yang saya buat di masa lapang
  • apakah kemahiran teknikal yang telah saya pelajari atau peroleh
  • apa pendapat orang lain tentang kebolehan saya
  • bolehkah saya mendapat sokongan keluarga
  • berapa banyak masa yang saya ada untuk mengusahakan perniagaan saya
  • adakah saya mempunyai hobi atau minat yang boleh dipasarkan
3. Kenal pasti "niche" (something that there is a need for ... i.e your potential customer is going to want) perniagaan kita. Jalankan kajian dengan menjawab soalan-soalan ini ...
  • apakah jenis perniagaan yang saya minati
  • apakah khidmat atau produk yang saya akan pasarkan
  • adakah idea saya praktikal dan bolehkah ia menepati kehendak atau keperluan
  • siapakah pesaing saya
  • bolehkah saya memberikan khidmat yang berkualiti tinggi
  • bolehkah saya mengwujudkan permintaan terhadap perniagaan saya
4. Buat senarai 'pra-perniagaan' dengan menjawab soalan-soalan ini ...
  • apakah kemahiran dan pengalaman yang boleh saya sumbangkan kepada perniagaan ini
  • bagaimana kedudukan saya di sisi undang-undang
  • bagaimana rekod perniagaan akan dikendalikan
  • apakah jenis perlindungan insuran yang diperlukan
  • apakah peralatan atau bekalan yang diperlukan
  • apakah imbuhan untuk diri saya
  • di manakah premis perniagaan saya
  • apakah nama perniagaan saya
Ingat ya! Kita perlu tulis jawapan kepada persoalan-persoalan itu supaya rancangan kita jelas dan terperinci. Pelan perniagaan adalah dokumen fleksibel dan perlu berubah apabila perniagaan dah berkembang.

Nasihat ini Bonda dapat daripada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad.

Monday, January 17, 2011

Rakan Seperantauan Zaman Muda Belia

Setelah berpisah lebih kurang 24 tahun, Bonda bertemu kembali dengan rakan seperjuangan yang sama-sama berada di perantauan. Kami sama-sama belajar di Rockland Community College, Suffern, New York, Amerika. Bonda berada di sana di awal tahun 80'an.


Bonda dan rakan-rakan tinggal di Spring Valley, New York.

Kali ini kami buat gathering khusus untuk kaum wanita sahaja. Kami tak ramai berbanding dengan kaum lelaki. Ada satu entri terdahulu yang Bonda ceritakan serba sedikit pengalaman Bonda semasa mula pergi belajar di luar negara. Please check under label "Rakan Di Perjalanan" if you like to have some background.

Perjumpaan ini kami adakan di rumah Puteri Faridah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Kuala Lumpur pada 18 Disember 2010 (Sabtu). Ianya melibatkan tiga (3) generasi/batch iaitu batch Bonda, senior dan junior Bonda.

Inilah senior Bonda, Kak Ros (berbaju biru) dan Kak Em (bertudung merah)
Bonda bersama Kak Ros, saudara senegeri, Terengganu.
Suami Kak Ros, Abang Sufian (senior Bonda juga), dah meninggal dunia. Kak Ros tidak boleh memandu kereta mungkin kerana arwah Abang Sufian sangat sayang pada Kak Ros, hinggakan dia settle semua perkara buat Kak Ros. Syukur, mulai tahun 2011, Kak Ros dapat mengajar di SMK Perempuan Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Sekolah tu cukup dekat dengan rumahnya.

Rupanya dah ada yang dapat title nenek di kalangan kami, iaitu Wan Fatimah (junior Bonda). Bonda sangkakan Bondalah yang pertama akan mendapat title mak mertua.
Satu perkara lagi yang Bonda kagum dengan Wan ni, anaknya 9 orang, tak pernah ada orang gaji/pembantu rumah walaupun dia sendiri bekerja sebagai guru di salah sebuah sekolah di Johor Bahru. Most of the time dia sorang yang menguruskan anak-anak kerana suaminya bertugas di luar kawasan. Wan ni adalah contoh pasangan PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh).
Wan Fatimah bersama anak bongsunya.
Berdiri dari kiri: Wan Fatimah, Bonda, Kak Em dan Puteri Faridah
Duduk: Kak Ros
Berdiri dari kiri: Fatimah, Kak Em, Puteri Faridah dan Rabiah
Duduk dari kiri: Azlin, Bonda dan Wan Fatimah
Asmah dengan anak-anaknya

Kak Em, Penyelia Petang di salah sebuah sekolah di Ipoh, Perak
Begitu khusyuk Cikgu Rabiah mendengar taklimat Penyelia Petang kami, Kak Em.


Inilah sajian yang disediakan oleh tuan rumah untuk kami semua.
Terima kasih Puteri Faridah kerana sudi menjadi host.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...