Mencari-cari kelainan dalam penampilan? Biasalah, wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan.
Dalam era ICT, surfing cara terbaik. Lokasinya Youtube lah, macam-macam ada. Video ini menunjukkan bagaimana cara mempelbagaikan pemakaian tudung/seledang/skaf.
Bonda tertarik, simple aje caranya dan cikgu@modelnya pun menawan.
Minda harus terbuka. Minda seperti payung terjun. Ia berfungsi dengan baik apabila ia terbuka.
Saturday, July 17, 2010
Friday, July 16, 2010
Perubahan Dalam Sesaat
Baru-baru ni ada sesuatu yang berlaku pada laman web http://www.scrappinblogs.blogspot.com yang menyebabkan background blog Bonda hilang. Bonda mencuba-cuba templet blog daripada laman web yang lain, tapi lecehlah dan Bonda takut juga jika ada link-link Bonda yang hilang. So akhirnya Bonda menggunakan laman web http://www.scrappinblogs.blogspot.com untuk dapat kembali background blog Bonda. Memang senang dan cepat untuk melihat hasilnya. Di sini Bonda buat catatan mengenai langkah-langkahnya.
- Sign in pada blog kita. Dashboard --- Design
- Buka laman web http://www.scrappinblogs.blogspot.com. Pilih design background yang berkenan di hati.
- Copy kod HTML mengikut jumlah column kita. Bonda guna 2 Column Code.
- Pergi ke blog kita, klik pada Design --- Page Elements
- Klik pada edit yang tertulis HTML/Java Script (petaknya paling panjang berbanding dengan HTML/Java Script yang lain. HTML tu untuk background sebab itulah paling panjang (Bonda agak aje).
- Paste kan code HTML yang kita copy daripada http://www.scrappinblogs.blogspot.com.
- Klik Save
- View blog untuk lihat macam mana rupanya. Jika masih tak berkenan dengan hasilnya, ulangi langkah 2 dan seterusnya.
Pada Bonda laman web http://www.scrappinblogs.blogspot.com memberikan kaedah yang paling mudah untuk mengubah background blog kita.
SELAMAT MENCUBA.
Friday, July 2, 2010
Aku Terima Nikahnya .....
Setiap majlis perkahwinan dimulai dengan majlis pernikahan. Kadang-kala kita terlupa memikir dan mengambarkan perjalanan majlis itu membuatkan kita ada tertinggal sesuatu elemen.
Di sini Bonda cuma ingin berkongsi pandangan tentang aktiviti-aktiviti yang berlaku di majlis pernikahan.
Sekiranya majlis itu diadakan di masjid:
- Pengantin perempuan datang lebih awal daripada pengantin lelaki. Pengantin perempuan adalah host bagi majlis ini.
- Seelok-eloknya pihak pengantin perempuan menyediakan 2 biji bantal duduk untuk kedua-dua pengantin.
- Cari spot/ posisi yang bagus untuk pengantin lelaki duduk dengan mengambil kira kedudukan kipas angin (berpeluh masa akad nikah) dan view untuk shoot.

- Pada pandangan Bonda, Tok Kadi elok guna mikrofon sepanjang majlis itu supaya pengantin perempuan juga dapat dengar kata-kata nasihat.

- Pengantin perempuan duduk di atas bantal, ditemani oleh rakan/ sepupu/ saudara sambil memegang jambangan bunga tangan.

- Kebiasaannya hanya mas kahwin dan cincin/ gelang tangan/ rantai dibawa masuk masjid. Barang ni diletakkan berdekatan dengan Tok Kadi.
- Pengantin lelaki mempunyai wuduk semasa akad nikah dijalankan.
- Selesai akad nikah dan urusan menandatangani dokumen, pengantin lelaki bersalaman dengan tetamu sambil bergerak untuk menunaikan solat sunat.

- Selepas akad nikah, pengantin lelaki bersolat sunat dua rakaat. Ini sebagai langkah permulaan yang baik, semoga pernikahan itu diberkati Allah.

- Selepas menunaikan solat sunat, barulah dijalankan majlis membatalkan air sembahyang (kata orang tua-tua). Majlis ini dijalankan dengan menyarungkan cincin/ gelang tangan/ rantai.



- Seterusnya pengantin perempuan bersalaman dengan pengantin lelaki dan cium tangannya.
- Selepas itu, pengantin perempuan menyarungkan cincin pada jari pengantin lelaki, jika ada.
- Selepas disarungkan cincin, pengantin lelaki cium dahi pengantin perempuan. Jika tiada cincin untuk pengantin lelaki, pengantin lelaki cium dahi pengantin perempuan selepas pengantin perempuan bersalam dengannya.

- Selepas selesai majlis membatalkan air sembahyang, pengantin perempuan bersalaman dengan semua tetamu yang hadir terutama makcik-makcik pengantin lelaki.
- Pengantin bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa.
- Jamuan ringan disediakan oleh pihak pengantin perempuan di kawasan masjid selepas selesai majlis akad nikah.
- Maka selesailah satu majlis penting. Kebiasaannya pengantin akan bergambar di sekitar kawasan masjid sebelum bersurai. Pengantin merupakan antara orang yang terakhir meninggalkan masjid. Pengantin perlu ada driver dan kenderaan sendiri untuk memberi ruang kepada mereka untuk bergambar.




Subscribe to:
Posts (Atom)
