Wednesday, April 30, 2014

Job Rotation Lagi Sekali

Assalamualaikum,

Hari ni Bonda karang memo @ surat untuk pusingan kerja (job rotation) buat kali kedua. Pusingan kerja maksudnya berubah kerja atau tugas. Dalam peraturan kerja penjawat awam ada dinyatakan tapi Bonda dah lupa pekeliling mana. Bonda minta job rotation secara dalaman aje, tukar antara Unit di organisasi yang sama.

ALLAH telah gerakkan hati kecil Bonda untuk mohon tukar Unit setelah dapat tahu ada kawan Bonda yang dapat berpindah ke Kelantan. Cepat-cepat Bonda jumpa 2nd bos Bonda untuk mintak sokongan dia. Nanti bila Bonda mohon drp 1st bos (bos besar), 2nd bos akan merestuinya. Inilah namanya permainan politik ofis.

Inilah peluang Bonda untuk bertukar Unit @ bertukar Ketua Unit di samping nak belajar benda baru pulak, sebelum pegawai baru (pengganti) masuk / lapur diri. Satu perkara baru yang Bonda nak belajar adalah membuat/menyediakan standard kompetensi bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (termasuklah guru). Kebetulan Ketua Unit tu, nampaknya macam ok je. Harap-harap dapat bimbing Bonda. Bonda dah merasa dapat Ketua Unit yang kita perlu bimbing dia. Jika dibiarkan dia meneraju sepenuhnya, ke laut lah jawabnya. Dia bukannya mudah nak dengar & terima cadangan/ nasihat kita. Itulah ujian ALLAH untuk Bonda. Ujian kesabaran dan mengendalikan orang yang ada ciri-ciri autism (bagi Bonda lah) kerana dia tak pernah claim dirinya autism.

Bonda optimis yang permohonan Bonda diluluskan sebabnya Bonda dah melebihi 3 tahun di Unit sedia ada. In sya ALLAH, 2 Mei 2014, Bonda akan serahkan surat itu. Jika berlaku sebaliknya, Bonda terima dgn redha. Sekurang-kurangnya Bonda telah berusaha. ALLAH berikan yang terbaik buat kita.

Bangun Kembali

Assalamualaikum,

Bonda berusaha untuk kembali aktif dalam blog. Banyak betul ujian yang menyebabkannya ia tersangkut-sangkut. Mudah-mudahan kali ini lebih berjaya (lebih kerap Bonda dapat menulis). Bonda terlalu mahukan kesempurnaan, mahu entri yang dapat pikat ramai pembaca. Setiap entri telah mengambil masa Bonda yang panjang untuk menyiapkannya. Sudahnya, Bonda kalah.

Walau apapun rintangan, Bonda akan terus berusaha membuat catatan jurnal di Pena-Bonda. Semoga ALLAH beri kekuatan buat Bonda. Jumpa lain di lain waktu, In sya Allah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...