Monday, May 30, 2011

6 Cara Tingkatkan Kualiti Penulisan


Tahukah anda bagaimana nak menulis artikel atau blog entries supaya ianya dibaca oleh ramai orang? Di sini Bonda nak berkongsi enam (6) tips bagaimana merealisasikan impian itu. Bonda bukanlah pandai sangat, masih lagi dalam proses pembelajaran tapi masih mahu share apa yang Bonda dapat. Okay, tipsnya adalah:

Pertama: Ringkas, padat dan jelas (Be concise and be clear)

Ini dah berjuta kali dengar tapi masih mau cakap jugalah.
Kemas, ringkas, padat, mudah dibaca atau mudah diikuti - itulah yang dicari oleh pembaca anda. Panjang, kompleks, rumit dan berbelit-belit - dapat mengelirukan pembaca anda.

Kebiasaannya, semakin panjang penulisan anda, semakin kurang minat pembaca untuk mengikutinya. Oleh itu, tulislah secara ringkas, padat, kemas dan jelas sebabnya pembaca anda mahu yang macam itu.

Kedua: Pendekkan (keep short)

Pendek di sini bermaksud ayatnya pendek dan ringkas bukannya penceritaannya (bagus juga jika ceritanya tidak meleret). Anda pastinya mahu pembaca anda menyerap (absorb) apa yang anda tulis, memahami mesej anda, dan selesa membacanya. Oleh itu sentiasa pastikan ayat anda dalam kategori ayat selapis. Maksudnya satu ayat menceritakan 1 perkara aje.

Guna banyak paragraph break. 100 huruf sebaris adalah had maksima bagi speed. 45 huruf sebaris bagus bagi keselesaan pembaca anda.

Ketiga: Kekal dengan tiga (stick to three)

Dikatakan manusia dapat memproses 7 bits of information (lebih kurang) tapi angka yang paling kerap digunakan adalah 3. 3 point, 3 langkah, 3 strategi. Gunalah nombor 3 sekerap yang mungkin. Ini bukan sahaja dapat menarik perhatian pembaca anda malah ia dapat meningkatkan kemampuan pembaca anda mengingati apa yang anda tulis.

Keempat : Awasi nada anda (watch your tone)

Jangan buat andaian yang pembaca dapat meneka mood dan nada kita daripada penulisan kita. Point ni sukar sikit nak ulas tapi bagi Bonda senang aje, tulis dengan niat yang ikhlas dan perasaan yang ceria. Mudah-mudahan kurang berlaku salah tafsir.

Kelima : Pecah-pecahkan (Break it up)

Mudahkan orang membaca penulisan anda. Mudah mereka membacanya, senanglah mereka melihat your points dan mereka enjoy membacanya. Bukankah itu yang anda mahu?

Membaca secara online meletihkan. Jadi apa yang anda perlu buat adalah kurangkan ketegangan dengan ...
  • tidak lebih daripada tiga ayat setiap paragraph dan jadikan ayat-ayat tu selapis;
  • letakkan bullet point dan tajuk kecil untuk memandu pembaca;
  • guna saiz font yang besar
Keenam : Kekal fokus pada topik (stay on topic)

Agak sukar dilakukan tapi perlu diamalkan supaya pembaca tidak keliru. Satu cara yang dicadangkan adalah buatkan kerangka penulisan anda. Tentukan point utama dan tiga sub-point untuk menyokongnya. Pastikan setiap satu sub-point itu dapat memberi penegasan ke atas mesej anda.

Itulah enam (6) yang dapat Bonda kongsi bersama. Jumpa lagi di lain entri.

Wednesday, May 25, 2011

Majlis Akad Nikah Iffah Hamed

Bonda sambung lagi cerita di majlis akad nikah perkahwinan Iffah yang berlangsung pada 17 April 2011 pukul 9.30 pagi (masa yang dirancang) di Masjid Putrajaya.
Inilah anak lelaki sulung Bonda (suami Iffah), Eg namanya.
Nampak tenang aje menunggu Tok Kadi sampai.
Berada disebelahnya adalah abangnya, sorry lah mukanya tak berapa nampak. Nilah gambar terbaik yang kami ada.
Elok juga ada abang yang duduk di sebelah pengantin lelaki yang bertindak sebagai comforter. Comforter? First time Bonda dengar istilah tu, teringat katil dan cadar. Comforter kat sini maksudnya penenang.

Debaran bukan saja dirasai oleh pengantin, emak pengantin (Bonda) pun turut sama merasainya.
Bonda berdebar, takut Tok Kadi nya silap waktu nikahnya, sebab tukar Tok Kadi di saat-saat akhir.
Pukul 9.30 pagi, masih tak nampak sapa-sapa pun yang seakan-akan Tok Kadi. Tok Kadi tiba 15 minit lewat. Syukurlah tak lebih-lebih lewatnya.

Sebelum majlis akad nikah dijalankan, Tok Kadi membuat sesi ice breaking dengan pengantin lelaki.
Mungkin nak kurangkan rasa gemuruh pengantin. Macam-macam ditanya.
Pada masa ni dulang mas kahwin dan cincin ditunjukkan kepada Tok Kadi dan saksi-saksi.

Iffah diberi sekeping teks untuk dibaca.
Teks itu menyatakan persetujuannya untuk menerima Eg sebagai suaminya.

Iffah naik sebak ketika membaca teks itu.
Terpaksa berhenti sekejap.
Nasib baik pengapitnya, Fatimah Zaharah bawa tisu lebih, sempatlah di pass-pass kan.
Syukur Bonda berada di sisinya. Jadi dapatlah Bonda menenangkannya.
Pada pendapat Bonda, ibu pengantin perempuan semestinya berada hampir atau di sebelah pengantin perempuan di saat melepaskan anaknya kepada seseorang yang ...

Yang pakai baju hijau dan bersongkok tu adalah ayah Iffah (suami Bonda).
Selepas Iffah dah beri pengakuannya (kalau tak silap), ayah Iffah menyerahkan tugasnya menikahkan anaknya kepada Tok Kadi. Sebab tulah dia bersalam dengan Tok kadi tu.

Sekarang barulah giliran Eg salam tangan Tok Kadi pulak.

Duduk berdepan dengan ayah Iffah adalah ayah saudara Iffah, Pak Teh nama manjanya di kalangan anak saudaranya.
Pak Teh menjadi saksi pernikahan ini. Seorang lagi saksi adalah Acik Man (yang pakai baju melayu kuning), di sebelah kiri Tok Kadi.

Dengan sekali lafaz, Eg dan Iffah sah menjadi suami isteri.

Syukur kerana semua sudah selamat.
Tersenyum lebar Iffah kerana ... (faham-faham ajelah. Tercapai apa yang dicita dan diimpikan).

Monday, May 23, 2011

Ketibaan Rombongan Pengantin Di Masjid Putrajaya

Tahun 2011, insya Allah Bonda menerima dua orang anak lelaki. Bonda dapat anak lelaki pertama pada 17 April 2011, di Masjid Putrajaya, namanya Zarizi Zaimi. Panggilan manjanya Eg.
Anak lelaki kedua pada bulan Jun nanti, insya Allah.

Pada entri ini Bonda merakamkan sebahagian kecil saat-saat indah yang sempat dirakamkan pada hari tersebut. Bonda seboleh-bolehnya nak letak semua gambar yang diambil sebagai kenangan.
Panjang ceritanya di majlis akad nikah. Oleh itu Bonda akan ceritakan dalam beberapa episod. Cerita-cerita ini sememangnya very personal kerana ianya luahan hati Bonda. Harapan Bonda tulisan ini tidak menyinggung sesiapa. I just want to share one of my very special moments with special people.

Episod 1 : Ketibaan rombongan pengantin di Masjid Putrajaya

Inilah Iffah, pengantin perempuannya.
Walaupun tidur lewat dan terpaksa bangun awal, hasil kerja Aleng Tohara sebagai makeup artist tidak mengecewakan Bonda. Pesanan Aleng, emosi pengantin jangan diganggu kerana ia akan memberi kesan kepada seri wajahnya. Makeup mahal-mahal pun tak guna jika emosi pengantin terganggu. Oleh itu, pada pagi itu (semasa Iffah sedang dimakeupkan) Bonda berusaha untuk tidak mengeluarkan kata-kata "tak siap lagi?" walaupun dalam hati kecil menjerit-jerit suruh siap cepat-cepat kerana tak mahu lewat sampai di masjid.

Syukur, Bonda ada anak saudara yang baik hati, bersedia memberi pinjam pakai kereta Mercerdes nya sebagai kereta pengantin. Terima kasih ya Shahrin. Maklum ajelah hari yang paling istimewa dalam hidup semestinya mahu semuanya cantik sebagai kenangan.

Barang hantaran dibawa bersama ke masjid semasa majlis akad nikah.
Inilah gadis dulangnya. Semua gadis dulang muda remaja. Itu kehendak pengantin. Habislah saudara mara dan rakan taulan yang lebih kurang sebaya dengan pengantin dipelawa menjadi gadis dulang. Terima kasih ya anak-anak atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan. 11 dulang daripada pengantin perempuan.

Hantaran dibawa masuk sebelum pengantin perempuan masuk.

Iffah diiring oleh Lily, isteri Shahrin, masuk ke masjid.
Nasib baiklah ada Lily, jika tidak sorang-soranglah Iffah berjalan masuk. Pengapit Iffah dah jadi gadis dulang pulak apabila sampai di masjid. Bonda pulak dah berada dalam masjid untuk melihat-lihat kesediaan tempat. Tak mudahlah menjadi wedding planner untuk perkahwinan anak sendiri, bagi Bonda lah.

Di pintu utama dewan solat, Iffah ditemani oleh Delliya.
Episod seterusnya akan disambung dengan semasa majlis akad nikah. Tungguuuuuuuu

Tuesday, May 17, 2011

Sindrom Empty Nest Pandangan Peribadi

Bonda tertarik dengan tajuk berita "Kaum Ibu Perlu Aktif Elak Sindrom Empty Nest", petikan daripada Utusan On Line pada 8 Mei 2011.
Biasalah cerita yang keluar kat surat khabar mestilah relevan dengan suasana semasa iaitu Hari Ibu.

Sindrom Empty Nest adalah sindrom yang melanda ibu yang kesedihan, kemurungan dan kesunyian akibat ditinggalkan anak yang memulakan kehidupan baru sama ada untuk melanjutkan pelajaran, bekerja atau berkahwin.
Pada pandangan Bonda, tidak semestinya ibu aje yang mengalami sindrom ini. Ayah pun mengalami sindrom ini jugak, cuma pandai cover line aje. Betulkan para bapa?
Kebiasaannya ikatan hubungan ibu - anak lebih rapat. Betulkan para bapa?
Ataupun mungkin dalam alam burung, hanya burung betina @ ibu burung yang kisah tentang anak-anaknya. Mungkin sebab itulah keluarnya sindrom Empty Nest. Lu pikirlah sendiri.

Menurut akhbar itu lagi, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-3 Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2006, masalah mental lebih tinggi dalam kalangan wanita (12.1%) berbanding dengan lelaki (10.4%). Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati 14% ibu bapa yang berusia 60 tahun ke atas mengalami kesunyian.

Saranan daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil adalah ....... dapat agak tak? Biasalah ayat-ayat standard sempena Hari Ibu .... anggota keluarga terutama anak-anak sentiasalah menghubungi ibu masing-masing walau di mana sahaja mereka berada.

Tanpa Bonda sedari, di lewat usia 40an dan gelaran Mak Mertua was around the corner, sindrom Empty Nest datang menjenguk. Kenapa kata begitu? Perasaan takut kehilangan anak pernah singgah di hati Bonda apabila anak menyatakan hasratnya untuk berkahwin. Bagi Bonda, apabila anak berkahwin, Bonda akan mendapat seorang lagi anak atau mungkin kehilangan seorang anak. Kehilangan anak dalam erti kata masa dia bersama Bonda akan berkurangan. Dia ada komitmen lain, ada 1 lagi famili lain dan ada 1 orang lain yang perlukan perhatiannya. Itulah hakikat yang Bonda berusaha menerimanya. Boleh dikatakan, Bonda tak pernah berpisah dengan anak-anak. Mereka membesar, bersekolah, sambung pengajian dan mula bekerja, semuanya di depan mata Bonda.

Anak sulong Bonda, Iffah dah berkahwin pada 17 April 2011.
Anak ke-2 Bonda, Izzah akan melangsungkan perkahwinan dalam bulan Jun 2011, insya Allah.

Di sini Bonda nak kongsi beberapa artikel mat saleh tentang sindrom Empty Nest.
Artikel 1 : Empty Nest Syndrome My Personal Story
Artikel 2 : Empty Nest Syndrome
Artikel 3 : How to recover from Empty Nest Syndrome

Bila dah baca artikel-artikel mat saleh tu, baru perasaan Bonda kembali tenang dan dapat melihatnya dari sudut yang positif. Rupanya keputusan Bonda tidak jadi renovate rumah bagi menyediakan bilik seorang satu bilik bertepatan dengan cadangan bagaimana kaum ibu melalui sindrom empty nest ini.

So,
jumpa anda di lain entri.

Maafkan Saya Encik Tea Tarik Satu

Entri ini Bonda tulis dengan tujuan menjawab komen yang diutarakan pada entri Sekolah Yang Tiada Homework oleh Encik "tea tarik satu" Bonda doakan semoga ianya dapat menjernihkan pada yang mula nak keruh.

Salam Encik "tea tarik satu".

Mula-mula sekali saya mohon maaf kerana artikel saya itu telah menyingung perasaan Encik "tea tarik satu", semua pendidik di Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney dan Jabatan Penjara.

Bukanlah niat saya untuk memperlekehkan usaha murni tuan dan rakan-rakan. Saya kagum dengan kesanggupan tuan dan rakan-rakan untuk berkhidmat di sekolah tersebut kerana ianya merupakan satu cabaran. Pada pandangan saya, bukan calang-calang pendidik yang dapat dan sanggup berkhidmat di situ. Pada pandangan saya, pendidik yang berkhidmat di Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney adalah pendidik yang mempunyai tahap kesabaran dan keperihatinan yang tinggi serta kecintaannya kepada profesion keguruan.

Saya mengakui tidak mengetahui sangat tentang tugas dan cabaran pendidik di sekolah tersebut. Apa yang saya tulis hanyalah cerita yang saya baru dengar sekali aje dari mulut sebahagian kecil pendidik itu. Saya membuat andaian saya sendiri terhadap apa yang saya dengar dan faham. Saya juga menyimpan hasrat untuk datang melawat dan tengok sendiri cabaran yang dihadapi oleh rakan-rakan pendidik saya itu di Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney. Akan tetapi sehingga setakat ini hajat saya itu belum tercapai.

Berdasarkan pengamatan saya sepanjang beberapa hari saya bekerja bersama-sama dengan rakan pendidik saya daripada Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney, saya dapati mereka seorang yang rajin, komited dengan tugas dan suka berkhidmat di sekolah tersebut walaupun penuh dengan cabaran. Itu kesimpulan yang saya buat. Saya harap Encik "tea tarik satu" jangan salahkan mereka. Saya yang buat interpretasi sendiri.

Tujuan saya menulis artikel itu hanyalah sekadar berkongsi cerita yang saya dengar tentang pengalaman pendidik di Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney. Kami orang luar tak tau sangat ceritanya. Saya cuma highlight cerita atau pengalaman yang saya fikirkan berbeza dengan sekolah biasa-biasa kat luar.

Isu yang saya bincangkan memang tiada kaitan dengan saya. Saya sekadar menulis cerita yang saya dengar dan nak share dengan anak-anak saya aje kerana Pena Bonda adalah diari kehidupan saya.

Satu perkara lagi, saya tak dapat kesan di manakah saya mencatatkan atau menyatakan bahawa para pendidik di Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney tu "tiada kerja sekadar melepaskan batuk di tangga" seperti yang Encik "tea tarik satu" dakwakan dalam komen itu.

Cabaran berkhidmat di sekolah tersebut sememangnya ada dan besar. Saya taklah pulak menceritakan bagaimana para pendidik di sekolah itu melalui cabaran-cabarannya. Saya memang kagum dan tabik dengan para pendidik di Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney kerana saya sendiri tak sanggup nak melalui cabaran-cabarannya.

Saya harap entri ini dapat menjernihkan suasana. Saya mohon maaf sekali lagi jika itu yang diminta kerana bukan niat saya untuk menjatuhkan maruah, kreabiliti dan integriti para pendidik di Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney dan Jabatan Penjara.

Terima kasih atas komen yang diberi. Ia akan menjadi panduan buat saya agar lebih berhati-hati dan teliti.
Sekian.

Di sini Bonda kepilkan komen yang diutarakan oleh Encik "tea tarik satu" sebagai rekod bukti jika sekiranya komen itu ter "delete".


Thursday, May 12, 2011

Kita Secocok Zunita

Kali ini Bonda mahu memperkenalkan seorang lagi rakan yang Bonda kenali di sepanjang perjalanan kehidupan Bonda.

Namanya Zunita binti Elias.
My first friend
yang bernama Zunita.
Dia ni orang Perak dan berkahwin dengan orang Terengganu, mempunyai dua (2) orang anak (sepasang).

Mulanya pertemuan kami di ofis Bonda di Cyberjaya pada tahun 2010.
Dia adalah salah seorang pegawai yang dilantik dalam Projek Rangsangan Ekonomi (PRE). Perkhidmatannya dikira secara kontrak selama satu (1) tahun.
Tahun 2011, kontraknya disambung lagi, rasanya untuk satu (1) tahun juga.
Nasib baiklah ada Zunita dalam unit Bonda, kuranglah sikit bebanan tugas dan banyak tugasan yang dapat diselesaikan.
Organisasi Bonda pernah memohon perjawatan baru tapi tidak diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan ditambah lagi dengan keadaan ekonomi Malaysia yang kurang memberangsangkan pada masa itu.

Bonda berpeluang mengenalinya dengan lebih rapat apabila kami berkerja dalam unit yang sama dan menguruskan projek yang sama iaitu pelaksanaan MS ISO 9001:2008.
Itulah projek pertama Bonda dalam Unit Dasar, Penyelidikan dan Penandaarasan.
Bonda mudah bekerja dengan Zunita.
"Sekepala" lah katakan.
Sarapan pun bersama-sama kat depan PC.

Dia seorang yang cepat belajar dan cepat menangkap hasrat Bonda dalam pelaksanaan tugas.
Bimbingan dan pemantauan yang sangat rapi tak perlulah Bonda buat ke atasnya.
Dia tahu buat dan urus kerjanya.
Bonda seorang yang cerewet, teliti dan mementingkan kesempurnaan dalam pelaksanaan tugas.
Jika hasil kerja staf Bonda tidak mencapai standard Bonda, alamak Bondalah yang akan menyiapkan tugasan itu.
Sepanjang tempoh Bonda bekerja bersama dengan Zunita, hasil kerjanya tidak mengecewa dan tidak memalukan Bonda.


Salah satu lagi yang bestnya, dia juga salah seorang anak murid Bonda dalam alam blogging.
Bonda tak adalah pandai sangat, sekadar pencetus hasrat dan pemberi semangat kepadanya dalam bidang blogging.
Bonda sering menyarankan agar Zunita merakamkan pengalaman dan saat manis bersama anak dan keluarga.
Tulis sementara masih ingat agar ia tidak hilang bersama masa yang berlalu.
Inilah blog Zunita.

Apa-apa pun, Bonda like & love you, Zunita.


Sent from my iPhone

Wednesday, May 11, 2011

Sindrom Empty Nest, Pandangan Peribadi

Bonda tertarik dengan tajuk berita "Kaum Ibu Perlu Aktif Elak Sindrom Empty Nest", petikan daripada Utusan On Line pada 8 Mei 2011.
Biasalah cerita yang keluar kat surat khabar mestilah relevan dengan suasana semasa iaitu Hari Ibu.
Sindrom Empty Nest adalah sindrom yang melanda ibu yang kesedihan, kemurungan dan kesunyian akibat ditinggalkan anak yang memulakan kehidupan baru sama ada untuk melanjutkan pelajaran, bekerja atau berkahwin.

Pada pandangan Bonda, tidak semestinya ibu aje yang mengalami sindrom ini. Ayah pun mengalami sindrom ini jugak, cuma pandai cover line aje. Betulkan para bapa?
Kebiasaannya ikatan hubungan ibu - anak lebih rapat. Betulkan para bapa?
Ataupun mungkin dalam alam burung, hanya burung betina @ ibu burung yang kisah tentang anak-anaknya. Mungkin sebab itulah keluarnya sindrom Empty Nest. Lu pikirlah sendiri.

Menurut akhbar itu lagi, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-3 Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2006, masalah mental lebih tinggi dalam kalangan wanita (12.1%) berbanding dengan lelaki (10.4%). Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati 14% ibu bapa yang berusia 60 tahun ke atas mengalami kesunyian.
Saranan daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil adalah ....... dapat agak tak? Biasalah ayat-ayat standard sempena Hari Ibu .... anggota keluarga terutama anak-anak agar sentiasa menghubungi ibu masing-masing walau di mana sahaja mereka berada.

Tanpa Bonda sedari, di lewat usia 40an Bonda dan gelaran Mak Mertua is around the corner, sindrom Empty Nest datang menjenguk. Kenapa kata begitu? Perasaan takut kehilangan anak pernah singgah di hati Bonda apabila anak menyatakan hasratnya untuk berkahwin. Bagi Bonda, apabila anak berkahwin, Bonda akan mendapat seorang lagi anak atau mungkin kehilangan seorang anak. Kehilangan anak dalam erti kata masa dia bersama Bonda akan berkurangan Dia ada komitmen lain, ada 1 lagi famili lain dan ada 1 orang lain yang perlukan perhatiannya. itulah hakikat yang Bonda berusaha menerimanya.

Boleh dikatakan, Bonda tak pernah berpisah dengan anak-anak. Mereka membesar, bersekolah, sambung pengajian dan mula bekerja, semuanya di depan mata Bonda. Anak-anak Bonda pun kalau boleh nak masuk universiti yang dekat dengan rumah.

Membaca cerita dan pengalaman orang lain bagaimana mereka melalui episod empty nest sindrom membuatkan Bonda dapat melihat dilema yang Bonda hadapi dari sudut yang positif. Cerita-cerita mat saleh lah yang bestnya. Di sini Bonda letakkan beberapa link yang Bonda suka.
Link 1; Empty-Nest-Syndrome
Link 2; Empty-Nest-Syndrome 2
Link 3; Recover-From-Empty-Nest-Syndrome
Link 4; 5-ways-to-conquer-empty-nest-syndrome

So kita jumpa lagi di lain entri.

Tuesday, May 10, 2011

Pengalaman: Pembentangan Pertama Kepada TKSU (P) KPM

Pengalaman Bonda pada hari ini wajar Bonda catatkan. Ini kerana ia menjadi satu kenangan manis dalam kerjaya Bonda sebagai penjawat awam.
"Cu cite, cu cite." - dialog dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Inilah yang nak diceritakan.

Apa yang dah berlaku?:
Hari ini (pukul 10.00 pagi), Bonda berpeluang buat pembentangan kepada Dato' Wan Khazanah binti Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) adalah jawatan ke-4 tertinggi dalam struktur organisasi KPM, jika tak silap Bonda. Pengalaman ini juga merupakan pembentangan pertama Bonda kepada pihak pengurusan atasan KPM.

Macam mana Bonda dapat peluang tu?:
Dato' Wan Khazanah binti Ismail, TKSU (P) mengadakan mesyuarat mingguannya di ofis Bonda kat Cyberjaya. Bos Bonda, Encik Khalid Abu Bakar mengambil peluang mempromosikan aktiviti atau program yang kami jalankan kepada bosnya iaitu Dato' Wan Khazanah binti Ismail. Untuk mesyuarat kali ini, bos Bonda mahu program Analisis Jurang Kompetensi (competency gap analysis) organisasi kami dibentangkan. Bonda bukanlah desk officer program ini tetapi diberi kepercayaan untuk buat pembentangan. Bos Bonda tu nak juga promote officer nya. Sungguh tak sangka kerana pada awalnya Bonda cuma ditugaskan menyediakan slide presentation aje.

Apa yang berlaku semasa pembentangan?:
Mesyuarat mingguan TKSU (P) hanya dihadiri oleh bos-bos besar (top boss) daripada Bahagian-bahagian di bawah Sektor Pengurusan KPM. Ada enam (6) bahagian di bawah Sektor Pengurusan KPM. Jadi, ahli mesyuarat cuma ada lapan (8) orang aje termasuk pencatat/setiausaha.

Pada peringkat awal pembentangan Bonda agak gugup jugalah hinggakan Dato' Wan Khazanah binti Ismail pun menegurnya. Bila dah "panas enjinnya" laju ajelah. Bonda ni sentiasa bercakap laju sebab takut masa tamat dan apa yang nak disampaikan belum habis. Pembentangan mesti dibuat dalam tempoh 10 minit aje. Tapi Bonda tak adalah pulak mencatat masanya. Audiences tak menunjukkan wajah yang membosankan, Bonda kira okaylah tu. Idea kami tu diterima dan tak ada soalan, cuma komen dan pandangan aje (semua persoalan dah terjawab dalam pembentangan agaknya).

Apa komen daripada bos Bonda?:
Belum berpeluang untuk bertanya.

Satu perkara yang Bonda berpuas hati (proud of myself) adalah slides yang Bonda sediakan. Apabila Bonda tunjukkan slides itu kepada bos Bonda, dia cuma buat sedikit perubahan sahaja. Ini bermakna dia menerima dan bersetuju dengan content (the depth and example) and flow persembahan yang Bonda sediakan. Syukur.

Sebenarnya, Bonda menerima arahan/ tugasan menyediakan slide presentation pada hari Khamis dan Bonda sedang mengikuti bengkel fasilitator Kumpulan Inovasi dan Kreativiti (KIK) di Melaka. Presentation akan dibuat pada hari Selasa berikutnya. Pada hari Isnin, dalam kesibukan Bonda menyediakan slide presentation untuk Mesyuarat Sektor Pembangunan Kompetensi organisasi Bonda (mesyuarat pada sebelah petang), Bonda sempat jugalah bimbing dan pantau penyediaan draf slide presentation Analisis Jurang Kompetensi tu oleh mentee Bonda iaitu Cik Lia.

Selepas Mesyuarat Sektor Pembangunan Kompetensi (pukul 5.00 petang), Bonda sempat jugalah dapatkan pandangan Ketua-ketua Unit yang lain tentang draf slide presentation Analisis Jurang Kompetensi tu. Jadi berdasarkan input dan komen mereka, Bonda buat penambahbaikan pada malamnya. Pagi-pagi, pukul 8.00 dah masuk ofis. 8.30 pagi, buat presentation kepada bos Bonda.

Itulah cerita di belakang tabir. Sokongan dan kerjasama Ketua-ketua Unit Bonda banyak membantu Bonda. Thanks to those guys. So, kita jumpa lagi di lain entri. Mudah-mudahan selepas ini Bonda dapat lebih kerap post the entry with the help of technology.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...