Bagaimana nak tarik pengunjung atau pembaca ke blog kita? Bonda tak adalah pandai sangat tapi tau jugaklah sikit-sikit, hasil daripada blog walking di dalam negeri dan di luar negara. Sebenarnya pengunjung dan pembaca adalah dua (2) golongan yang berbeza. Dia boleh jadi pengunjung kita tapi belum tentu lagi dia adalah pembaca entri kita. Pada Bonda, pembaca lebih penting daripada pengunjung. Apabila dia seronok dengan entri kita, dia akan datang lagi. Tapi sebelum dia jadi pembaca, dia perlu jadi pengunjung. Jadi kita mulakan dengan bagaimana nak menarik pengunjung ke blog kita dan selepas itu menukarkan dia menjadi pembaca.

Apa yang menarik pengunjung adalah tajuk entri. Dengan membaca tajuk, pengunjung akan buat keputusan sama ada dia nak pergi ke blog kita atau sebaliknya. Di mana pengunjung baca tajuk kita? (ini soalan basic bagi blogger baru yang celit IC sikit-sikit). Jawapannya, di search engine contohnya google. Ini membawa kita kepada tips bagaimana menulis tajuk entri supaya dapat menarik orang ke blog dan seterusnya membaca blog kita.

Tips 1: Simplify atau Mudahkan atau Ringkaskan
Kajian menunjukkan pembaca blog lebih gemar kepada tajuk yang ringkas, padat dan straightforward (tepat kepada tujuan).

Tips 2: Communicate atau Menggambarkan
Tajuk seharusnya dapat menyatakan entri kita berkaitan dengan apa. Kebanyakan orang tidak akan meluangkan masa mereka untuk membaca entri kita kecualilah jika mereka mendapat gambaran awal. Gambaran awal diberi oleh tajuk entri.

Tips 3: Key Words
Pastikan perkataan yang diguna dalam tajuk adalah perkataan yang sering digunakan dalam search engine. Letak diri kita dalam diri pembaca. Apakah perkataan yang akan kita gunakan untuk dapatkan informasi berkaitan apa yang kita tulis dalam entri kita? Jika kita ada menyebut tentang Siti Nurhaliza, letakkan namanya dalam tajuk entri. Pastinya ranking kita akan meningkat dalam search engine.

Tips 4: Grab Attention atau Menarik Perhatian
Tajuk yang baik atau menyerlah akan membawa pengunjung kepada pembaca. Entri kita ada kalanya lebih kurang serupa dengan cerita-cerita orang lain. Tonjolkan kelainan entri kita pada tajuknya. Bayangkan kita sedang membuat pencarian dengan menggunakan search engine. Apakah yang membuatkan kita nak klik pada link itu? Cetuskan hasrat pembaca, bawa mereka ke entri kita, buatkan mereka mahu meneruskan pembacaan.
Kesimpulannya, pilihlah tajuk yang kita rasakan akan dicari oleh manusia di luar sana. Secara tidak langsung tajuk itu menjadi mesra search engine. Tajuk bukanlah segala-galanya. Kita masih perlu menulis sesuatu yang berbaloi-baloi apabila dibaca. Tajuk bukan permulaan entri kita. Ia adalah jemputan kepada pembaca untuk membaca dan mengetahui idea kita.