Hari ini dah 22 Muharam 1432H. Dah masuk hari ke-22 dalam tahun baru mengikut kalender Islam. Tahun baru mengikut tahun Masihi is around the conner. Biasalah, semangat tahun baru pastinya ada azam baru atau matlamat baru. Seiring dengan mood semasa (azam tahun baru), Bonda mahu kongsikan beberapa petua untuk mencapai matlamat kita. Bonda lebih suka guna perkataan "matlamat" berbanding dengan "azam".
1. Keinginan
- Perlu ada keinginan untuk mencapai matlamat. Lagi mendalam keinginan kita, lagi mudah untuk mencapai matlamat kita.
- Punca utama kegagalan mencapai matlamat adalah perasaan takut. Kerana takut, kita tidak mengambil langkah pertama untuk mencapai matlamat.
- Keinginan akan membawa kita untuk ambil langkah pertama.
2. Keyakinan
- Perlu mempunyai keyakinan dalam hati bahawa cita-cita kita akan tercapai. Keyakinan yang tinggi menjadi penggerak kepada kita untuk tidak menoleh kebelakang lagi.
- Kita tidak perlu menyakinkan orang ramai. Cuma yakinkan diri sendiri. Kita perlu tunjukkan cita-cita kita tercapai. Itu sahaja yang akan menyakinkan orang ramai.
- Matlamat yang realistik akan membantu dan memotivasikan kita untuk mendapat keyakinan. Oleh itu kita perlu realistik dalam menetapkan matlamat kita.
3. Tulis matlamat kita
- AMAT penting
- Ia sama seperti kita membuat perjanjian dengan diri kita sendiri. Matlamat itu akan tersemat di fikiran dan sentiasa mengingati kita secara sedar ataupun separa-sedar.
- Kita telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang kita dapat mengenggamkannya.
4. Senaraikan kebaikan yang kita akan kecapi
- Senaraikan panjang-panjang. Lagi panjang lagi bagus. Ini kerana senarai ini merupakan motivasi-motivasi yang akan membakar semangat kita untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan itu.
- Berikan sebab mengapa kita mahu matlamat kita tercapai. Apakah pulangan yang akan kita terima? Bagaimanakah tahap kepuasan kita jika matlamat itu tercapai?
5. Cerminkan diri sendiri
- Untuk mencapai matlamat, kita perlu ketahui di mana kita berada pada masa kini. Lebih jelas kita dapat fahami keadaan kita pada waktu ini, lebih jelas kita dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat. Contohnya, sekiranya kita inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan kita pada masa ini secara jujur.
6. Tetapkan deadline
- Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap.
- Dengan memberikan deadline, kita mempunyai satu sasaran yang jitu. Jika kita tidak berjaya capai matlamat sebelum tarikh deadline, berikan satu tarikh deadline yang baru. Deadline akan mengajar kita untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.
7. Ketahui rintangan
- Ingat! Untuk mencapai apa jua yang berbaloi, pasti akan ada rintangan. Lagi besar matlamat, lagi besar rintangan yang perlu kita lalui.
- Ketahui rintangan-rintangan itu dan belajar cara untuk menempuhinya.
- Setiap rintangan yang kita temui, walau sekecil mana, ia akan memperbaiki diri kita untuk rintangan yang lebih besar di masa depan.
- Orang yang berjaya adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan itu.
- Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila kita berjaya menguasai segala rintangan.
8. Ilmu Tambahan
- Ketahui ilmu tambahan yang perlu kita lengkapkan diri kita untuk mencapai cita-cita itu.
- Apakah ilmu tambahan yang diperlukan? Apakah pengalaman yang diperlukan? Bolehkah kita dapat bantuan orang lain sekiranya kita tiada sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting/ kebolehan yang paling penting untuk kita miliki dalam mencapai matlamat kita itu?
9. Perancangan
- Buat perancangan yang rapi. Rancang langkah-langkah kita dengan terperinci. Contoh, dalam masa 1 bulan, apa yang kita perlu buat? Jika tidak menjadi, apakah alternatif lain?
- Hukum alam menyatakan, apa yang kita beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya kita merancang untuk menabur bergunung-gunung usaha, maka hebatlah pulangan yang kita akan terima.
10. Bina gambaran
- Beri gambaran yang jelas di fikiran kita bahawa matlamat kita telah tercapai.
- Penuhi fikiran kita dengan gambaran kejayaan di masa depan. Ketahui tekniknya DI SINI.
11. Janji pada diri sendiri
- Janji pada diri, tak kira apa halangan yang mendatang, tak kira apa juga kegagalan, jangan JANGAN JANGAN sekali-kali putus asa.
- Kegagalan adalah perintis untuk mencapai apa juga kejayaan. Lagi banyak kegagalan kita temui, lagi hampir kejayaan kepada kita. Lagi banyak kegagalan kita jumpa, lagi banyak yang kita pelajari.
- Jika kita jumpa kegagalan, ubah cara kita - jangan ikut cara yang sama kerana ia akan membawa kegagalan seterusnya.
Kesimpulan
Kesemua petua ini perlu dilakukan. Ini adalah blue print orang yang berjaya di dunia. Setiap kali kita ada matlamat baru, kita rujuk petua-petua ini untuk memastikan matlamat kita tercapai.
Bonda nak ulas lebih-lebih pun tak dapatlah kerana Bonda pun lebih kurang sama, membuat matlamat di awal tahun tapi sukar dicapai hingga ke akhir tahun. Bonda panjangkan petua ini daripada Encik Irfan Khairi, jutawan muda. Terima kasih Irfan atas perkongsian maklumat.