Sumber: Google searchTahu dan percayakah anda bahawa blog boleh tarik duit? Kurang pasti? Sebab anda belum jumpa orangnya dan diri sendiri pun belum dapat. Bonda juga belumlah dapat lagi, baru dengar-dengar cerita orang yang dah berjaya. Apa kata kita sama-sama berusaha ke arah itu kerana siapa kita pada hari ini adalah hasil daripada perancangan, input dan tindakan kita di hari semalam.
Jika kita MAHU blog kita MENJANA (menghasilkan) PENDAPATAN buat kita, kita mesti pastikan blog kita tu mempunyai ramai pengunjung/ peminat/ pembaca. Bonda harap anda tidak membuat jalan pintas, sebabnya ramai kat luar sana tu yang pandai. Bila kita ajar sikit, dia jadilah pandai-pandai. Orang yang pandai-pandai ni bahaya. Bonda lebih suka mengajar orang yang kurang pandai sebab bila kita ajar dia, dia akan jadi pandai ("fikir-fikirkanlah").
Pastikan bahan blog anda berunsur positif dan dapat memberi ilmu/ maklumat yang berguna buat orang lain. Duit yang kita dapat daripada blog kita yang berunsur negatif seperti lucah, kutuk-mengutuk dan menfitnah, hilang keberkatannya. "Pahala kering" pun tiada (Pahala kering bermaksud pahala yang kita boleh dapat begitu mudah aje - ikut pemahaman Bonda lah). Oleh itu perkara pertama yang mesti kita buat sebelum memulakan blog kita adalah niat. Niatkan apa yang akan kita tuliskan kerana Allah.
Sumber: Google search
Duit jangan diletak di depan kita.Pesanan bijak pandai, "Jika kita kejar duit, duit akan lari." Jadi tulislah blog kita dengan perasaan seronok, ceria dan ikhlas. Keikhlasan dalam penulisan kita akan dapat dirasai oleh pembaca kita. Apa komen anda?
Bonda pernah dengar kata-kata daripada wedding photographer terkenal iaitu Encik Ikram Ismail (http://www.ikramismail.net) kepada client nya semasa sesi bergambar, "Senyum, senyum ikhlas". Niat yang baik dan keikhlasan dalam penulisan kita adalah perkara asas yang perlu ada dalam diri kita.
Sebelum kita sign up sebagai blogger, pertimbangkan perkara berikut:
1. Alamat blog kita mestilah
- senang diingat dan disebut;
- mudah difahami;
- guna perkataan yang biasa-biasa iaitu orang tak perlulah nak tanya, "ejanya macam mana?"
- unik dan catchy
Contoh:
http://inibelogsaya.blogspot.com
http://pena-bonda.blogspot.com
2. Tajuk blog hebat
Tajuk blog akan muncul di bahagian atas blog kita. Contohnya, tajuk blog Bonda adalah PENA BONDA. Bonda suka yang mudah diingat dan ringkas. Sebab itulah tajuk blog Bonda sama dengan alamat blog. Bonda fikirkan/ dapatkan tajuk blog sebelum alamat blog.
Bagi http://inibelogsaya.blogspot.com, penulisnya memilih namanya sendiri sebagai tajuk blognya. Terpulang kepada citarasa dan pandangan masing- masing, yang pasti tajuk blog mesti gempak.
Bila dah ada dua (2) perkara ini, barulah anda sign up sebagai blogger. Caranya dengan pergi ke http://www.blogger.com. Langkah akan diberi satu persatu, mudah diikuti. Bagi diri Bonda yang berusia hujung 40an, guru Bonda (anak Bonda) duduk disebelah untuk bimbing Bonda sign up.
Sekarang tibalah pula kepada menulis bahan untuk blog kita. Ingat tips ini semasa anda menulis.
Tajuk entri yang "mengancam"
Ini bermaksud, tajuk entri yang dapat menarik orang baca bahan itu.Contohnya, tajuk entri yang Bonda pernah tulis adalah "Sekolah Yang Tiada Homework". Bonda suka sangat dengan tajuk tu. Bilangan pengunjung ke blog Bonda bertambah. Best.
Isi/Kandungan entri setimpal.
Maksudnya, apa yang kita bercerita biarlah selari dengan tajuknya dan memberi makna, pembaca dapat sesuatu daripadanya.
Elak menggunakan ejaan pasar, short form, sms style.
Variasi topik.
Apabila ada kepelbagaian cerita, kita memenuhi citarasa kepelbagaian pembaca kita.
Akhir kata, sign up lah dengan nuffnang untuk diletakkan iklan pada blog kita. Duit kita dapat daripada iklan inilah. Nak tau lebih lanjut, lawati http://www.nuffnang.com.my.
Bonda masih baru, masih belajar tentang dunia blog. Semoga kita mendapat manfaatnya. Sebelum Bonda angkat pena ni, Bonda mengucapkan terima kasih kepada Hanis Zulaika, penulis blog "inibelogsaya" kerana kebanyakan tips ini Bonda dapat daripada blognya. Bonda cuma mahu share information yang Bonda dapat.