Friday, May 28, 2010

Gangguan Seksual Di Tempat Kerja

Itulah tajuk assignment yang wajib disiapkan oleh semua pegawai gred 41 dan 44 ofis Bonda (termasuklah Bonda). Tempoh 3 minggu diberikan untuk menyiapkannya. Aspek teknikal yang lain seperti saiz font, spacing, jumlah muka surat, tidak dinyatakan (terpulang kepada individu). Tulah penangan boss baru Bonda (Setiausaha Bahagian, baru 2 bulan berkhidmat di BPPK). Sekali air bah, sekali pasir berubah. Setiausaha Bahagian (SUB) merupakan orang yang paling atas dalam hiraki/carta organisasi pejabat Bonda. Dia adalah ketua jabatan Bonda. Dalam kata mudah, dia, boss besar Bonda.

Pada pandangan Bonda, tujuan boss mengadakan program itu adalah untuk:
  1. menggalakkan pegawainya membaca dan berfikir;
  2. melatih pegawainya dalam bidang penulisan penghujahan (bentuk akademik); dan
  3. mewujudkan budaya pembelajaran sepanjang hayat.

Bonda bersetuju jugak dengan hasrat murni boss ni tapi .......... geram jugalah apabila assignment ni mesti disiapkan dalam tempoh 3 minggu kerana Bonda sedang sibuk yang teramat sangat dalam tempoh yang sama juga.
Tugas yang dalam kategori PENTING dan SEGERA:
  1. Menyiapkan instrumen dan rubrik Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) kaedah pencerapan Kolej Matrikulasi bagi 10 jawatan;
  2. Menyediakan deraf garis panduan PTK kaedah pencerapan Kolej Matrikulasi bagi calon dan penilai;
  3. Menyediakan permohonan kelulusan pakej hotel untuk mengadakan latihan (TOT) kepada penilai PTK kaedah pencerapan Kolej Matrikulasi; dan
  4. Menyediakan deraf modul TOT penilai PTK kaedah pencerapan Kolej Matrikulasi.

Walaubagaimana sibuk, tanpa sebarang alasan (boss tak suka dengar), terpaksa akur perintah boss (Rule #1: Boss always right). Bonda mesti tanamkan tekad, buat yang terbaik dan termampu (jangan mahu kesempurnaan kerana kita perlu tahu keutamaan tugas). Bonda mesti hantar sebelum date line. SUB sangat peka dengan date line (dia ingat apa yang dia suruh, "don't play-play"). Jika tidak patuh, bersedialah dengan surat tunjuk sebab. Justifikasi mesti mantap.

Selagi assignment ini tidak disiapkan, fokus Bonda kepada tugas-tugas lain akan terganggu. Assignment ni kehendak boss, sekiranya Bonda dapat menyiapkan sebelum date line, boss akan gembira dan reputasi Bonda turut meningkat. Bila boss senang hati, dapatlah Bonda mengecapi Keseronokan Bekerja. Ingat! Tugas kita sebagai pekerja, senangkan hati boss. (Keseronokan Bekerja merupakan salah satu nilai/tonggak dalam Tonggak 12. Semua penjawat awam mesti tahu, faham, hayati dan aplikasikan dalam menjalankan tugas seharian.)

Harus diingat, apabila boss beri tugasan, kita mesti drop everything and take action as soon as posibble (ASAP). Apabila boss menyuarakan hasratnya (yang berkaitan kerja ajelah), kita mesti cepat-cepat bertindak untuk merealisasikan hasratnya. Oleh itu sentiasa peka dengan perkataan-perkataan yang keluar daripada mulut boss. Itulah petua supaya kita disayangi, disenangi dan imej kita cemerlang pada pandangan boss.

Sehubungan itu, Bonda beredar dulu. Nak mulakan langkah pertama untuk menyiapkan assignment 'gangguan seksual di tempat kerja'.

Moral of the story: Tugas orang bawah adalah menyenangkan hati boss, penuhi kehendaknya selagi ia tidak melanggar perintah Allah.

Wednesday, May 26, 2010

Majlis Persaraan Timbalan Setiausaha Bahagian BPPK


24 Mei 2010 merupakan majlis persaraan boss Bonda (2nd top layer management) yang kedua sepanjang perkhidmatan Bonda sebagai penjawat awam. Majlisnya haruslah lebih grand daripada staf biasa-biasa. Boss yang Bonda maksudkan ialah Cik Hajah Rokiah bt. L. Abdullah. Jawatannya adalah Timbalan Setiausaha Bahagian (TSUB). TSUB merupakan jawatan kedua tertinggi dalam struktur organisasi Bonda iaitu Bhg. Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK). Sila rujukhttp://apps.emoe.gov.my/bppk untuk mengenalinya.

Selama 3 tahun 2 bulan Bonda berkhidmat dibawah pimpinan beliau. Secara peribadi, beliau seorang yang baik hati. Kemesraan dan keperihatinannya dengan staf seolah-olah tiada batasan sempadan antara boss dengan staf bawahan.


Sebagai pemerhati (bukan event manager), terdapat 3 events yang berlaku sepanjang hari tersebut.
Event 1: Majlis ucapan daripada boss (pengurusan tertinggi). Majlis ini dibuat dalam bentuk jamuan makan tengahari.
Lokasinya -- Dewan Utama, Aras 9 Blok E12, Parcel E, Putrajaya.
Lokasi yang dipilih paling sesuai berbanding dengan ofis Bonda dan kawasan sekitar (tempat dah free sebab warga KPM).
Tetamu Kehormat adalah Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datin Dr. Asariah.
Jemputan Khas merupakan bekas pegawai dan juga boss BPPK yang pernah berkhidmat bersama beliau (yang berada sekitar KL, Selangor dan Putrajaya).
Semua staff BPPK yang masih ada (termasuklah cleaner) turut sama memeriahkan majlis itu.


Selain daripada makan-makan, tayangan video dan pemberian cenderahati ada jugalah. Frame gambar sendiri dan juga ayat-ayat ada diberi. Apabila Bonda nak bersara nanti, Bonda akan maklumkan kepada anak buah supaya usah diberi frame yang besar-besar sebab tiada lagi dinding untuk digantung. Nak buat bilik galeri dah tiada ruang di rumah. Bonda lebih suka sekiranya diberi gambar-gambar tu dalam bentuk custom album, macam album orang kahwin tu. Semenjak puteri Bonda berkecimpung dalam Wedding Photographer (http://inikaryakami.blogsopt.com), baru kenal makna custom album.
Sebagai buah tangan (tanda ingatan), TSUB memberikan semua tetamunya sebuah buku hasil nukilannya. Ni membuatkan Bonda terfikir, apa ya Bonda nak beri kepada semua staf/ sahabat Bonda apabila Bonda bersara nanti? UREKA!!! Bonda nak beri tabung siling yang cute-cute. Designnya sedang difikirkan.

Event 2: Majlis penyerahan tugas/nota serah tugas TSUB kepada bossnya, Setiausaha Bahagian (SUB).
Majlis ni dibuat di bilik mesyuarat kat pejabat BPPK. Simple aje acaranya.

Event 3: Majlis sending her off.
Bermula di tempat punch card. Selepas dia punch out pada hari tu (menandakan tamatnya tempoh perkhidmatannya sebagai penjawat awam), kami semua beratur dan bersalaman hingga ke pintu keretanya. Beberapa orang pegawainya hantar hingga sampai ke rumahnya.

Moral of the stoy: Patah tumbuh, hilang berganti. Tapi yang pasti, pengganti tak sama dengan yang hilang.

Monday, May 24, 2010

Selesakah Rumahku Untuk Anak Menantuku?

Apabila puteri Bonda menyatakan hasratnya untuk berkahwin pada tahun depan, membuatkan Bonda tersentak seketika. Bonda berhasrat mempunyai rumah yang ada 4 bilik tidur buat puteri-puteri Bonda (seorang satu bilik) sebelum mereka berkahwin. Kenapa? Bonda nak anak menantu Bonda merasa selesa dan boleh bersantai dengan selesa bila balik/datang ke rumah Bonda. Jadi puteri-puteri Bonda akan kerap dan duduk lama sikit apabila mereka datang melawat Bonda.

Bonda nak buat renovation rumah (jadikan 5 bilik tidur). Tapi sayangnya RM menjadi cabaran utama. Bonda tinggal di rumah dua tingkat (3 + 1 bilik tidur). Bilakah impian Bonda tercapai? Adakah melampaui tahun depan? Bonda tidak mahu jadikan isu bilik tidur untuk menangguhkan perkahwinan puteri Bonda. Pilihan yang Bonda ada, terima seadanya Rumahku Syurgaku.

Bonda mempunyai 4 orang puteri. Apa corak/kemeriahan majlis itu akan menentukan standard bagi yang lain. Maksud Bonda, adakah nak buat majlis perkahwinan tu di dewan atau di rumah? Bonda sedaya-upaya berusaha agar tiada perbezaan yang ketara antara puteri-puteri Bonda supaya hati dan perasaan mereka tidak terguris. Tu baru 4 orang.

Di mana nak diadakan majlis perkahwinan itu? Di dewan atau di rumah? Tu keputusan pertama yang mesti dibuat sebelum langkah lain diambil. Jika diadakan di dewan, mudah aje persiapannya, survey tempat, lokasi dan bayarannya. Puteri Bonda buat survey jugalah tempat yang agak-agak dekat dengan rumah dan sesuai dari segi dewan dan parking. Harga yang ditawarkan merupakan pakej iaitu termasuk dewan, kerusi meja dan makanan. Paling rendah harganya RM17 satu kepala dan minimum 1,000 orang. Wah! Untuk makan dan tempat aje dah RM17k.

Kenapa tak adakan kat rumah aje? Bonda memikirkan keselesaan tetamu Bonda, tempat parking kereta mereka. Rumah Bonda berada dijalan mati. Tapi berhampiran dengan shopping lots and surau. So ada jugalah parking yang agak berdekatan. Bonda agak mungkin ada penjimatan dalam RM1k or RM2k (duit sewa dewan) jika majlis itu dibuat kat rumah. So duit tu bolehlah dibuat repair-repair rumah. So, untuk second kenduri kahwin mungkin boleh jimat lagi.

Jauh di sudut hati, Bonda nak buat kenduri kahwin di rumah kerana rasanya lebih meriah, lapang dan kenangan di rumah itu akan tetap bersama. Bonda akan minta pendapat anak saudara Bonda (seorang arkitek) tentang pengubahsuaian ruang rumah yang perlu dibuat berdasarkan bajet yang terhad.

Last two weekend, Bonda menemani puteri-puteri Bonda ke Pameran Pengantin di Ampang Point K.L Kami survey harga dari segi fotography, baju, make up, dan pelamin.
Ni baju pengantin yang berkenan di hati puteri Bonda.

Cantiknya kek-kek yang dipamerkan, pelbagai design yang menarik.

Moral of the story: Hati-hati dengan langkah pertama kerana ia penentu langkah-langkah seterusnya.


Sunday, May 23, 2010

Detik Pertemuan "Minta Tolong!"

"Minta Tolong!" merupakan satu program TV yang disiarkan oleh salah satu stesen TV negara Indonesia. Kehadiran Bonda ke Johor Bahru, Hotel Suria City pada bulan Februari 2010 telah menyemaikan bibit-bibit cinta Bonda kepada program ini.

Bonda menonton program ini secara tidak sengaja (setelah selesai tugas mengurus bengkel penggubalan soalan PTK pada petang hari itu). Siri pertama/perkenalan, Bonda menonton di penghujungnya saja. Ia memaparkan kisah seorang Orang Kurang Upaya (tangannya cacat, tiada jari) membawa bungkusan plastik yang nampaknya berat juga. Dia berjalan kaki, bertemu orang di jalanan, bertanyakan tempat (suatu alamat) kerana dia nak hantar barang itu. Bila ada orang yang dah beri tunjuk arah, dia akan minta orang itu tolong hantarkan barang itu ke alamat tersebut kerana dia dah penat. Dia akan tunggu di tempat pertemuan itu sementara tunggu barangnya dihantar.Ramai jugalah orang yang ditemuinya. Bila minta tolong hantarkan barang, pelbagai alasan yang diberi untuk tidak memenuhi permintaannya.

Akhirnya dia bertanya kepada seorang wanita, penjual rokok (warung kecil tepi jalan). Pada mulanya wanita itu agak keberatan dan takut-takut untuk menolong pemuda itu. Pemuda itu tidak berputus asa memujuknya hingga berjaya. Wanita itu menutup warungnya lebih awal untuk membantu pemuda OKU.

Wanita itu seorang ibu tunggal. Sebelum dia pergi hantar barang tu, dia balik ke rumahnya dahulu. Rupa-rupanya dia bawa anak lelakinya menemaninya. Anak lelakinya dah dewasa/ remaja. Puas jugalah dia bertanya ke sana-sini tempat yang nak dituju.

Akhirnya wanita itu berjaya jumpa rumah dan orang yang dicari. Dia menyerahkan barang itu dan menerima sejumlah wang untuk diserahkan kepada pemuda OKU. Dia kembali semula ke warungnya dan menyerahkan wang itu tanpa ambil/minta apa-apa upah. Selepas itu pemuda OKU terus berlalu.

Wanita dan anaknya buka kembali warungnya dengan tujuan mengemas-ngemas. Datang seorang pemuda yang bertanya arah suatu tempat. Wanita itu memberi tunjuk arah sehingga pemuda itu faham. Sebelum pemuda itu beredar, dia beri segengam duit kepada wanita itu dengan kata-kata "Ni rezeki ibu." Wanita tu tergaman.

Anak lelaki wanita itu mengejar pemuda itu dan bertanya kenapa beri duit kepada ibunya? "Tu rezeki ibu mu." "Kami tidak ditipu?" tanya anak lelaki tu untuk kepastian. Anak lelaki tu amat terharu dengan pemberian itu. Dia bersalaman dan memelok pemuda itu. Selepas itu dia cepat-cepat kembali kepada ibunya. Apabila ibunya dengar ceritanya, jelas terpancar betapa terharu, gembira dan bersyukurnya mereka dengan rezeki yang mereka dapat. Linangan dan pelokan kegembiraan ibu-anak jelas menggambarkan perasaan yang dialami.

Bagi Bonda, program sebegini (sejauh mana nilai murni dihayati oleh masyarakat) perlu banyak dan kerap dipaparkan daripada program yang mengenakan orang.

Moral of the story: Sukarnya mencari orang yang jujur dan ikhlas membantu orang yang dalam kesusahan. Buruk sangka, tidak percaya kepada orang, tidak sanggup berkorban, pentingkan diri sendiri masih menebal dalam masyarakat. Mungkin ada pengalaman ditipu orang.
Walaupun miskin, wanita itu tidak gelap mata dengan duit yang diamanahkan kerana dia ikhlas menolong. Allah beri ujian untuk meningkatkan tahap keimanan dan ketakwaan hambaNya.

Bubble Dengan Motornya

Gambar ni diambil semasa Bonda sedang sibuk-sibuk nak pergi kerja. Posing ini tidak Bonda lepaskan sebagai kenangan.
Dah banyak kucing-kucing Bonda hilang begitu saja (tak balik rumah). Sedih juga kerana jodoh tak lama bersama mereka.

Aksi Bubble Dan Sunkist

Nilah sebahagian daripada kucing-kucing Bonda yang comel dan manja. Yang hitam tu namanya Bubble dan seekor lagi tu namanya Sunkist. Tulah antara spot yang paling mereka suka duduk (kat header sofa).
Sofa Bonda dah dibuat corak 3 dimensi oleh kucing (tempat menggaru kukunya). Pening kepala Bonda nak cari sofa yang macam mana supaya kucing Bonda tak boleh lakarkan corak 3 dimensi lagi.
Anyway kehadiran mereka merupakan penghibur Bonda sekeluarga. Mereka telah merapatkan kemesraan anak-anak Bonda.

Batik Oh Batik Memberi Khabar Teman Lama

Semalam Bonda menemani puteri Bonda ke sebuah kilang batik di Kajang (Taman Kajang Utama). Tujuannya untuk dapatkan sebutharga baju/kain batik. Dia ditugaskan untuk dapatkan maklumat itu oleh bossnya. Untuk mengelakkan sebarang tuduhan bahawa dia mendapat apa-apa keuntungan peribadi, Bonda cadangkan supaya dapatkan beberapa sebutharga dan let the meeting make the decision.

Kedatangan kami disambut oleh Penolong Pengurus Operasi. Taukehnya pergi Kelantan kerana ada urusan. Cerita punya cerita, rupanya Penolong Pengurus Operasi ni orang Terengganu (Ganu Kite), orang Kg Ladang, sekarang ni menetap di Serdang. Bangga jugalah Bonda kerana ada orang Terengganu yang buka bisness (kilang batik) di KL/Selangor. Harga kain batik sutera dia pun okay jugalah.

Sambil Bonda membelek-belek name card yang diberi, melihat kepada nama syarikat, Master.Wan.batik dan jawatan dia sebagai Penolong Pengurus Operasi, membuatkan Bonda tanya siapa taukehnya. Rupa-rupanya taukehnya adalah rakan sejawat Bonda (cikgu Sekolah Alam Shah, Cheras, KL). Semakin gembiralah Bonda. Syukur kerana kawan dah ada bisness sendiri walaupun masih lagi berkhidmat di Kementerian Pengajian Tinggi.

Kecilnya dunia ini kerana melalui anak menemukan Bonda kepada sahabat lama (walaupun belum bertemu, tapi dah tau khabar beritanya).

Moral of the story: Sentiasa berkelakuan baik, lakukan yang terbaik kerana reputasi kita bergantung kepada apa pernah kita buat.

Saturday, May 22, 2010

Popularkah Anda? Lihat Counter Untuk Jawapannya

Pernah tengok "Counter" pada blog? Contohnya pada blog ini (yang ada kat atas, pepenjuru kanan). Nombor yang tertera menunjukkan sudah berapa banyak blog/ web site itu dibuka/dilihat/view. Daripada bacaan itu, kita taulah betapa popularnya blog kita itu. Tak kiralah siapa yang membuka/melihat/view nya. Adakah anda mahu meletakkan Counter pada blog anda? Mudah saja caranya.

  1. Buka mana-mana laman web yang beri free counter. Laman web yang Bonda gunakan adalah http://www.free-counters.co.uk
  2. Pilih style yang anda suka/berkenan dengan klik pada style itu.
  3. Lengkapkan maklumat yang diminta.
  4. Tandakan 'tik' pada petak "I have read and I understand the terms above"
  5. Klik 'Create-My-Counter'
  6. Copy semua code yang diberi.
  7. Buka /Sign in pada blog anda.
  8. Klik 'Layout' dan seterusnya klik 'Page Elements'
  9. Klik 'Add a Gadget'. Sekarang anda berada pada skrin 'Add a Gadget'. Scroll ke bawah hingga jumpa 'HTML/Java Script'.
  10. Klik pada tanda (+).
  11. Paste code yang telah anda copy pada ruangan yang diberi.
  12. Klik 'Save'.

Tahniah. Anda telah berjaya.
Rajin-rajinlah view blog anda supaya populariti bertambah (bacaan Counter meningkat).

Thursday, May 20, 2010

Cetusan Hasrat Mendokumentasi Sampel Jawapan PTK Calon Cemerlang

Hari ini boss Bonda, Ketua Penolong Setiausaha (KPSU Unit E) menyampaikan hasrat Setiausaha Bahagian (BPPK) untuk membukukan sampel jawapan calon PTK yang cemerlang. Hasrat boss merupakan satu bentuk arahan secara tidak langsung. Sebagai orang bawahan, Bonda patuh kepada arahannya dan mulakan usaha ke arah memenuhi hasratnya. Oleh kerana Bonda mengurus kertas jawapan PTK calon DG52, jadi Bonda hanya menyediakan sampel jawapan PTK calon DG52 sahaja.

Langkah awal yang Bonda ambil adalah seperti berikut:
  1. Kenal pasti/senaraikan calon PTK yang mendapat markah 83% ke atas bagi setiap bahagian dan komponen Kertas Penilaian Pemahaman termasuk Kertas Tugasan Individu.
  2. Arahkan kerani untuk mengumpul kertas jawapan calon-calon cemerlang.
  3. Sediakan format menaip sampel jawapan cemerlang.
  4. Analisis/Kenal pasti jawapan calon cemerlang.
  5. Arahkan kerani menaip jawapan calon.

Proses terhenti setakat itu dahulu sehingga semua jawapan calon cemerlang selesai ditaip.

Moral of the story: Arahan boss tidak semestinya dalam bentuk bertulis sahaja. Apabila boss menyatakan hasratnya, menjadi tanggungjawab kita memikirkan cara dan berusaha menunaikannya.

Monday, May 17, 2010

Dilema Kes Langkah Bendul

Bonda merasa bersyukur kerana masih ada anak-anak yang mahu berkongsi luahan rasa dengan Bonda terutama isu yang amat berat untuk diperkatakan.

Pada ketika ini Bonda sedang menyiapkan persediaan majlis pertunangan puteri kedua Bonda (langkah bendul). Apabila cerita-cerita majlis pertunangan dan pernikahan puteri kedua Bonda dibincangkan secara serious dan terbuka antara ahli keluarga dalam sehari dua ni, hati puteri sulong Bonda terusik. Dia merasa agak tertekan kerana bukan dia yang pertama berkahwin. Calonnya dah ada cuma persiapan/persediaan untuk majlis itu dan kehidupan selepas itu yang agak merisaukannya. Nasihat Bonda kepadanya, redha dan zahirkan rasa gembira bersama kegembiraan famili. "Sabarlah, setidak-tidaknya sayang dah ada calonnya. Cuba bayangkan perasaan gadis yang tiada calon suami dan adiknya kahwin dulu daripadanya."

Bonda tak mahu melihat dia tidak segembira adik-adiknya. Susah hati dan sukar untuk Bonda menzahirkan rasa gembira jika puteri sulong tidak happy sama. Jika Bonda gembira (bercerita yang best-best tentang persiapan majlis), Bonda menguris hati puteri sulong. Jika Bonda tak tunjukkan rasa excited, Bonda pula mungkin menguris hati puteri kedua Bonda (bakal pengantin). Apabila giliran puteri sulong berkahwin dan Bonda tunjukkan excitement nya, Bonda akan dikata pilih kasih, sayang puteri sulong lebih. Ini akan menguris hati ramai puteri Bonda. Dilema.

Moral of the story: Komunikasi dua hala dan terima dengan terbuka untuk elakkan sebarang prasangka. Pancarkan rasa kegembiraan agar dunia bersinar dan hidup lebih bermakna.

Pengurusan Kertas Jawapan PTK Bil. 1/2010

Hari ini, pertama kali Bonda menguruskan penyimpanan/ pengstoran kertas jawapan PTK bagi gred DG52 yang telah selesai disemak. Satu sistem penyimpanan yang sistematik perlu ada bagi memudahkan urusan pengambilan kertas jawapan sekiranya perlu.

Sistem penyimpanan yang Bonda wujudkan adalah mengumpul semua kertas jawapan calon PTK mengikut Bidang dan Pusat Peperiksaan. Bidang bermaksud sama ada Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) atau Pengurusan dan Pentadbiran (P&T). Setiap calon mempunyai maksimum 3 jenis kertas yang mana berada dalam tiga (3) kotak berlainan kerana setiap jenis kertas disemak oleh pemeriksa yang berbeza.

Proses pengumpulan kertas jawapan calon dibuat oleh kerani Bonda (itu dah sememangnya tugas dia). Arahan melaksanakan tugas tidak cukup secara lisan sahaja supaya senario communication break down dapat diminimakan dan mencapai hasrat yang diinginkan. Bonda menyediakan senarai calon yang mengandungi maklumat berikut:
  1. No. Kad Pengenalan
  2. Kod Pusat
  3. Angka Giliran
  4. Komponen-komponen yang diambil
  5. Ruangan Generik
  6. Ruangan Fungsional
  7. Ruangan Tugasan Individu

Kertas-kertas jawapan calon ditanda sama ada Ada Kertas Jawapan atau tidak. Nombor-nombor soalan yang dijawab juga ditanda.

Kertas-kertas jawapan calon diikat bersama mengikut pusat peperiksaan dan dimasukkan dalam kotak. Di luar kotak ditampalkan label yang memaparkan pusat peperiksaan yang terlibat.

Sistem ini diuji pertama kalinya oleh bos Bonda iaitu Timbalan Setiausaha Bahagian (Pembangunan Kompetensi). Beliau mahu kertas jawapan beberapa orang calon PTK yang keputusannya agak mengecewakan. Bonda tidak mengambil masa yang lama untuk melaksanakan arahan bos itu.

Moral of the story: Kita mesti mempunyai gambaran/objektif yang jelas tentang apa yang kita mahu, memikirkan cara pelaksanaannya, dan menyampaikan dengan jelas bagaimana melaksanakannya supaya objektif tercapai.

Sunday, May 16, 2010

Mencari kekuatan dalam menempuh gerbang Ibu Mertua



Peristiwa pernikahan anak saudara Bonda pada Mac 2010 telah menyedarkan bahawa Bonda juga hampir gerbang Kelab Ibu Mertua. Bonda mesti mempelajari dan membuat catatan Apa yang perlu ada, Bagaimana menguruskan setiap majlis sebelum, semasa dan selepas menerima menantu. Inilah adalah pengalaman Bonda yang pertama, insya Allah 3 orang menantu lagi akan menyusul selepas yang satu ni.

Selepas puteri Bonda menyatakan hasrat keluarga teman lelakinya untuk datang bertemu keluarga, Bonda telah mula berbincang secara serious dengan kakak-kakak Bonda yang terdekat. Apa yang patut dan perlu dibuat. Sebelum tarikh pertemuan antara kedua-dua keluarga dapat diberikan, persiapan fizikal rumah, terutamanya ruang tamu perlu dibuat. Sebelum ni Bonda tak berapa kisah sangat kerana jarang sekali menerima tetamu dan perkara lain menjadi keperluan duit.

Seterusnya (dalam siri-siri yang akan datang), Bonda akan berkongi cerita bagaimana Bonda mengubah penampilan ruang tamu dengan bajet yang berpatutan sebagai persediaan menerima rombongan meminang puteri Bonda.

Moral of the story: Berbincang dengan keluarga, belajar daripada pengalaman orang terutama yang pernah mengalami apa yang akan kita alami.

Bagaimana Mengubah Background Blog Anda

Selamat Bertemu dan Salam Perkenalan. Kali ini catatan Bonda menjurus kepada bagaimana mengubah background (rupa asas) blog kita mengikut cita rasa kita. Kita menggunakan hasil karya orang lain (dikongsi secara percuma) dan laman web pilihan Bonda adalah http://www.scrappinblogs.blogspot.com. Bonda kongsikan langkah asas yang telah Bonda lakukan buat pertama kalinya kerana Bonda juga bermula dengan zero knowledge.

Pertama: Kita mestilah create blog seperti biasa. Pilih aje mana-mana templet yang diberi. (Jika tak pernah create blog, boleh bertanya rakan-rakan. Langkahnya mudah saja.)

Kedua: Klik "Layout". Kemudian klik "Pick New Templet" (atas sebelah kiri).

Ketiga: Buka laman http://www.scrappinblogs.blogspot.com. Pilih mana design yang berkenan di hati.

Keempat: Copy kod HTML (Bonda guna yang 2 Column Code)

Kelima: Klik "Page Elements"

Keenam: Klik "Add a Gadget". Sekarang kita pada skrin "Add a Gadget". Scroll ke bawah sehingga jumpa "HTML/Java Script".

Ketujuh: Klik pada tanda (+)

Kelapan: Kita akan jumpa petak kosong yang luas. Paste kod HTML yang telah kita copy dari http://www.scrappinblogs.blogspot.com.

Kesembilan: Klik "Save"

Tahniah Anda telah berjaya mengubah background blog anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...