Tuesday, December 28, 2010

Petua Merealisasikan Matlamat

Hari ini dah 22 Muharam 1432H. Dah masuk hari ke-22 dalam tahun baru mengikut kalender Islam. Tahun baru mengikut tahun Masihi is around the conner. Biasalah, semangat tahun baru pastinya ada azam baru atau matlamat baru. Seiring dengan mood semasa (azam tahun baru), Bonda mahu kongsikan beberapa petua untuk mencapai matlamat kita. Bonda lebih suka guna perkataan "matlamat" berbanding dengan "azam".

1. Keinginan
  • Perlu ada keinginan untuk mencapai matlamat. Lagi mendalam keinginan kita, lagi mudah untuk mencapai matlamat kita.
  • Punca utama kegagalan mencapai matlamat adalah perasaan takut. Kerana takut, kita tidak mengambil langkah pertama untuk mencapai matlamat.
  • Keinginan akan membawa kita untuk ambil langkah pertama.
2. Keyakinan
  • Perlu mempunyai keyakinan dalam hati bahawa cita-cita kita akan tercapai. Keyakinan yang tinggi menjadi penggerak kepada kita untuk tidak menoleh kebelakang lagi.
  • Kita tidak perlu menyakinkan orang ramai. Cuma yakinkan diri sendiri. Kita perlu tunjukkan cita-cita kita tercapai. Itu sahaja yang akan menyakinkan orang ramai.
  • Matlamat yang realistik akan membantu dan memotivasikan kita untuk mendapat keyakinan. Oleh itu kita perlu realistik dalam menetapkan matlamat kita.
3. Tulis matlamat kita
  • AMAT penting
  • Ia sama seperti kita membuat perjanjian dengan diri kita sendiri. Matlamat itu akan tersemat di fikiran dan sentiasa mengingati kita secara sedar ataupun separa-sedar.
  • Kita telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang kita dapat mengenggamkannya.
4. Senaraikan kebaikan yang kita akan kecapi
  • Senaraikan panjang-panjang. Lagi panjang lagi bagus. Ini kerana senarai ini merupakan motivasi-motivasi yang akan membakar semangat kita untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan itu.
  • Berikan sebab mengapa kita mahu matlamat kita tercapai. Apakah pulangan yang akan kita terima? Bagaimanakah tahap kepuasan kita jika matlamat itu tercapai?

5. Cerminkan diri sendiri
  • Untuk mencapai matlamat, kita perlu ketahui di mana kita berada pada masa kini. Lebih jelas kita dapat fahami keadaan kita pada waktu ini, lebih jelas kita dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat. Contohnya, sekiranya kita inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan kita pada masa ini secara jujur.
6. Tetapkan deadline
  • Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap.
  • Dengan memberikan deadline, kita mempunyai satu sasaran yang jitu. Jika kita tidak berjaya capai matlamat sebelum tarikh deadline, berikan satu tarikh deadline yang baru. Deadline akan mengajar kita untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.

7. Ketahui rintangan
  • Ingat! Untuk mencapai apa jua yang berbaloi, pasti akan ada rintangan. Lagi besar matlamat, lagi besar rintangan yang perlu kita lalui.
  • Ketahui rintangan-rintangan itu dan belajar cara untuk menempuhinya.
  • Setiap rintangan yang kita temui, walau sekecil mana, ia akan memperbaiki diri kita untuk rintangan yang lebih besar di masa depan.
  • Orang yang berjaya adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan itu.
  • Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila kita berjaya menguasai segala rintangan.

8. Ilmu Tambahan
  • Ketahui ilmu tambahan yang perlu kita lengkapkan diri kita untuk mencapai cita-cita itu.
  • Apakah ilmu tambahan yang diperlukan? Apakah pengalaman yang diperlukan? Bolehkah kita dapat bantuan orang lain sekiranya kita tiada sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting/ kebolehan yang paling penting untuk kita miliki dalam mencapai matlamat kita itu?

9. Perancangan
  • Buat perancangan yang rapi. Rancang langkah-langkah kita dengan terperinci. Contoh, dalam masa 1 bulan, apa yang kita perlu buat? Jika tidak menjadi, apakah alternatif lain?
  • Hukum alam menyatakan, apa yang kita beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya kita merancang untuk menabur bergunung-gunung usaha, maka hebatlah pulangan yang kita akan terima.

10. Bina gambaran
  • Beri gambaran yang jelas di fikiran kita bahawa matlamat kita telah tercapai.
  • Penuhi fikiran kita dengan gambaran kejayaan di masa depan. Ketahui tekniknya DI SINI.

11. Janji pada diri sendiri
  • Janji pada diri, tak kira apa halangan yang mendatang, tak kira apa juga kegagalan, jangan JANGAN JANGAN sekali-kali putus asa.
  • Kegagalan adalah perintis untuk mencapai apa juga kejayaan. Lagi banyak kegagalan kita temui, lagi hampir kejayaan kepada kita. Lagi banyak kegagalan kita jumpa, lagi banyak yang kita pelajari.
  • Jika kita jumpa kegagalan, ubah cara kita - jangan ikut cara yang sama kerana ia akan membawa kegagalan seterusnya.

Kesimpulan
Kesemua petua ini perlu dilakukan. Ini adalah blue print orang yang berjaya di dunia. Setiap kali kita ada matlamat baru, kita rujuk petua-petua ini untuk memastikan matlamat kita tercapai.
Bonda nak ulas lebih-lebih pun tak dapatlah kerana Bonda pun lebih kurang sama, membuat matlamat di awal tahun tapi sukar dicapai hingga ke akhir tahun. Bonda panjangkan petua ini daripada Encik Irfan Khairi, jutawan muda. Terima kasih Irfan atas perkongsian maklumat.

Monday, December 20, 2010

Pembiayaan Perniagaan PUNB

Apabila anak Bonda, Iffah nak berniaga, Bonda juga turut teruja untuk sama-sama berniaga. Kami saling memberi moral support to each other. Bonda mencari peluang dan cara mendapatkan pembiayaan bagi bisness. Apa yang perlu dilakukan adalah buka mulut, bertanya. Kerana tindakan itulah (buka mulut) maka Bonda mengenali Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

Pada 13 Disember 2010, Bonda mengenali PUNB secara lebih dekat. Banyak informasi yang Bonda dapat hasil daripada lawatan Bonda. Ini yang Bonda nak share, mudah-mudahan ianya berguna buat anda.
Bonda ke sana ditemani oleh anak Bonda, Iffah. Rupa-rupanya PUNB sentiasa mengadakan walk in briefing pada setiap hari Isnin, jam 10 pagi. Jika mengikuti sepenuhnya, sampai lunch time jugaklah baru settle. Nasihat Bonda, sebelum pergi/ hadir taklimat, breakfast dulu. Jika tak, "kena anggaplah berpuasa pada ketika itu". Petikan pesanan penceramahnya. Best penceramahnya, tidak membosankan, kelakar gile. Nama penceramahnya adalah Encik Mohd Rasyidi Zainal.
Parking kat-kat situ, RM4 perjam. Jadi bajet sendirilah macam mana cara ekonomikal untuk hadir.

PUNB adalah salah satu perbadanan di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB). Satu lagi perbadanan di bawah YPB adalah Permodalan Nasional Berhad (PNB). PUNB ditubuhkan pada 17 Julai 1992 dan mula beroperasi pada 2 Mac 1992.

Di awal taklimat, Encik Mohd Rasyidi Zainal bagi tau, bagi perniagaan yang baru nak dimulakan, ada 7 jenis peniagaan yang telah dibekukan permohonannya mulai tahun 2011. Sampai bila? Tak pulak diberitahu. Perniagaan tersebut adalah ...
  1. Restoran
  2. Kedai runcit
  3. Kedai dobi
  4. Kedai kek dan roti
  5. Kedai gambar
  6. Kedai buku dan alat tulis
  7. Futsa
Jadi, jika ada berhajat pada mana-mana yang di atas tu, kenalah cari alternatif lain. Bisness yang Bonda bercadang nak usahakan termasuk dalam salah satunya. Tapi jika nak kembangkan mana-mana bisness itu masih boleh memohon pembiayaan PUNB.
Kenapa dah bekukan permohonan? Sebabnya usahawan yang menjalankan bisness itu tidak menunjukkan daya maju yang baik. Dengan kata lain, bisness tu cepat buka, cepat juga tutupnya.

Bonda juga diberitahu, ada dua (2) perniagaan di luar skop PUNB, iaitu:
  1. Francais
  2. Pertanian 3M (Menanam, Menternak, Memelihara)
Jika anda berminat dengan perniagaan francais, sila tanya Perbadanan Nasional Berhad (PNS).

Syarat-syarat Permohonan
  1. Bumiputera dan umur tidak melebihi 50 tahun. Bagi yang telah melepasi had umur, masih lagi boleh memohon. Tapi kenalah buktikan bahawa diri tu sihat sejahtera dan dapatkan rakan niaga yang layak bagi syarat itu, contohnya pasangan atau anak.
  2. Menjalankan perniagaan sepenuh masa. Jika kita masih bekerja, janganlah terus berhenti kerja selagi permohonan kita belum diluluskan. Selepas borang permohonan dihantar, PUNB mengambil masa lebih kurang 2 hingga 3 bulan sebelum sebarang keputusan dikeluarkan. Jadi, apabila permohonan kita telah lulus, kita mestilah letak jawatan dan menjalankan bisness kita sepenuh masa.
  3. Mempunyai pengetahuan yang mencukupi. Pengetahuan tidak semestinya ditunjukkan pada sijil/ diploma/ sarjana akademik. Ia boleh dibuktikan daripada sijil-sijil kemahiran/ kursus pendek yang kita pernah hadiri. Ilmu pengetahuan adalah asas dalam semua perkara.
  4. Mempunyai kemahiran yang diperlukan. Jika kita nak buka kedai jahit, kita mestilah pandai menjahit. Kita tak bolehlah cuma jadi pengarah dan pengurus aje. Kenalah juga jadi kuli, tambah-tambah baru mula berniaga.
  5. Mempunyai pengalaman di dalam bidang yang diceburi. Kita boleh tunjukkan surat daripada majikan jika kita pernah bekerja dalam bidang yang sama.
  6. Menyediakan modal 10% daripada kos projek. Kos projek bermaksud kos yang diperlukan untuk memulakan perniagaan/ mengembangkan perniagaan. Kos yang diambil kira adalah kos yang diperlukan untuk beli stok, beli aset, modal pusingan, pemasaran dan lain-lain. Jika kita memohon pembiayaan untuk kembangkan bisness kita, 10% yang perlu disediakan boleh dikira daripada nilai stok dan aset yang kita ada. Sebab itulah sangat penting bagi kita mengetahui nilai stok yang kita ada. Jika kita tidak tahu atau tidak dapat menyatakan sistem yang kita gunakan untuk mengira nilai stok, sukarlah nak dapat pembiayaan perniagaan dari mana-mana institusi kewangan.
  7. Mempunyai rekod kewangan yang memuaskan. Semua perbelanjaan dan pendapatan perniagaan kita perlu rekodkan dengan terperinci, sistematik dan terkini.
  8. Mengemukakan rancangan perniagaan kepada PUNB. Dengan kata mudah, perlu serahkan kertas proposal. Format proposal yang diperlukan adalah
  • 30 - 40 muka surat termasuk lampiran;
  • Fakta;
  • Data;
  • Carta;
  • Gambar;
  • Ditulis dalam bentuk point form (simple, tepat dan padat).
Cara pembayaran balik:
  • Tempoh 7 tahun
  • kadar 5% setahun
Selain daripada memberi pembiayaan, PUNB juga menawarkan belian premis perniagaan dan menyewakan kepada usahawan dengan kadar tidak melebihi kadar pasaran. Dengan kata mudah, jika lokasi perniagaan kita tu bagus, strategik dan dibuka untuk jualan, kita boleh mencadangkan kepada PUNB untuk membelinya. Mungkin suatu hari nanti kita boleh beli premis itu daripada PUNB. Itulah caranya supaya Bumiputera dapat memiliki premis perniagaan.
PUNB juga ada program khas untuk siswazah. Ada dua (2) program iaitu
  1. Skim siswazah perintis;
  2. Skim PROSPER siswazah;
Syarat untuk menyertai program ini adalah
  1. Bumiputera dan berusia kurang daripada 30 tahun;
  2. Mempunyai ijazah atau diploma atau sijil tahap 2 (mempunyai sesuatu kemahiran);
Dua (2) juga je yang penting bagi Bonda untuk diingat.

Untuk skim siswazah perintis, ianya macam program sangkut. Contohnya kita nak buka kedai jahit baju. Kita mestilah sekurang-kurangnya pandai menjahit (mempunyai kemahiran menjahit). Yang kita tak tahu cuma bagaimana nak mengurus kedai jahit kita dan mengembangkan lagi perniagaan (bukanlah kita seorang aje tukang jahit. Naik pangkat jadi taukeh kedai jahit lah pulak). Jadi kita join skim/program ini. PUNB akan menempatkan kita di sebuah kedai jahit selama lebih kurang enam (6) bulan. Kita akan belajar secara hands on bagaimana mengurus sebuah kedai jahit. Semasa kita dok belajar ni, PUNB akan beri elaun bulanan kepada kita. Tiga (3) bulan pertama, kita akan diberi RM800 sebulan, dan tiga (3) bulan berikutnya kita akan mendapat elaun RM1,000 sebulan. Bila selesai program sangkut kita tu, dan kita seorang pelajar yang baik dan cemerlang, Bonda berani jamin yang PUNB akan meluluskan permohonan pembiayaan perniagaan kita dengan mudah. Pelaburan daripada kita siswazah ni cuma RM500 saja untuk mulakan perniagaan. Lain-lain PUNB dahulukan.

Satu lagi, skim PROSPER siswazah. Ini bagi siswazah yang sudah mulakan bisness sekurang-kurangnya tiga (3) bulan. Pinjaman yang diberi antara RM5,000 hingga RM110,000. Jika bisness tu kita buat sorang-sorang (persendirian), had maksimum pembiayaan RM50,000. Jika nak lebih, dapatkan rakan niaga. PUNB boleh beri maksimum RM100,000 (untuk perkongsian). Pembayaran balik dalam tempoh 3 hingga 7 tahun. Kadarnya 3% setahun. Modal permulaan daripada kita juga RM500 sahaja.

Itulah serba sedikit yang dapat Bonda coretkan. Nak tahu lebih-lebih, pergi sendiri ke Tingkat 9, Blok 1B, Plaza Sentral, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral.
Infoline : 03 2785 1577

Saturday, December 18, 2010

Temuduga Pegawai Cemerlang

Pengalaman menghadiri temuduga untuk lantikan sebagai Pegawai Cemerlang DG48 seharusnya Bonda rakamkan kerana ia mungkin menjadi rujukan rakan lain.
Bonda dah lama benar tidak menghadiri temuduga. Kali pertama hadiri temuduga semasa mula-mula bekerja, kira-kira 24 tahun yang lalu. Masa tu gred jawatan Bonda adalah DG41. Selepas DG41, Bonda dinaikkan pangkat DG44 pada tahun 2004. Tempoh masa antara DG41 dengan DG44 adalah lebih kurang 17 tahun. Maknanya, dah berkhidmat 17 tahun, baru dapat pangkat ke-2. Sepanjang yang Bonda tahu, skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan (guru) paling lambat pergerakan kenaikan pangkat berbanding dengan skim Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Itulah punca yang menyebabkan ramai guru marah/kurang berpuas hati dengan PTD. Sampai bila keadaan ini akan berlanjutan? Tiada sesiapa ke yang membuat kajian berkaitan ketidakseragaman tempoh pergerakan pangkat bagi semua skim perkhidmatan bagi penjawat awam?

Tiada atau tak perlu hadiri temuduga apabila Bonda dilantik ke pangkat DG44. Ini kerana Bonda dilantik secara time based. Time based bermaksud, cukup masa, pangkat kita akan dinaikkan secara automatik. Itu yang Bonda fahamlah. Tapi nak tunggu 'cukup masa' ni lama sangat, kurang-kurang 10 tahun.
Sebagai makluman, pergerakan pangkat bagi skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Siswazah adalah seperti berikut:
  1. DG41
  2. DG44
  3. DG48
  4. DG52
  5. DG54
  6. JUSA C
  7. JUSA B
  8. JUSA A
  9. Turus III
Okaylah, berbalik kepada cerita Bonda menghadiri temuduga Pegawai Cemerlang DG48. Temuduga itu dijalankan secara berkumpulan. Maksud Bonda, kami (calon) berlima ditemuduga secara serentak oleh dua (2) penemuduga. Masa yang diperuntukkan bagi sesi itu adalah 45 minit. Susunan kedudukan kami dalam bilik temuduga ditentukan oleh penemuduga.
Kami tahu siapa penemuduga kerana mereka memakai name tag. Teringat Bonda semasa Bonda menguruskan sesi penilaian PTK, penilai tidak dibenarkan memakai name tag.
Masuk aje bilik temuduga, salah seorang panel dah kenal Bonda. Sebabnya Bonda kerap menghubungi beliau untuk bertugas sebagai penilai PTK.

Hanya tiga (3) soalan aje yang dikemukakan.
Soalan 1: Sumbangan yang memberi impak sepanjang tempoh perkhidmatan.
Cerita mestilah yang menunjukkan hasil kerja pegawai yang cemerlang. Tapi tak bolehlah cerita panjang-panjang sebabnya ada lima (5) calon nak berkongsi pengalaman.

Soalan 2: Isu-isu berkaitan pendidikan atau mungkin diberi kajian kes.
Penemuduga nak lihat lontaran idea kita berkaitan sesuatu isu. Adakah ianya bernas?
Kumpulan Bonda diminta beri cadangan kaedah penilaian baru menggantikan PTK. Wow! Memang bestlah sebab Bonda dah pernah berbincang tentang isu ini dengan bos dan kawan-kawan lain di pejabat. Rakan kumpulan Bonda pun seronok juga dapat soalan ni kerana sehari sebelum pergi interview, dah ada dalam emel mereka yang memohon kemukakan cadangan sistem penilaian baru bagi warga KPM. Emel mereka tu daripada Bondalah, atas arahan bos Bonda. Jadi rakan-rakan Bonda tu dah fikir jugalah sikit-sikit tentang isu ini. Oleh itu sesi temuduga bertukar menjadi seolah-olah sesi perbincangan pulak. Semua orang diberi peluang bercakap, dahlah tu ada yang menambah-nambah lagi walaupun gilirannya dah lepas. Hangat.

Soalan 3: Soalan berkaitan kewangan.
Kumpulan Bonda ditanya soalan bagaimana meningkatkan integriti dalam pengurusan kewangan. Perbincangan tidaklah serancak sebelum ini. Lagipun masa dah terlebih rasanya.

Keluar dari bilik temuduga, semua calon nampaknya gembira, ceria dan seronok. Rezeki kamilah dapat penemuduga yang cool dan soalan pun agak mudah jugalah. Peluang dapat jawatan Pegawai Cemerlang? Entahlah kerana Bonda dengar cerita sumbangan rakan sekumpulan pun tidak kurang hebatnya. Lokasi temuduga Bonda di Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya, Presint 16. Tarikhnya pada 16 Disember 2010.

Rupa-rupanya proses temuduga dijalankan selama 5 hari. Setiap hari Bonda agak ada 6 sesi dan setiap sesi, 3 kumpulan berjalan secara serentak dan 1 kumpulan ada 5 calon. Agak-agak berapa ramailah calonnya. Mari kita sama-sama kira.
5 calon x 3 kumpulan x 6 sesi x 5 hari = 450 calon.
Itu baru 1 pusat temuduga. Tak taulah Bonda berapa pusat temuduga yang ada.

Persediaan sebelum menghadiri temuduga.
Ini berdasarkan pengalaman dan kesilapan Bonda.
1. Beritahu bos sebaik saja terima surat tawaran/panggilan untuk mendapat restu, doa dan tips.
Bukan aje bos sendiri, bos orang lain pun Bonda bagi tahu juga sebab nak share keseronokan dapat tawaran. Berita baiklah katakan. Bekas bos pun Bonda bagi tau juga.

2. Baca surat panggilan dengan teliti.
Ambil maklum tentang perkara berikut:
  • Tarikh;
  • Lokasi;
  • Masa;
  • Dokumen yang perlu dibawa;
  • Dokumen yang perlu diserahkan;

3. Pakaian yang bersesuaian.
Hari interview Bonda pada hari Khamis. Hari Khamis adalah hari berpakaian batik bagi penjawat awam.

4. Ambil tahu tentang isu-isu semasa terutamanya tentang pendidikan.
Baca dan buat sedikit ulasan atau beri pandangan tentang isu yang diperkatakan. Kebetulan pulak, apabila Bonda dapat surat tawaran, Bonda baru aje mula memberi pandangan tentang sesuatu isu di bawah label Isu Semasa dalam blog.

5. Ambil tahu tentang dasar-dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang ada dan terkini.
Kaitkan dasar-dasar tu dengan fungsi atau tugas bahagian/jabatan kita.

6. Fikirkan keunikan atau X-Faktor kita.
Soalan-soalan berikut sesuai untuk diikirkan:
  • sumbangan kita yang memberi impak;
  • kenapa kita layak dapat pangkat itu;
  • apa bagusnya kita;

Rasa-rasanya itu saja yang dapat Bonda coretkan kerana setakat ini, tu yang terlintas. Mudah-mudahan ianya membantu anda dalam menempuhi temuduga terutama dalam konteks yang sama dengan Bonda.

Friday, December 10, 2010

Perintis Sekolah Amanah

Hari ini, 10 Disember 2010, lahirlah satu jenis sekolah lagi di Malaysia iaitu Sekolah Amanah AMIR. Setakat yang Bonda tahu, sekolah di Malaysia ni dikelompok dan dinamakan dengan pelbagai nama, contohnya, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kluster, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Wawasan, Sekolah Model Khas, Sekolah Bestari dan pelbagai nama lagi. Bila nak bercerita kat orang luar negara tentang sistem pendidikan di Malaysia, sendiri pun naik pening. Tak payahlah nak cerita kat orang luar, cerita kat orang biasa-biasa (orang awam), pun sukar bagi Bonda. Sebabnya Bonda sendiri pun tak berapa jelas kriteria dan objektif penubuhan setiap kelompok sekolah. Lagi parah bila ada yang bertindan, maksud Bonda, contohnya Sekolah Berasrama Penuh ada juga yang dikelompokkan sebagai Sekolah Kluster.

Berbalik kepada cerita Sekolah Amanah AMIR. Terdapat 10 buah sekolah yang dikategorikan sebagai Rangkaian Sekolah Amanah AMIR, iaitu enam (6) buah sekolah rendah dan empat (4) buah sekolah menengah. Hal ini diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sekolah yang dipilih itu mewakili dua (2) negeri iaitu Johor dan Sarawak.
Di Johor, sekolah yang dipilih adalah:
  1. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda (2), Johor Bahru
  2. Sekolah Kebangsaan Kampung Layan, Kota Tinggi
  3. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kangkar, Pulai
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Semenchu, Kota Tinggi
  5. Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah, Johor Bahru
Di Sarawak, sekolah yang dipilih adalah:
  1. Sekolah Kebangsaan Kampung Empila, Samarahan
  2. Sekolah Kebangsaan Combine
  3. Sekolah Kebangsaan Tabuan
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kuching (2)
  5. Sekolah Menengah Sains Kuching
Bagi memahamkan diri Bonda dengan Sekolah Amanah, beberapa persoalan dilontarkan. Sendiri tanya, sendiri cari jawapannya. Oleh itu, ada yang ada jawapannya, ada yang tertinggal jawapannya diawangan.

Apa itu Sekolah Amanah?
Ia adalah sekolah awam yang diurus secara bersama dengan pihak swasta. Walau bagaimanapun Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) masih lagi mengawal selia sekolah tersebut.
Dalam kes Rangkaian Sekolah Amanah AMIR, pihak swasta yang terlibat adalah Khazanah Nasional Berhad di mana Yayasan AMIR akan menguruskannya.

Bila timbul nama Sekolah Amanah ni?
Istilah Sekolah Amanah timbul semasa pembentangan Belanjawan 2011 pada 15 Oktober 2010 oleh Perdana Menteri YAB Dato' Sri Najib Razak.
Istilah Sekolah Amanah ni dalam bahasa Inggeris adalah Trust School. Manalah tau nak bercerita kat orang luar negara, istilah yang digunakan mestilah boleh difahami mereka.

Kenapa nak diwujudkan Sekolah Amanah?
Objektifnya adalah untuk membawa perubahan kepada prestasi sekolah tanpa mengira pencapaian semasa sekolah berkenaan.
Apa maksud prestasi sekolah dalam konteks ini? Jika ia diukur berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan, Bonda agak, pemikiran kita masih berada di takuk lama. Sampai bila kita nak capai status negara maju? Bonda berharap benar agar dapat dijelaskan definisi prestasi sekolah dengan terperinci dan lengkap.
Cadangan Bonda, pelan strategik setiap sekolah terlibat diteliti dengan terperinci. Pengetahuan dan kemahiran membina pelan strategik mesti diberi dan disemai kepada warga sekolah. Bonda pasti pihak swasta mempunyai ilmu dan kemahiran dalam menyediakan dan review pelan strategik.
Pelan strategik sangat penting bagi sesebuah organisasi dan ianya perlu mengikut kehendak dan keperluan sekolah berkenaan. Pengetahuan dan pengalaman mengurus dan mengendalikan sesebuah organisasi mengikut pelan strategik amat berharga buat guru.
Guru juga dikenali sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkhidmat di sekolah.

Apa bagusnya Sekolah Amanah ni?
Sekolah Amanah ini mempunyai lebih autonomi dalam membuat keputusan berkaitan kurikulum, kewangan dan sumber manusia. Autonomi yang dimaksudkan di sini adalah diberi kebebasan memilih kurikulum, pengagihan peruntukan mengikut keperluan, penyediaan insentif berasaskan prestasi dan pemilihan guru dan kakitangan bukan guru.
Banyak persoalan yang berlegar-legar dalam kepala otak Bonda berhubung tiga (3) perkara ini. Bonda cari juga maklumat lanjut tapi gagal.
Apa maksud kebebasan memilih kurikulum jika pelajar masih lagi terikat dengan peperiksaan awam?
Selain pengagihan peruntukan mengikut keperluan, elok juga sekiranya pihak swasta berkongsi pengalaman dalam pemantauan perbelanjaan supaya perbelanjaan berhemah dapat diserap dan diamalkan.
Apakah bentuk atau kaedah dalam menilai prestasi semua staf? Apakah langkah-langkah bagi mengelakkan bias dalam menentukan prestasi staf? Apakah kriteria dalam pemilihan guru dan kakitangan bukan guru yang akan berkhidmat di Sekolah Amanah?

Apa yang sekolah dapat (sekolah terlibat)?
Cuma dikatakan pelajar akan memperoleh pendidikan berkualiti.
Bagi Bonda, selain daripada pelajar, guru juga patut diberitahu apa yang mereka akan dapat sekiranya mereka berkhidmat di Sekolah Amanah.
Ganjaran dalam bentuk peningkatan tahap profesionalisme keguruan lebih bermakna dan berfaedah bagi guru. Bagi memastikan pendidikan berkualiti wujud di Sekolah Amanah, guru perlu didedahkan kepada kursus atau latihan yang dapat meningkatkan keberkesanan penyampaian guru. Masalah pelajar juga berpunca daripada penyampaian guru yang kurang berkesan dan menarik.

Apa faedahnya kepada pihak swasta yang terbabit?
Pihak swasta dapat melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya. Guru juga perlu belajar dan didedahkan dengan pengurusan organisasi korporat. Bagi Bonda, inilah sumbangan terbesar pihak swasta dalam membangunkan modal insan negara.

Bonda begitu optimis bahawa usaha ini (Sekolah Amanah) akan berjaya dengan syarat perancangan yang terperinci, pemantauan yang teliti dan penambahbaikan yang berterusan diamalkan oleh semua pihak terlibat iaitu sekolah, pihak swasta dan KPM. Pihak Khazanah Nasional Berhad memperuntukkan RM100 juta bagi tempoh lima (5) tahun pelaksanaan projek ini.

Thursday, December 9, 2010

Tugas Pertama Talent Corporation

"Talent Corporation" Tergambar satu company yang mengambil dan menguruskan bakat-bakat muda dalam bidang hiburan. Itu kefahaman majoriti orang muda, belia dan remaja Malaysia yang biasa-biasa. Tapi Talent Corporation yang akan Bonda bincangkan adalah perkara lain. Talent Corporation ada disebutkan dalam Rancangan Malaysia ke-10. Talent Corporation (TC) ni adalah satu organisasi/badan yang diberi mandat untuk menarik, memotivasi dan mengekalkan modal insan berkemahiran yang diperlukan bagi mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi. TC akan ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Dengar-dengar cerita, TC dah ada calon yang paling layak sebagai tugasan pertamanya. Calon yang Bonda maksudkan adalah Tan Sri Hassan Merican, bekas Presiden dan CEO Pertonas.
Disebabkan nak penuhi permintaan/ kepentingan seorang atau beberapa kerat rakyat Malaysia, kita kehilangan dia ke tangan Singapura. Tan Sri Hassan Merican tidak rugi apa-apa apabila dia dikeluarkan daripada Petronas, malah rezekinya bertambah lagi. Dia sekarang dilantik sebagai non executive director of SembCorp Singapore yang dikawal oleh Temasik Holding. Dengar khabar, dia jadi orang ke-2 dalam company tu dan gajinya ..... dia boleh tulis berapa yang dia nak sebab dia diberi cek kosong yang bertandatangan.

Kenapa boleh jadi begitu ya? Maksud Bonda, kita kehilangan Tan Sri Hassan Merican. Jika dia tak pandai buat kerja pastinya Singapura tak akan ambil dia. Lu fikirlah sendiri. Anyway, baguslah jika kerajaan nak ambil dia kembali berkhidmat di Malaysia.

Mengikut sumber bacaan Bonda yang boleh dipercayai, ceritanya berlaku lebih kurang 10 tahun yang lalu. Ada seorang boss (orang atasanlah) membuat komen iaitu Petronas tidak banyak membantu kontraktor Melayu. Jadi dia mintalah Tan Sri Hassan Merican tolong kontraktor Melayu ni. Jawapan yang diberi oleh Tan Sri Hassan Merican, "Please talk to our procurement guys. Just follow our procedures." Dengan kata mudah, tiada sebarang keistimewaan. Jika menepati semua syarat, dapatlah projek tu. Petronas mempunyai syarat yang ketat dan tapisan yang mantap dalam meluluskan sebarang kontrak Petronas. Ini tidak bermakna tiada syarikat/kontraktor Melayu yang dapat projek Petronas. Akibat daripada ketegasan Tan Sri Hassan Merican dalam menjaga amanah rakyat Malaysia, faham-fahamlah sendiri.

Sedar dan tahukah anda tentang kejayaan Petronas semasa di bawah kepimpinan Tan Sri Hassan Merican? Petronas banyak membuat pelaburan di luar negara. Lebih daripada 20% hasil Petronas datangnya dari pelaburan operasinya di luar negara. Hinggakan Petronas tersenarai dalam Top 10 companies yang paling menguntungkan di dunia. Bangganya rasa jadi rakyat Malaysia walaupun itu bukan usaha Bonda. Tun Dr Mahathir hanya mampu membantu memperkenalkan Petronas ke luar negara. Tindakan selanjutnya iaitu mengeluarkan minyak dari tanah diuruskan oleh Tan Sri Hassan Merican. Inilah bukti Petronas berjaya menghasilkan world class business and management skill.

Bonda bersetuju dengan pendapat kawan Bonda ni, Syed Akbar Ali, kejayaan ini hasil usaha, pengurusan dan kepimpinan Tan Sri Hassan Merican dan diikuti dengan keizinan Allah. Jika tidak, tak kanlah Singapura sambar dia begitu cepat sekali.

Bonda doakan semoga Tan Sri Hassan Merican sudi kembali berkhidmat di Malaysia.

Wednesday, December 8, 2010

Pengganti Penilaian Tahap Kecekapan

Sejak Perdana Menteri YAB Dato' Sri Najib Razak mengumumkan pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) semasa pembentangan Belanjawan 2011 pada 15 Oktober 2010, banyak pertanyaan dan tohmahan dilontarkan kepada Bonda dan organisasi Bonda. Maklumlah organisasi Bonda menguruskan pelaksanaan PTK kepada warga kementeriannya. Antara tohmahannya, "habis tu you all tak ada kerjalah sebab PTK dah dimansuhkan." Silap besar tu kerana YAB Dato' Sri Najib Razak ada mengatakan yang suatu bentuk penilaian baru akan diperkenalkan menggantikan PTK.

Sebenarnya, organisasi Bonda lah yang banyak menerima kesan daripada pemansuhan PTK ni. Sebabnya kami mesti mengubah banyak perkara, antaranya adalah ...
  • visi dan misi organisasi;
  • piagam pelanggan;
  • pelan strategik organisasi
  • skop pelaksanaan MS ISO 9001:2008;
  • Anggaran Belanja Mengurus tahun 2011;
  • manual prosedur kerja

Selagi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) belum keluarkan apa-apa pekeliling berhubung kaedah penilaian yang baru, perkara yang Bonda sebut kat atas tu tidak dapat dilaksanakan. Walau bagaimanapun, boss besar Bonda tidak amalkan prinsip "tunggu dan lihat". Dia membuatkan kami berfikir dan memberi cadangan apakah bentuk atau kaedah penilaian yang sesuai bagi warga kementerian kami. Kami juga telah menjalankan mesyuarat yang melibatkan pegawai-pegawai di peringkat negeri pada awal Disember baru-baru ini. Kami dapatkan pandangan dari akar umbi apakah bentuk penilaian yang sesuai buat mereka dan kami. Bonda sendiri akan menjalankan soal selidik secara on line untuk dapatkan pandangan staff kami (seluruh Malaysia) apakah kaedah penilaian yang sesuai buat mereka. Projek Soal selidik tu dah masuk peringkat pemurnian soalan-soalan yang dikemukakan. Bila dah dipersetujui oleh pihak pengurusan organisasi Bonda, barulah soal selidik itu dapat di up load kan. Target Bonda, by end of December 2010, soal selidik itu dapat di up load kan.

Hari ini (8 Disember 2010, Rabu), bayangan bentuk penilaian yang menggantikan PTK dah dikeluarkan oleh JPA dalam surat khabar. JPA kata ...
  • penilaian itu akan mengambil kira 'keunikan' setiap jabatan;
Mengikut firasat Bonda, ia bermaksud penilaian berasaskan job based and work place. Contohnya, penilaian bagi pentadbir gred 48 di institusi pendidikan akan berbeza dengan penilaian bagi pentadbir gred 48 di kementerian. Ini kerana bidang tugas mereka berbeza. Penilaian yang Bonda maksudkan adalah soalan atau instrumen yang digunakan untuk menilai.
  • penekanan kepada pencapaian individu dalam tugas hakikinya;
Mengikut ramalan Bonda, Sasaran Kerja Tahunan (SKT) akan dikuatkuasa sepenuhnya. Dahlah tu, sistem pemantauan status pencapaian oleh penyelia akan ada. Kami dah amalkan borang kawalan kerja dalam memastikan tiada perkara yang terlepas pandang.
  • subjek kenegaraan diteruskan;
Bonda bersetuju. Hal-hal berkaitan dengan dasar, pengetahuan am dan asas sebagai rakyat Malaysia juga perlu diambil tahu oleh penjawat awam.

Menurut akhbar itu lagi, JPA diberi masa sehingga Jun 2011 untuk mengemukakan sistem penilaian baru kepada kerajaan. Nama sistem belum ada lagi. Tapi apalah ada sangat dengan nama, yang pentingnya objektif penilaian itu. Pada pandangan Bonda, suatu bentuk penilaian perlu ada untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan penjawat awam.

Di sini Bonda mahu mengimbau kembali objektif PTK. Antaranya adalah ...
  • menggalakkan pembangunan diri penjawat awam melalui pembelajaran berterusan;
  • meningkatkan budaya organisasi pembelajaran;
  • melaksanakan pengurusan sumber berasaskan kompetensi

Bonda sangat bersetuju dengan objektif PTK tu. Yang silapnya PTK dulu tu (pada pandangan Bonda) adalah ganjaran kewangan diberikan kepada yang cemerlang. Bagi Bonda, penilaian merupakan satu cara ...
  • untuk memastikan penjawat awam sentiasa berusaha meningkatkan kualiti diri,
  • supaya penjawat awam tidak berada dalam zon selesa,
  • dapat membezakan penjawat awam yang berkualiti dengan yang kurang berkualiti supaya pengiktirafan boleh diberi kepada yang berkualiti.
Ganjaran berbentuk kewangan perlu dielakkan. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan kita kerana Allah mahu kita sentisa lebih baik daripada semalam.

Saturday, December 4, 2010

Guru Sandaran Tidak Terlatih Mesti Tahu

Dalam akhbar Berita Harian pada 3 Disember 2010 melaporkan, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi menyampaikan berita baik buat semua Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) iaitu:
  1. Guru GSTT akan diserap ke jawatan tetap secara berperingkat. Keutamaan diberi kepada guru GSTT yang sudah berkhidmat lebih daripada tiga (3) tahun.
  2. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menyelaras latihan kepada guru GSTT dengan lebih sistematik. Oleh itu Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) tidak dibenarkan melatih guru GSTT lagi.
  3. Kontrak guru GSTT yang berakhir pada tahun ini tidak akan diberhentikan. Malah kontrak guru GSTT yang telah tamat tempoh perkhidmatan mungkin akan ditarik balik.

Inilah yang dinanti-nanti oleh guru GSTT. Siapa guru GSTT ni?
Guru GSTT adalah guru yang belum pernah menjalani perguruan secara formal. Dengan kata lain, mereka tidak mempunyai sijil/ diploma/ ijazah pendidikan tetapi diberi tanggungjawab untuk mengajar/ mendidik. Kebiasaannya mereka berkhidmat sebagai guru ganti di sekolah atau institusi pendidikan.
Guru ganti terpaksa diambil untuk mengatasi masalah kekurangan guru dalam bidang-bidang tertentu. Mereka terikat dengan kontrak.

Jika ada guru GSTT, pastinya ada juga guru GST iaitu Guru Sandaran Terlatih. Guru GST adalah guru yang baru menamatkan pengajian, mempunyai sijil/ diploma/ ijazah pendidikan, sedang berkhidmat di sekolah/ institusi pengajian, dan sedang dalam proses untuk disahkan kepada jawatan sebenar.

Menurut Dr Mohd Puad Zarkashi, terdapat ramai guru GSTT yang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah. Pengambilan guru GSTT dibuat oleh JPN. Jika anda berminat nak jadi guru, dah pergi interview/ ujian nak jadi cikgu beberapa kali tetapi gagal, mohonlah untuk jadi guru GSTT. Borang permohonannya ada di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang berhampiran.
Jika anda mempunyai ijazah dalam kejuteraan seperti elektrik, mekanikal, anda boleh memohon untuk mengajar di politeknik. Bonda kurang arif di mana boleh dapatkan borang permohonan kerana politeknik di bawah Kementerian Pengajian Tinngi.
Mudah-mudahan bahan ini memberi sedikit manfaat yang berguna buat anda.

Wednesday, December 1, 2010

Kaji Semula Insuran Kesihatan Pekerja Asing

Sangat menarik untuk diikuti isu insuran kesihatan pekerja asing ni walaupun rasa-rasanya Bonda tidak ada kena-mengena. Kali ini tentang permintaan Presiden Persatuan Pembekal dan Pengurusan Tenaga Kerja Asing Malaysia (TEKAM), Datuk Baharom Abdul Ghani kepada kerajaan supaya mengkaji semula pelaksanaan peraturan insuran kesihatan bagi pekerja asing.

Justifikasinya:
1) Ada 2 juta pekerja asing di Malaysia. Jika bayaran premium bagi seorang pekerja adalah RM120 setahun, syarikat insuran akan mengutip RM240 juta setahun. Syarikat insuran ini akan memperolehi keuntungan atas angin melebihi 90%. Kenapa boleh dapat angka tu? Sebabnya RM18 juta bayaran bill hospital ditanggung oleh Kerajaan (mengikut kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai). Jika pekerja asing mempunyai insuran kesihatan, RM18 juta ini akan dibayar oleh syarikat insuran. RM18 juta daripada RM240 juta bersamaan 7.5%. Jadi syarikat insuran mendapat untung sebanyak 92.5%;

2) Buat masa kini, pekerja asing sudah diwajibkan mempunyai insuran di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing. Skim ini merangkumi perlindungan rawatan kesihatan dan bayaran pampasan kepada pekerja kehilangan anggota dan nyawa. Bayaran premiumnya adalah RM75.

Jadi sangat wajar sekiranya Kerajaan mengkaji status sebenar setiap pekerja asing yang datang mendapat rawatan di hospital. Adakah mereka pendatang asing yang dilindungi di bawah Skim Pampasan pekerja Asing atau pendatang tanpa izin.

Bonda sependapat dengan Datuk Baharom. Kenal pasti puncanya dan cari penyelesaian yang sebaiknya. Elok Kementerian Kesihatan tubuhkan Kumpulan Inovasi dan Kreativiti (KIK) bagi menangani isu ini.

Anugerah Blogger Harapan

Berdebar nak gi ambik anugerah ni. Inilah yang bestnya dalam dunia blogger, ada aje orang yang baik hati nak beri anugerah. Inilah anugerahnya ......
Terima kasih Iffah kerana sudi beri menganugerahkan award ni kat Bonda.

Bonda dipilih untuk award ini kerana Bonda mengambil tindakan bagi perkara berikut:

1) Menyatakan kenapa Bonda suka MemoriSeorangMuda ;
Sebabnya ia memberi ilmu pengetahuan berkaitan pengurusan blog. Ia menjadi bahan rujukan Bonda.

2) Menerangkan reaksi Bonda selepas mendapat award ini;
Tentulah seronok bila dah dapat award macam ni. Ia menjadi pemangkin semangat Bonda untuk terus aktif dalam dunia blogger.

3) Mencadangkan kroni Bonda untuk mendapat award ini.
Kroni Bonda yang bertuah adalah .....

Ramai lagi kroni nya tapi dah tak mampu nak nyatakan. Lain kali pulak. Hope you all semua enjoy dengan award yang diberi.

Tuesday, November 30, 2010

Aku Bakal Miliki KLCC Melalui Amanah Hartanah Bumiputera

Sekaranglah peluang Bumiputera memiliki hartanah komersil di lokasi yang strategik. Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak telah melancarkan dana pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bersaiz RM1 bilion pada 29 November 2010 di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.

Apa itu Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)? AHB lahir daripada hasrat kerajaan supaya ekonomi/ kekayaan rakyat Malaysia tidak tertumpu kepada golongan atasan semata-mata. Dengan adanya AHB, pelabur Bumiputera dapat menyertai pemilikan aset hartanah terutama bagi hartanah komersil. Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak telah menyebut tentang AHB semasa pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober 2010.

Hasil daripada sedikit bacaan yang Bonda buat, Amanah Hartanah Bumiputera ni ....
  1. berlandaskan syariah/Islam;
  2. Harga seunit adalah RM1 dan harganya tetap;
  3. pelaburan minimum adalah RM500, tambahan RM100 dan had maksimum adalah RM200,000;
  4. Jangkaan pulangan tidak kurang daripada 6%;
  5. Terbuka kepada Bumiputera yang berumur 3 bulan ke atas;
  6. Jika nak tahu lebih lanjut, kunjungilah ke mana-mana cawangan Maybank atau lawati Maybank.
Jadi apa tunggu dan lihat lagi. Ayuh kita sama-sama pergi Maybank, tambah-tambah lagi duit bonus RM500 (untuk orang gomen aje) dah nak keluar. Jom Jom

Monday, November 29, 2010

Kereta Hibrid Keluaran Malaysia

Tajuk akhbar yang menarik perhatian Bonda pada hari ini, 29 November 2010 adalah "PROTON keluar 200 kereta hibrid Januari depan" di Berita Harian.

Apa tu kereta hibrid (hybrid car)? Bonda belum buat study betul-betul lagi. Berdasarkan ilmu Bonda yang panjang sejengkal ni, kereta hibrid tu adalah kereta mesra alam yang mana asapnya tidak mencemarkan alam sekitar contohnya macam kereta yang guna kuasa bateri sebagai power nya.
Berbalik kepada topik kita kali ini, kereta hibrid buatan Malaysia ni belum boleh dibeli lagi. Kereta ini akan digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan mulai Januari 2011. Kenderaan ini menjadi tikus putih iaitu bahan kajian PROTON Holding Bhd (PROTON) sebelum ianya dijual di pasaran domestik dan antarabangsa.

Setiap unit kereta hibrid itu akan dipantau oleh pihak PROTON dari aspek teknikal dan prestasinya. Bila dah puas hati (penambahbaikan pun dah dibuat), barulah PROTON akan keluarkan secara komersial.
Haaa... ni baru betul dan Bonda suka, buat kajian betul-betul dulu, barulah pasarkan.

Bonda memang berminat dengan hal yang berkaitan mesra alam. Bolehlah Bonda mula menabung untuk memiliki sebuah kereta hibrid buatan Malaysia apabila ia dilancarkan kelak. Harganya mungkin di bawah RM100k seunit.

Bonda beri tabik spring kepada Pengarah Urusan PROTON, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan krewnya atas usahanya merealisasikan idea bernas ini.
Semoga PROTON terus maju dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.
Malaysia Boleh!

Sunday, November 28, 2010

Pembantu Rumah Perlu Ada Insuran Kesihatan

Mulai 1 Januari 2011, pembantu rumah juga perlu ada insuran kesihatan. Hari ini dalam akhbar (Bonda baca Kosmo, Ahad 28 November 2010 dan juga dengar berita dalam tv) Kerajaan akan mewajibkan pekerja asing memiliki insuran kesihatan.
Bagus tu tapi yang kurang bagusnya majikan yang perlu membayarnya bagi pembantu rumah dan sektor perladangan. Walaupun hanya RM120 setahun (itu yang surat khabar cakap), ianya akan membebankan majikan pembantu rumah (pada pandangan Bonda) kerana ...
  1. tiada jaminan yang pembantu rumah itu akan bekerja dengan majikan yang sama sekurang-kurangnya 1 tahun;
  2. majikan adalah kakitangan kerajaan yang berpendapatan sederhana sahaja;
  3. majikan itu adalah single parent;
Nampak gaya, para majikan perlu membuat SWOT analysis bagi menangani isu ini. Tanya pakcik Google jika tak tahu apa itu SWOT analysis. Apa-apa pun, mengadu pada Allah semoga Dia memudahkan segala urusan kita.

Saturday, November 27, 2010

Majlis Pertunangan Kali Pertamaku

Semua perkara atau peristiwa bermula dengan pertama kali. Saat pertama kali tulah yang paling banyak kenangan dan pengajarannya. Jadi sangat elok sekiranya kita dapat merakamnya kerana ianya menjadi suatu sejarah yang kukuh dengan bahan bukti. Oleh itu Bonda mencatat setiap perkara dan peristiwa dengan agak terperinci supaya mudah bagi Bonda untuk merujuknya pada masa depan.
Kali ni Bonda mahu berkongsi pengalaman dan merakam memori kali pertama Bonda menjadi host di majlis pertunangan. Host ni bermaksud tuan rumah. Peristiwa ini berlaku pada 6 November 2010, bersamaan 29 Zulkaedah 1431H, hari Sabtu. Anak ke-2 Bonda, Izzah bertunang pada tarikh tersebut.
Cerita majlis pertunangan ni panjang. Oleh itu Bonda terpaksa menceritakan dalam beberapa siri supaya tidak sempat jemu apabila membaca ceritanya. Fokus kali ini lebih kepada rakaman detik manis sesi perkenalan antara dua keluarga.
Ini abang kepada tunang Izzah yang mana dia juga merupakan spoke person bagi pihak keluarga lelaki. Bakal menantu Bonda ni adalah anak bongsu. Dia mempunyai 1 orang abang (sulong) dan 5 orang kakak.
Ini pulak spoke person bagi pihak keluarga Bonda, adik Bonda.
Inilah gelanggang perbincangan dan sesi berkenalan. Di sebelah kanan adalah abang Bonda. Pada awalnya Bonda mahu dia menjadi spoke person tapi Bonda lewat maklumkan. Dia tak bawa persalinan yang sesuai sebagai spoke person. Pengajaran yang Bonda dapat adalah seorang spoke person perlu memakai baju yang bersesuaian. So next time, maklum lebih awal. Abang Bonda tu tinggal kat Dungun.
Back drop kat belakang tu adalah hasil ilham Deliya, anak saudara Bonda. Bonda memang nak simple aje, supaya ada serinya gambar.
Tension jugak ayah Izzah ni.
Emak Izzah pun tidak kurang juga tensionnya. Maklumlah first time menjadi host majlis pertunangan.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh ayah Bonda yang dibawa khas dari Kuala Terengganu. Nasib baiklah abang Bonda dapat cuti, jadi dapatlah ayah Bonda datang.
Izzah diapit oleh bakal emak mertua dan Bonda
Dari kiri: Bonda, Izzah, Iffah dan Ilya
Izzah dengan tunangnya, Zaky
Jadi cukuplah setakat ini. Insya Allah Bonda akan sambung di lain entri.

Tuesday, November 23, 2010

Monday, November 22, 2010

Jemputan Khas Buat Tetamu VIP

Bonda ada satu projek baru yang perlukan kerjasama anda selaku sahabat atau famili atau e-student atau kenalan Bonda untuk menjayakannya.
Projeknya adalah membina address book secara online.
Menarik kan?
Kecanggihan teknologi sekarang telah memudahkan Bonda untuk membina dan mengemaskini "Address Book" Bonda.
Projek ni sangat penting dan bermakna buat Bonda.
Please beri kerjasama ya.
Nanti Bonda akan beri form untuk diisi secara online.
Mudah dan cuma ambil masa 5 minit aje untuk mengisinya.
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda.

Sunday, November 14, 2010

Taman Tasik Semenyih

Rumah oh rumah, di mana kau?
Bonda buat window shopping rumah walaupun dah ada rumah. Nak upgrade rumah jika dapat.
Tujuan utama nak upgrade rumah adalah Bonda mahu mempunyai rumah yang ada 5 bilik tidur sekurang-kurangnya. Sebab Bonda ada 4 orang anak dan Bonda nak semua anak dan menantu Bonda merasa selesa bila balik atau datang ziarah Bonda kat rumah. Bonda tak harapkan mereka tinggal serumah dengan Bonda bila mereka dah berkeluarga.
Plan pertama Bonda adalah membuat pengubahsuaian rumah yang sedia ada. Bonda tinggal di rumah teres 2 tingkat. Rumah tu standardlah mempunyai 3 + 1 bilik tidur. Yang + 1 tu adalah bilik pembantu rumah. Jadi Bonda nak ubah master bedroom kepada 2 bilik dan bilik pembantu rumah dibesarkan. So dapatlah Bonda rumah yang ada 5 bilik tidur.
Draf pelan pengubahsuaian rumah mengikut impian Bonda dah siap, tapi terbantut dengan kosnya. Mengikut pandangan adik Bonda yang ada kepakaran dalam quantity survey, it's not worth doing that renovation because it involve bumbung rumah dan kosnya akan tinggi. Bonda akan rugi because value rumah tak mengambil sangat kos renovation tu. Nasihat dia, better cari rumah lain.
Jadi bermula daripada saat itu membuatkan Bonda menjadi house haunter. Bonda mencari rumah yang ada 5 bilik tidur, tak perlu buat renovation sangat, dan harganya dalam kelayakan loan perumahan Bonda iaitu lebih kurang RM36k. Itulah hasrat, impian dan kriteria rumah yang dicari. 13 November 2010, bermulalah pencarian Bonda secara lebih serious.
Mencari rumah yang mahu dimilik merupakan suatu yang phobia buat Bonda kerana pernah ada pengalaman pahit. Sebelum kita membuat sebarang komitmen atau pembayaran dalam pembelian rumah, kita kena buat homework dulu.
Pencarian Bonda bermula dengan broucer Bandar Akademia, Lenggeng (sempadan Selangor dan Negeri Sembilan). Semua anak dan suami Bonda tak sokong Bandar Akademia. Jauh dari Kuala Lumpur. Maklumlah dah 24 tahun tinggal di Kuala Lumpur dan semuanya ada, mudah dicapai dan tau kat mana. Bonda bertanya jugalah kat pakcik google tentang Bandar Akademia. Melalui forum perkongsian pandangan, Bonda batalkan hasrat ke Bandar Akademia kerana pembangunannya lambat. Rupanya Bandar Akademia dah 8 tahun bermula tapi masih belum nampak pembangunan dan kemajuannya.
Bonda pilih tempat luar dari Kuala Lumpur dengan harapan dapat bertemu dengan rumah idaman dan memenuhi kriterianya. Kawasan yang hampir dengan tempat Bonda sekarang adalah Semenyih. Ia juga dekat dengan adik-beradik dan ipar Bonda dan juga dekat dengan kampung (hala ke Batu Pahat).
Surfing kat internet, jumpalah dengan Taman Tasik Semenyih. Taman Tasik Semenyih ni tak jauh dari pekan Semenyih. Jika dari Kuala Lumpur, jumpa pekan Semenyih dulu. Lepas tu ambil simpang kiri menghala ke Broga, jalan menuju Universiti of Nottingham.
Taman Tasik Semenyih ni dah 10 tahun dimajukan secara berfasa-fasa. Rumah yang Bonda nak lihat kat situ adalah Edu Square. Rumahnya ada banyak bilik tidur, 9 bilik. Ni pakcik Google lah cakap dan tunjuk. Kebetulan sales office nya dibuka pada hari tu sebab mereka sedang promosi Se7enth Persint. Mengikut sales person, Edu Square tu bagus untuk pelaburan aje. Untuk tinggal, dia tak rekomen kerana biliknya kecil-kecil. Rumah-rumah tu dah disewakan kepada student. Bonda agak dah tak adalah rumah Edu Square yang boleh dibeli lagi. Harganya RM500k. Wow!
Bonda dibawa melihat rumah contoh Se7enth Persint.
Hanya tinggal 5 unit aje lagi. Rumahnya jenis semi-D.
Dua kereta boleh park dalam pagar tanpa perlu buat apa-apa renovation.
Show house ni mempunyai kawasan yang boleh memuatkan 4 kereta, senang-senang. Kawasan luar rumah nampak luas.
Ini pandangan daripada pintu masuk utama, ruang tamu (living room) dan ruang makan (dining room).
Ini pandangan dari ruang tamu ke dapur.
Ruang dapurnya kecil. Share pagar belakang dengan rumah belakang, tiada lorong belakang rumah. Ruang belakang dah tak boleh nak extend lagi. Hanya boleh letak atap/ bumbung aje. Open air lah jawabnya. Kesimpulannya, ruang dapurnya sempit dan tak boleh buat apa-apa untuk besarkannya.

Rumahnya tak memenuhi kriteria Bonda atas sebab-sebab berikut:
  1. Hanya ada 3 + 1 bilik tidur aje.
  2. Bukaannya kecil, biliknya kecil, dapurnya kecil.
  3. Harganya tak sepadan dengan apa yang ditawarkan iaitu RM298k
So, pangkah untuk Taman Tasik Semenyih. Namanya gah, gambarnya cantik tapi suasana kurang menyeronokkan. Tinjauan Bonda ke Taman Tasik Semenyih ni ditemani oleh Iffah dan Eg. Thanks to both you for accompany me and photographs.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...