Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum
Segala pujian bagi Allah yg menjadikan kita sebaik-baik umat & mengurniakan kita segala limpahan nikmat, serta selawat ke atas junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW
Dgn MEMBERI, kita DAPAT MEMBUANG SIFAT MAZMUMAH seperti sombong, hasad dengki, tamak, pemarah dan lain-lain.
Harta, ilmu, tenaga dan apa jua yg kita miliki adalah punca sifat-sifat mazmumah. Dgn menyimpannya (tanpa memberi) sama seperti menyimpan "virus" berbahaya dlm hati kita.
Sebab itulah kita diwajibkan mengeluarkan zakat. Istilah zakat diambil drp kata asal "zakah", ertinya membersihkan. Zakat fitrah ertinya membersihkan diri. Zakat harta ertinya membersihkan harta.
Oleh itu jika tak keluar zakat, diri & harta kita akan "kotor". Kekotoran ini yg menyebabkan kekotoran hati. Hati yg kotor adalah punca penyakit mazmumah.
Dgn memberi zakat, kita umpama mengeluarkan toksik-toksik drp diri, harta seterusnya hati kita. Apabila hati sihat, kesihatan itulah yg akan menumbuhkan sifat-sifat mahmudah seperti tawaduk, pemurah, pemaaf dan sebagainya.
Bijak pandai mengungkapkan, "Memberi Lebih Gembira Drp Menerima"
SIFAT MEMBERI ADALAH TERAPI, UBAT & PENAWAR KEPADA PENYAKIT HATI
Percayakah bahawa dgn MEMBERI kita akan MENDAPAT LEBIH BANYAK?
Yakni, dgn memberi harta, ilmu, iman, tenaga dan lain-lain milik kita, tidak akan berkurangan malah akan bertambah. Ini disebabkan apabila kita memberi, Allah akan membuka pintu rezeki, ilmu & imam yg lebih luas utk kita.
Kita perlu yakin bahawa setiap satu yg kita berikan di jln Allah, Allah akan gandakan sehingga 700 kali sebagai balasan. Ini suatu yg menakjubkan. Dlm situasi-situasi yg lebih istimewa & khusus, Allah menjanjikan pembalasan pahala tanpa hisab (tanpa hitungan) kpd hamba-hambaNya yg istimewa.
- Firman Allah yg bermaksud, "Sesungguhnya orang yg bersabar sahaja yg akan disempurnakan pahala mereka dgn tak terkira" (Surah Az-Zumar 39:10)
- Bagi yg berpuasa, Allah berjanji melalui lidah Rasulullah SAW yg bermaksud: "Puasa utk Aku dan terpulanglah kpd Aku sendiri utk membalasnya." (Riwayat Ibnu Hibban no. 3422)
Sumber: buku Semuanya Soal Hati oleh Pahrol Mohamad Juoi
No comments:
Post a Comment