Apa pandangan anda jika "bos" dihapuskan (eliminate)? Bonda setuju aje.
Bagaimanakah situasinya jika "bos" tiada? Anda sendiri dapat bayangkannya.
Bagaimanakah situasinya jika "bos" tiada? Anda sendiri dapat bayangkannya.
Siapakah sebenarnya yang anda mahu di organisasi? Bagi Bonda, Bonda perlukan pemimpin, bukannya bos. Apabila disebut aje perkataan "bos", terasa dan terbayang, arahan yang dikeluarkan tanpa penjelasan yang secukupnya dan tiada atau sangat minima, bimbingan daripadanya.
Istilah "bos" membuatkan rasa gerun dan takut. Kerjanya asyik mengarah aje. Manakala istilah "pemimpin" menimbulkan rasa hormat dan menghargai bimbingannya dalam membentuk personaliti staf.
Jawatan sebagai pemimpin bukan setakat merujuk kepada kuasa tetapi juga bertanggungjawab untuk membantu, membimbing, beri kepercayaan, memberi semangat dan motivasi serta meningkatkan tahap profesionalisme staf supaya lebih berjaya dan gembira.
Bonda berharap istilah "bos" digantikan dengan "pemimpin" kerana bos melambangkan kuasa dan arahan. Manakala perkataan pemimpin melambangkan kuasa dan tanggungjawab.
Bonda terpanggil dengan isu ini setelah mengikuti forum luar negara berkaitan human resource. Bagus forum ni kerana perbincangan ilmiah berlaku secara profesional. Sekiranya ada yang mengutarakan pendapat secara kurang beradap, dia akan ditegur dan diperingatkan. Setakat ini Bonda belum lagi berjumpa mana-mana forum di Malaysia berbentuk ilmiah yang membincangkan atau berkongsi pandangan tentang hal-hal berkaitan pengurusan sumber manusia. Jika anda ada sebarang maklumat, harap dapat share dengan Bonda. Laman web yang Bonda maksudkan adalah CiteHR Human Resource Management.
Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment