Saturday, August 6, 2011

Perjalanan Awal Dalam Mengenali Kumpulan Inovatif dan Kreatif

Kali ni Bonda mahu berkongsi cerita bagaimana Bonda terjebak dalam KIK atau Kumpulan Inovatif dan Kreatif sehingga membawa Bonda menjadi fasilitator dan panel juri KIK. Tapi cerita kali ni berhenti sehingga fasilitator ajelah. Tentang panel juri tu, lain kalilah. Manalah tau, cerita Bonda ini dapat dijadikan sedikit panduan bagaimana nak mulakan langkah dalam pembangunan projek KIK. So selamat meneroka.

Bulan Mei 2011, Bonda diperkenalkan secara lebih terperinci dengan KIK atau Kumpulan Inovatif dan Kreatif. Sebelum ini Bonda cuma dengar-dengar aje dari jauh kerana di organisasi Bonda telah ditubuhkan sekumpulan KIK.
November 2010, Bonda diarah pergi ke Konvensyen KIK KPM sebagai pemerhati. Itulah kali pertama, setelah lebih 20 tahun berkhidmat, Bonda melihat persembahan KIK.

4 hingga 6 Mei 2011, Bonda telah diarahkan (yalah, kalau tak kena arah, mana boleh suka-suka nak minta join) menghadiri Bengkel Fasilitator KIK di Hotel Emperor Melaka. Bonda merasa sangat bersyukur kerana terpilih menghadiri bengkel itu. Bengkel itu dikendalikan oleh Puan Aliza Zainal Munir daripada SIRIM. Penerangan dan pengendalian setiap sesi sangat cemerlang. Bengkel ini dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Jadi pesertanya terdiri daripada pegawai-pegawai KPM ajelah.

Dalam bengkel itu, Bonda mendapat pendedahan tentang
1) konsep KIK atau ICC iaitu Innovative and Creative Circle
2) Langkah membangunkan projek KIK
3) Kriteria penghakiman projek KIK

Setiap peserta dibekalkan dengan sampel bahan pembentangan KIK tahun lepas. Bagus jugalah sebab dapatlah ditenguk contoh-contohnya. Tapi contoh yang diberi tidak semestinya yang dapat markah tinggi. Lihat dan kaji sendirilah.

Puan Aliza menyarankan supaya projek KIK yang bagus dikongsi bersama kerana isu yang hampir sama mungkin dihadapi oleh orang lain juga. Penyelesaian itu mungkin dapat diubah suai dan digunakan oleh orang lain. KIK ialah replica the best practices. Idea itu Bonda setuju. Pastinya kita (ahli kumpulan) merasa bangga (dengan pencapaian diri) jika idea dan inovasi kita digunakan oleh orang lain juga.

Selesai bengkel, Bonda telah dilantik sebagai fasilitator kumpulan KIK di organisasi Bonda. Ini bermakna organisasi Bonda mempunyai dua (2) kumpulan KIK. Semua ahli kumpulan Bonda tiada ilmu dan pendedahan yang amat minima tentang KIK. Jadi, antara langkah awal yang Bonda ambil adalah memastikan kumpulan Bonda mendapat ilmu pengetahuan terutama berkaitan KIK. Bonda telah ...
1) berkongsi nota yang Bonda dapat semasa bengkel;
2) berkongsi nota kriteria penghakiman projek KIK;
3) berkongsi sampel bahan pembentangan KIK
3) menghantar 3 orang ahli kumpulan menghadiri kursus penilaian projek KIK;
4) menghantar 2 orang ahli kumpulan ke Konvensyen KIK peringkat negeri sebagai pemerhati;
5) menghantar setiausaha kumpulan ke bengkel penyediaan laporan KIK;
6) menghantar 3 orang ahli kumpulan mengikuti kursus Adobe Photoshop;

Panduan Mengenai Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) terbitan Jabatan Perdana Menteri pada 1 November 2009 ni bagus juga diberikan kepada semua ahli kumpulan KIK.

Itulah sedikit sebanyak pengalaman Bonda dalam KIK. Bonda juga masih baru dan masih banyak yang perlu dipelajari dan diterokai. Bonda mahu menerokai bersama-sama kumpulan KIK Bonda.

Hingga jumpa lagi di lain waktu, bye and take a very good care of your self.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...