Pada kesempatan ini Bonda mahu berkongsi tips dan pengalaman semasa memilih dewan untuk mengadakan majlis perkahwinan. Bonda menulis ini berdasarkan pengalaman Bonda mengurus majlis perkahwinan anak-anak Bonda. Ingatkan mudah tapi mencabar jugalah dan pernah juga rasa give up semasa mencari dewan yang sesuai.
Memilih dan menempah dewan adalah perkara pertama yang perlu dilakukan dan diselesaikan apabila tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan di rumah. Terdapat juga sesetengah dewan tu telah penuh ditempah untuk setahun. Jadi, jika anda berhasrat nak mengadakan majlis itu di dewan-dewan yang popular, cantik dan selesa, mestilah ditempah awal-awal, mungkin setahun. Tambah-tambah lagi jika tarikh majlis itu diadakan pada cuti sekolah. Bonda tak suka pilih tarikh cuti sekolah. Lain kalilah Bonda ulas topik itu. Sekarang kita fokus tentang dewan aje dulu.
Jika anda belum ada tarikh yang tetap, sekadar anggaran aje, Bonda sarankan anda pergilah meninjau-ninjau dewan yang ada di sekitar kawasan anda. Sekurang-kurangnya anda mendapat idea dan mudahlah nak buat bajet perkahwinan.
Lokasi Dewan
Kat mana nak dapat informasi atau tempat-tempat yang macam mana ada dewan? Jawapannya:
1. Tanya rakan-rakan, saudara mara dan juga jiran. Mereka mungkin ada pengalaman menghadiri majlis perkahwinan di lokasi yang anda mahu.
1. Tanya rakan-rakan, saudara mara dan juga jiran. Mereka mungkin ada pengalaman menghadiri majlis perkahwinan di lokasi yang anda mahu.
2. Pusat-pusat latihan atau pejabat-pejabat yang mempunyai bangunan sendiri kebiasaannya ada dewan. Ada kalanya mereka sewakan dewan mereka kepada orang awam. Anda perlu pergi ke tempat itu untuk dapatkan informasi dan lakukan tinjauan awal. Itu Bondalah. Bonda tak harap atau bergantung sepenuhnya dengan maklumat melalui panggilan telefon. Anda perlu melawat lokasi pada waktu pejabat. Pengalaman Bonda, security guard organisasi itu tidak membantu dalam memberikan maklumat sebegini walaupun hanya dengan memberikan nombor telefon untuk dihubungi.
Jika anda bekerja di pejabat/ organisasi yang mempunyai dewan untuk disewakan, Bonda cadangkan beri informasi itu, (mungkin dalam bentuk brochure) kepada security guard, selain daripada diletakkan di laman web. Tinjauan awal Bonda lakukan pada hari Sabtu. Sekadar nak dapatkan maklumat awal. Bila dah pergi dua tiga tempat dan tak dapat maklumat, membuatkan Bonda agak kecewa jugalah. Bila Bonda dah serius nak lihat dewan itu, barulah Bonda akan pergi pada waktu pejabat tapi mestilah buat temu janji dulu. Sebab itulah Bonda rasa brochure atau maklumat tentang sewaan dewan perlu diberikan kepada security guard.
3. Tanya pakcik Google, iaitu guna search engine.
Kapasiti Dewan
Selain daripada harga sewaan, anda juga perlu tahu kapasiti dewan itu. Berapakah jumlah tetamu yang dapat ditampung oleh dewan itu dalam satu-satu masa? Dalam memilih saiz dewan yang sesuai, anda perlulah dah ada cadangan bagaimana majlis itu akan berlangsung, sama ada "1 seating" atau "silih berganti". Apa yang Bonda maksudkan dengan "1 seating' adalah tetamu makan serentak dengan pengantin. Kebiasaannya majlis sebegini dijalankan pada waktu malam. Oleh itu kapasiti dewan mestilah sama dengan jumlah tetamu. "Silih berganti" pulak bermaksud tetamu tidak datang serentak. Kebiasaannya majlis ini dijalankan pada waktu siang. Oleh itu kapasiti dewan bolehlah kurang daripada jumlah tetamu.

Pakej Sewaan Dewan
Apabila harga sewaan telah dinyatakan, soalan seterusnya adalah apakah kemudahan yang diberikan? Atau apakah yang termasuk dalam harga sewaan dewan itu? Adakah ia termasuk ...
1. kerusi meja?
2. perkhidmatan membersih dewan sebelum dan selepas majlis?
3. perkhidmatan mencuci tandas?
4. aircond dan lampu semasa penyediaan dewan?
5. sistem PA atau siaran raya?
6. bantuan teknikal?
7. DJ?
8. bilik rehat, bilik santai atau bilik lepak?
Kemudahan Sokongan
Kemudahan sokongan bermaksud kemudahan sedia ada yang menyokong kelancaran majlis. Kemudahan sokonganlah yang menjadi bonus poin bagi Bonda dalam membuat senarai pendek (short listed). Perkara atau kemudahan yang Bonda lihat adalah
1. tempat meletak kenderaan atau parking bagi tetamu. Bonda suka jika tempat itu mempunyai banyak tempat parking dan laluan masuk-keluar juga mudah.
2. tandas;
3. tempat solat;
4. tempat penyediaan atau hidang makanan;
5. punca air untuk membasuh pinggan mangkuk dan air cuci tangan;
6. pentas (ketinggian);
7. bilik rehat;
8. laluan & kemudahan kerusi roda jika melibatkan tangga untuk sampai ke dewan itu;
Nice To Have
Alangkah bagusnya jika pengurus dewan dapat memberikan beberapa sampel floor plan atau pelan lantai susunan kerusi meja tetamu, meja makan beradap/pengantin, dan lain-lain yang perlu ada semasa majlis perkahwinan. Kedua-dua pengurus dewan yang Bonda berurusan tidak dapat membekalkannya. Itulah sikap orang makan gaji. Bonda terpaksa bayangkan dan lakarkan sendiri.
Bonda minta map lokasi dewan (untuk dicetak pada kad jemputan), pengurus-pengurus itu juga tak dapat penuhi sedangkan dewan itu kerap juga disewa untuk majlis perkahwinan. Betul-betul makan gaji punya orang, tidak fikir untuk gembirakan pelanggan.
Itulah sedikit sebanyak pengalaman Bonda dalam memilih dewan untuk majlis perkahwinan anak-anak Bonda. Semoga catatan ini mendatangkan manfaat buat anda.
Jumpa lagi di lain waktu, insya Allah.
Itulah sedikit sebanyak pengalaman Bonda dalam memilih dewan untuk majlis perkahwinan anak-anak Bonda. Semoga catatan ini mendatangkan manfaat buat anda.
Jumpa lagi di lain waktu, insya Allah.
No comments:
Post a Comment