Wednesday, March 16, 2011

Komen Ucapan Datuk Mohd. Ghazali bin Abd. Rahman

Hari ini, Rabu 16 Mac 2011, Bonda menghadiri Kursus Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator, KPI) Sektor Awam untuk pegawai di Bahagian-Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia. Kursus ini anjuran Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Kursus itu dijalankan selama dua (2) hari tapi Bonda hanya dapat hadir satu (1) hari saja. Pada hari pertama, Bonda kurang sihat.

Bonda seronok menghadiri kursus itu. Dapat banyak ilmu. Tapi pada entri ini Bonda hanya nak fokuskan tentang ucapan penutup oleh Pengarah BPG, Datuk Mohd. Ghazali bin Abd. Rahman.

Datuk Mohd. Ghazali bin Abd. Rahman
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru KPM

Inilah kali pertama Bonda mendengar dia memberi ucapan. Terpegun jadinya. Ucapannya penuh dengan rasa penghargaannya, terima kasih dan doa buat penceramah sehinggalah pembaca doa. Kata-kata nasihat, syukur dengan nikmat Allah banyak disebut. Peserta kursus yang duduk kat sebelah Bonda juga terpegun mendengar ucapan Datuk Mohd. Ghazali bin Abd. Rahman. Sangat jarang kami mendengar kata-kata sebegitu keluar dari mulut pemimpin.

Bonda pernah bekerja dengan dia semasa menguruskan bengkel penyediaan soalan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi calon gred DG52 dan DG54. Mula-mula kenal, panggilannya hanya Tuan Haji dan berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan. Pada waktu itu grednya adalah Jusa C (kalau tak silap). Gred Jusa C tu kiranya sangat tinggilah. Tak ramai pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia yang bergred Jusa C. Tak lama lepas tu dia dapat gelaran Datuk.
Komen Bonda tentang dirinya, dia seorang yang sangat sopan, rendah hati dan sangat menghormati orang lain contohnya Bonda, sedangkan pangkatnya jauh lebih tinggi daripada Bonda. Bonda pula yang jadi segan dan tabik spring kat Datuk Mohd. Ghazali bin Abd. Rahman.

Kali terakhir Bonda jumpa Datuk Mohd. Ghazali bin Abd. Rahman pada bulan Mei 2010. Dia masih ingat kat Bonda, siap bertanya khabar dan ingat di mana Bonda bertugas. Terharulah Bonda, sebabnya kebiasaannya orang kecik-kecik aje yang kenal orang besar.

Syukur kerana masih ada pemimpin seperti Datuk Mohd. Ghazali bin Abd. Rahman. Bonda doakan semoga suatu hari dia dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM).

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. I'm not sure where you'гe gettіng your infоrmation,
    but good toрiс. I needs to spenԁ somе time leаrning much more or understanding mοгe.
    Thanks for magnificent info I ωas loοking for this infоrmation
    for my misѕion.

    my page - http://www.netsurfquiz.com/
    Also visit my homepage Pay Day Loans

    ReplyDelete
  3. I thinκ thе admin of this web site is reallу
    worκing harԁ for his websіte, fοr thе reаson that heге eѵeгy
    ѕtuff is quаlity bаsed matеriаl.


    Αlѕo visіt my homepage Payday Loans
    my web page > Payday Loans

    ReplyDelete
  4. This is my first time visit at here and i am truly impressed to read everthing at single place.


    my web page - easy24shorttermloans.co.uk

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...