Sunday, November 14, 2010

Taman Tasik Semenyih

Rumah oh rumah, di mana kau?
Bonda buat window shopping rumah walaupun dah ada rumah. Nak upgrade rumah jika dapat.
Tujuan utama nak upgrade rumah adalah Bonda mahu mempunyai rumah yang ada 5 bilik tidur sekurang-kurangnya. Sebab Bonda ada 4 orang anak dan Bonda nak semua anak dan menantu Bonda merasa selesa bila balik atau datang ziarah Bonda kat rumah. Bonda tak harapkan mereka tinggal serumah dengan Bonda bila mereka dah berkeluarga.
Plan pertama Bonda adalah membuat pengubahsuaian rumah yang sedia ada. Bonda tinggal di rumah teres 2 tingkat. Rumah tu standardlah mempunyai 3 + 1 bilik tidur. Yang + 1 tu adalah bilik pembantu rumah. Jadi Bonda nak ubah master bedroom kepada 2 bilik dan bilik pembantu rumah dibesarkan. So dapatlah Bonda rumah yang ada 5 bilik tidur.
Draf pelan pengubahsuaian rumah mengikut impian Bonda dah siap, tapi terbantut dengan kosnya. Mengikut pandangan adik Bonda yang ada kepakaran dalam quantity survey, it's not worth doing that renovation because it involve bumbung rumah dan kosnya akan tinggi. Bonda akan rugi because value rumah tak mengambil sangat kos renovation tu. Nasihat dia, better cari rumah lain.
Jadi bermula daripada saat itu membuatkan Bonda menjadi house haunter. Bonda mencari rumah yang ada 5 bilik tidur, tak perlu buat renovation sangat, dan harganya dalam kelayakan loan perumahan Bonda iaitu lebih kurang RM36k. Itulah hasrat, impian dan kriteria rumah yang dicari. 13 November 2010, bermulalah pencarian Bonda secara lebih serious.
Mencari rumah yang mahu dimilik merupakan suatu yang phobia buat Bonda kerana pernah ada pengalaman pahit. Sebelum kita membuat sebarang komitmen atau pembayaran dalam pembelian rumah, kita kena buat homework dulu.
Pencarian Bonda bermula dengan broucer Bandar Akademia, Lenggeng (sempadan Selangor dan Negeri Sembilan). Semua anak dan suami Bonda tak sokong Bandar Akademia. Jauh dari Kuala Lumpur. Maklumlah dah 24 tahun tinggal di Kuala Lumpur dan semuanya ada, mudah dicapai dan tau kat mana. Bonda bertanya jugalah kat pakcik google tentang Bandar Akademia. Melalui forum perkongsian pandangan, Bonda batalkan hasrat ke Bandar Akademia kerana pembangunannya lambat. Rupanya Bandar Akademia dah 8 tahun bermula tapi masih belum nampak pembangunan dan kemajuannya.
Bonda pilih tempat luar dari Kuala Lumpur dengan harapan dapat bertemu dengan rumah idaman dan memenuhi kriterianya. Kawasan yang hampir dengan tempat Bonda sekarang adalah Semenyih. Ia juga dekat dengan adik-beradik dan ipar Bonda dan juga dekat dengan kampung (hala ke Batu Pahat).
Surfing kat internet, jumpalah dengan Taman Tasik Semenyih. Taman Tasik Semenyih ni tak jauh dari pekan Semenyih. Jika dari Kuala Lumpur, jumpa pekan Semenyih dulu. Lepas tu ambil simpang kiri menghala ke Broga, jalan menuju Universiti of Nottingham.
Taman Tasik Semenyih ni dah 10 tahun dimajukan secara berfasa-fasa. Rumah yang Bonda nak lihat kat situ adalah Edu Square. Rumahnya ada banyak bilik tidur, 9 bilik. Ni pakcik Google lah cakap dan tunjuk. Kebetulan sales office nya dibuka pada hari tu sebab mereka sedang promosi Se7enth Persint. Mengikut sales person, Edu Square tu bagus untuk pelaburan aje. Untuk tinggal, dia tak rekomen kerana biliknya kecil-kecil. Rumah-rumah tu dah disewakan kepada student. Bonda agak dah tak adalah rumah Edu Square yang boleh dibeli lagi. Harganya RM500k. Wow!
Bonda dibawa melihat rumah contoh Se7enth Persint.
Hanya tinggal 5 unit aje lagi. Rumahnya jenis semi-D.
Dua kereta boleh park dalam pagar tanpa perlu buat apa-apa renovation.
Show house ni mempunyai kawasan yang boleh memuatkan 4 kereta, senang-senang. Kawasan luar rumah nampak luas.
Ini pandangan daripada pintu masuk utama, ruang tamu (living room) dan ruang makan (dining room).
Ini pandangan dari ruang tamu ke dapur.
Ruang dapurnya kecil. Share pagar belakang dengan rumah belakang, tiada lorong belakang rumah. Ruang belakang dah tak boleh nak extend lagi. Hanya boleh letak atap/ bumbung aje. Open air lah jawabnya. Kesimpulannya, ruang dapurnya sempit dan tak boleh buat apa-apa untuk besarkannya.

Rumahnya tak memenuhi kriteria Bonda atas sebab-sebab berikut:
  1. Hanya ada 3 + 1 bilik tidur aje.
  2. Bukaannya kecil, biliknya kecil, dapurnya kecil.
  3. Harganya tak sepadan dengan apa yang ditawarkan iaitu RM298k
So, pangkah untuk Taman Tasik Semenyih. Namanya gah, gambarnya cantik tapi suasana kurang menyeronokkan. Tinjauan Bonda ke Taman Tasik Semenyih ni ditemani oleh Iffah dan Eg. Thanks to both you for accompany me and photographs.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...