Sekaranglah peluang Bumiputera memiliki hartanah komersil di lokasi yang strategik. Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak telah melancarkan dana pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bersaiz RM1 bilion pada 29 November 2010 di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.
Apa itu Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)? AHB lahir daripada hasrat kerajaan supaya ekonomi/ kekayaan rakyat Malaysia tidak tertumpu kepada golongan atasan semata-mata. Dengan adanya AHB, pelabur Bumiputera dapat menyertai pemilikan aset hartanah terutama bagi hartanah komersil. Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak telah menyebut tentang AHB semasa pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober 2010.
Hasil daripada sedikit bacaan yang Bonda buat, Amanah Hartanah Bumiputera ni ....
- berlandaskan syariah/Islam;
- Harga seunit adalah RM1 dan harganya tetap;
- pelaburan minimum adalah RM500, tambahan RM100 dan had maksimum adalah RM200,000;
- Jangkaan pulangan tidak kurang daripada 6%;
- Terbuka kepada Bumiputera yang berumur 3 bulan ke atas;
- Jika nak tahu lebih lanjut, kunjungilah ke mana-mana cawangan Maybank atau lawati Maybank.
Jadi apa tunggu dan lihat lagi. Ayuh kita sama-sama pergi Maybank, tambah-tambah lagi duit bonus RM500 (untuk orang gomen aje) dah nak keluar. Jom Jom
Skim Amanah Hartanah Bumiputera cuma 1 billion kalau lambat nanti habis!
ReplyDeletehishhh..mesti cepat-cepat grab ni kan bonda..=)
ReplyDelete