Semua perkara atau peristiwa bermula dengan pertama kali. Saat pertama kali tulah yang paling banyak kenangan dan pengajarannya. Jadi sangat elok sekiranya kita dapat merakamnya kerana ianya menjadi suatu sejarah yang kukuh dengan bahan bukti. Oleh itu Bonda mencatat setiap perkara dan peristiwa dengan agak terperinci supaya mudah bagi Bonda untuk merujuknya pada masa depan.
Kali ni Bonda mahu berkongsi pengalaman dan merakam memori kali pertama Bonda menjadi host di majlis pertunangan. Host ni bermaksud tuan rumah. Peristiwa ini berlaku pada 6 November 2010, bersamaan 29 Zulkaedah 1431H, hari Sabtu. Anak ke-2 Bonda, Izzah bertunang pada tarikh tersebut.
Cerita majlis pertunangan ni panjang. Oleh itu Bonda terpaksa menceritakan dalam beberapa siri supaya tidak sempat jemu apabila membaca ceritanya. Fokus kali ini lebih kepada rakaman detik manis sesi perkenalan antara dua keluarga.
Ini abang kepada tunang Izzah yang mana dia juga merupakan spoke person bagi pihak keluarga lelaki. Bakal menantu Bonda ni adalah anak bongsu. Dia mempunyai 1 orang abang (sulong) dan 5 orang kakak.
Ini pulak spoke person bagi pihak keluarga Bonda, adik Bonda.
Inilah gelanggang perbincangan dan sesi berkenalan. Di sebelah kanan adalah abang Bonda. Pada awalnya Bonda mahu dia menjadi spoke person tapi Bonda lewat maklumkan. Dia tak bawa persalinan yang sesuai sebagai spoke person. Pengajaran yang Bonda dapat adalah seorang spoke person perlu memakai baju yang bersesuaian. So next time, maklum lebih awal. Abang Bonda tu tinggal kat Dungun.
Back drop kat belakang tu adalah hasil ilham Deliya, anak saudara Bonda. Bonda memang nak simple aje, supaya ada serinya gambar.
Tension jugak ayah Izzah ni.
Emak Izzah pun tidak kurang juga tensionnya. Maklumlah first time menjadi host majlis pertunangan.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh ayah Bonda yang dibawa khas dari Kuala Terengganu. Nasib baiklah abang Bonda dapat cuti, jadi dapatlah ayah Bonda datang.
Izzah diapit oleh bakal emak mertua dan Bonda
Dari kiri: Bonda, Izzah, Iffah dan Ilya
Izzah dengan tunangnya, Zaky
Jadi cukuplah setakat ini. Insya Allah Bonda akan sambung di lain entri.
No comments:
Post a Comment