Saturday, November 26, 2016

Amal Jariah Dengan Memberi

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Assalamualaikum

Segala pujian bagi Allah yg menjadikan kita sebaik-baik umat & mengurniakan kita segala limpahan nikmat, serta selawat ke atas junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW


Buatlah kebaikan kerana kebaikan akan "terus hidup" selepas kita mati.


INGATLAH BAHAWA ADA AMAL KEBAIKAN YG KITA LAKUKAN, PAHALANYA TERUS KEKAL & MENGALIR WALAUPUN SELEPAS KEMATIAN KITA.


Amal jariah bermula dgn konsep memberi.


Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud: "Apabila mati seseorang manusia itu, terputus daripadanya segala amalannya kecuali 3 perkara; iaitu sedekah jariah, ilmu yg dimanfaatkan dan anak soleh yg sentiasa mendoakannya." (Riwayat Muslim no. 4310)


SEDEKAH JARIAH - Bagaimana kita mampu membina rumah anak yatim, masjid, sekolah, hospital dan lain-lain jika kita tak miliki sikap MEMBERI KPD ORANG LAIN?


ILMU YG BERMANFAAT - Ilmu yg diajarkan kpd orang lain. Ilmu hanya akan menjadi amal jariah sekiranya kita mengajarkannya kpd orang lain.  Mengajar itu ertinya MEMBERI ILMU.


DOA ANAK YG SOLEH - Doa anak soleh terhasil oleh sikap memberi ibu atau bapa. Dgn segala jerih payah ibu bapa mengorbankan segala-galanya utk membesarkan anak. Ibu bapa rela memberi segala-galanya utk anak. Hasilnya, anak itu menjadi anak yg soleh. Tanpa SIKAP MEMBERI IBU BAPA, tidak akan terbentuk anak yg soleh.


Ingatlah betapa Allah melimpahkan ke dlm jiwa ibu bapa sifat kasih sayang. Jika anak meragam, memberontak malah derhaka sekalipun, masih ada ibu bapa yg menyayangi mereka. Dgn kasih sayang itulah ibu bapa berbakti (memberi) kpd anak-anak tanpa meminta balasan.


Dilimpahkan juga ke dlm jiwa ibu bapa sifat rajin, prihatin, simpati & empati yg tak terhingga. Sewaktu anak masih kecil, segala keperluannya diberikan. Ibu menjaga anak siang & malam - menyusukan, memandikan & memakaikan pakaian - satu tugas yg dilakukan berulang-ulang, tanpa rasa jemu. Bapa, akan sentiasa bekerja memerah keringat utk menyara hidup keluarga tanpa rasa jemu, letih & bosan.


Bukankah ketiga-tiga di atas berasaskan sifat memberi?

Inilah kebaikan & kelebihan sikap memberi. Manusia berperanan sebagai hamba Allah & khalifah di Bumi.  

Sebagai hamba, kita mesti menjadi manusia yg baik.

Sebagai khalifah, kita mesti memberi kebaikan.

Hanya orang yg baik dpt memberi kebaikan. Dan kita tak akan menjadi orang yg baik selagi tidak memberi kebaikan.

Bukankah ini membuktikan bahawa hidup ini utk memberi?


Sumber: buku Semuanya Soal Hati oleh Pahrol Mohamad Juo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...