Selamat bertemu kembali buat sahabat serta anak-anak Bonda. Bonda mohon maaf kerana agak lama membisu seribu bahasa. Mahu mencoretkan sesuatu tetapi tidak mampu melaksanakannya.
Kali ini Bonda mahu berkongsi penemuan Bonda tentang bagaimana mencapai keberhasilan tugasan (task achievement) secara berpasukan. Bagus juga tips yang Bonda dapat ni. Jadi tidaklah Bonda melaksanakan tugasan secara membuta tuli tapi mahukan kejayaan.
Terdapat 12 perkara yang perlu diberi tumpuan sekiranya anda bekerja ke arah keberhasilan tugasan (task achievement). Perkara-perkara ini akan membuatkan anda perlu menganalisis dan mendapat kejelasan tugasan itu. Ini penting dalam menambahbaik cara pasukan anda bekerja.
Tujuan (Purpose):
Adakah saya jelas dan faham dengan kehendak tugasan itu?
Tanggungjawab (Responsibilities):
Adakah saya jelas tentang peranan dan tanggungjawab saya?
Objektif (Objectives):
Adakah saya bersetuju dengan pengurus/ penyelia/ orang yang bertanggungjawab (accountable) kepada pasukan tentang semua objektif tugasan?
Proses (Process):
Adakah saya berusaha untuk mencapai objektif tugasan?
Suasana Bekerja (Working Condition):
Adakah suasana kerja ini sesuai dan tepat untuk tugasan ini?
Sumber (Resources):
Adakah sumber mencukupi? (bidang kuasa, duit, bahan dan sebagainya)
Sasaran (Targets):
Adakah semua ahli pasukan jelas dan bersetuju dengan sasaran?
Bidang Kuasa (Authority):
Adakah line of authority jelas? (managerial accountability, siapa bertanggungjawab ke atas apa, kepimpinan, siapa yang dapat arahkan apa yang patut dibuat, siapa yang bertanggungjawab ke atas underperformance dan sebagainya)
Latihan (Training):
Adakah terdapat jurang antara kepakaran/kemahiran yang diperlukan dengan kemampuan setiap ahli dalam melaksanakan tugasan?
Keutamaan (Priorities):
Sudahkah saya membuat perancangan masa? Barapakah masa yang paling singkat diberi untuk menyelesaikan tugasan itu? Sudahkah kita menyediakan senarai semak tugasan beserta dengan tarikh mesti siap?
Kemajuan (Progress):
Adakah saya membuat semakan secara berkala dan membuat penilaian? Jika ya, ke atas apa semakan dibuat dan apakah kaedahnya?
Penyeliaan (Supervision):
Sekiranya berlaku ketidakhadiran atau ketiadaan, siapakah pengganti dalam melaksanakan tugas itu?
Contoh (Example):
Adakah ketua pasukan menetapkan standard berdasarkan tingkah laku, nilai dan komitmen?
Apabila anda telah menjawab semua persoalan di atas, kejayaan tugasan itu dapat dicapai.
Satu perkara yang perlu diingat, pasukan mesti juga menghasilkan keseimbangan antara pencapaian tugasan dengan membangun dan mengekalkan pasukan serta pembangunan diri individu.
Akhir kata, selamat mencuba dan mengaplikasikannya.
Rujukan: http://humancapitalleague.com/Home/10921
No comments:
Post a Comment