Saturday, April 23, 2011

Kisah Businessman Yang Menjatuhkan Business nya Sendiri ... part 1

Salam buat pembaca setia Bonda. Bonda lama menghilang kerana sibuk mengurus majlis perkahwinan anak sulong Bonda, Nur Iffah. Banyak pengalaman dan pengajaran yang Bonda mahu rakamkan semoga ianya dapat memberi sedikit panduan buat sesiapa (termasuk Bonda) yang mahu menguruskan majlis kenduri perkahwinan. Ceritanya bersiri, dahlah tu setiap satu episod tu panjang pulak. Bonda memang suka bercerita (boleh tulis novel agaknya). Episod kali ini cerita tentang caterer Bonda semasa jamuan kenduri kahwin. Kes inilah yang paling kelakarnya.

Pengajaran daripada cerita ini, buatlah perjanjian bertulis secara terperinci dengan caterer tentang apa yang dia tawarkan dengan harga yang diberi. Lepas tu tambah satu perkara lagi tentang ganti rugi yang dia perlu bayar sekiranya dia langgar perjanjian. Siang-siang lagi Bonda bagi tau moral of the story bagi yang kurang masa untuk membaca sehingga cerita tamat.

Kejadian ini berlaku semasa jamuan kenduri kahwin Iffah pada 17 April 2011. Anak-anak Bonda menyifatkannya sebagai satu malapetaka. Apa taknya, anak-anak Bonda dengan pakaian yang ditempah khas (dress) dan high heel terpaksa menjadi pelayan orang makan, tukar air basuh tangan di tandas dan pelbagai kerja yang tidak sepatutnya mereka buat. Bukan setakat anak-anak, adik-beradik, anak saudara dan suami Bonda sendiri juga terpaksa selesaikan perkara yang sepatutnya dibereskan oleh Si Caterer Bonda.

Suami Bonda tidak dapat melayan dan menyambut tetamu kerana sibuk di dapur. Dia terpaksa bancuh air beberapa kali, angkat tong nasi, angkat lauk dan macam-macam lagilah yang tidak sepatutnya dibuat oleh tuan rumah, bapa pengantin pada hari itu.

Semasa majlis berlangsung, Bonda tak tahu sangat cerita kat meja makan kerana sibuk menerima tetamu dan sending them off. Nasib baiklah mereka tak datang bercerita pada waktu itu. Mereka saling membantu bagi melancarkan kenduri.

Semuanya bermula dengan kelewatan Si Caterer tu sampai di tempat majlis. Bonda mengadakan majlis ini di Taman Warisan Pertanian, Putrajaya, bukan kat rumah. Selepas majlis akad nikah di masjid Putrajaya, lebih kurang pukul 11.15 pagi, Bonda sampai di Taman Warisan. Si Caterer dah bersetuju bahawa keluarga pengantin perempuan akan makan pada pukul 11.30 pagi, sebelum tetamu sampai.

Bila Bonda lihat kosong aje tempat menghidang, food station, tiada seorang pun orang caterer, Bonda pun jadi risau. Bonda called banyak kali Si Caterer tu tapi dia tak angkat. Risau, cemas bercampur gaul. Tetamu pun ada yang dah mula datang. Bila makanan sampai, pelayannya tak cukup pulak, rasanya 3 orang aje. Dahlah tu budak-budak yang tak tau buat kerja. Bonda pun tak tau nak cakap apa, terpaksa serah kepada saudara mara untuk membantu dan membereskannya kerana tetamu pun dah mula datang.

Apabila keluarga duduk makan, tetamu pun dah mula sampai. Panik jugalah sikit-sikit, takut tak cukup seat. Seat untuk keluarga lelaki dah reserve kan sebab mereka juga akan sampai bila-bila masa aje dengan pengantin. Bonda memang tak jamah sebutir nasi pun pada hari itu kerana tetamu dah mula datang. Kawan-kawan Iffah, pengantin perempuan juga ramai dan pengantinnya belum sampai lagi. Jadi Bonda perlulah juga melayan mereka.

Dalam sibuk-sibuk melayan tetamu, adik lelaki Bonda datang berbisik 2 kali, lauk pengantin belum sampai. Rupa-rupanya pengantin terpaksa menunggu 1 jam lebih untuk makan. Tetamu yang makan bersama di meja pengantin adalah keluarga pengantin lelaki yang rapat dan penting. Malunya Bonda. Si Caterer tu bukanya nak inform Bonda akan kelewatannya itu. Dipendekkan cerita, Bonda sangat tidak berpuas hati dan rasa bersalah dengan semua tetamu Bonda atas segala kekurangan dan ketidaklancaran majlis itu. Kacau semua program.

Si Caterer ini direkomen oleh abang kepada tunang anak Bonda, Along panggilannya. Bonda memberi sepenuh kepercayaan dan keyakinan atas cadangan Along. Semasa jumpa kali pertama (Bonda, Iffah dan suaminya) dengan Si Caterer itu, dia ceritalah sedikit sebanyak latar belakang kerjayanya sebelum buat catering. Dia pernah bekerja di hotel-hotel sekitar Kuala Lumpur dalam department Food & Beverage. Dia juga tunjukkan keratan akhbar 6 beradik tukang masak. Baru-baru ni (sebelum Bonda berjumpa dia), dia telah menguruskan jamuan untuk 1,800 orang. Jadi cerita-cerita ini telah menambahkan keyakinan Bonda.

Pada hari kenduri, semasa Along datang berjumpa Bonda untuk minta diri, Bonda pun terceritalah tentang apa yang Si Caterer tu telah lakukan. Apabila Along dapat tahu makanan pengantin masih lagi tak sampai walaupun pengantin dah sampai, mengamuklah dia. Pesanan Along, jangan bayar apa-apa lagi kepada Si Caterer itu. Bonda tak sempat nak bank in RM1,950.00 baki bayaran jamuan pada hari Sabtu. Bonda dah bayar 67% daripada jumlah bayaran jamuan. Apa-apa Si Caterer tu hendaklah berurusan dengan Along. Bonda ikut ajelah pesanan Along.

Setelah siap berkemas, Si Caterer itu datang berjumpa Bonda, minta maaf dan jelaskan sebab kelewatannya. Bonda dah sakit hati dan geram. Nak tengok muka dia pun malas. Apa tah lagi nak dengar penjelasannya. Bonda suruh dia berurusan dengan Along aje. Tutuplah dulu setakat itu. Itu baru pengenalan. Part yang best akan bersambung di entri yang lain. Kita beri laluan kepada pesanan penaja.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...