Pernahkah anda terfikir apakah daya penarik rumah anda?
Kenapa nak ada daya penarik?
Untuk siapa?
Bagi Bonda, rumah perlu ada daya penarik untuk menarik anak cucu.
Apa yang boleh membuatkan anak cucu seronok pergi ke rumah atuk nenek mereka? Inilah persoalan yang perlu dijawab oleh Bonda sendiri. Dulu, zaman Bonda kecil, setiap kali cuti sekolah, Bonda akan menemani nenek di rumahnya. Rumahnya jauh, boleh dikatakan macam di pinggir hutan sebab dikelilingi pokok-pokok besar dan tiada keperluan asas.
Bot penambang
Mungkin keseronokan naik bot penambang untuk pergi ke rumah nenek, yang menjadi daya penariknya. Satu lagi yang best nya, mandi sungai (2 kali sehari), walaupun setiap kali pergi mandi kat sungai perlu bawa balik satu (1) baldi air kerana rumah nenek tiada paip air. Bila musim buah durian, pagi-pagi pergi cari buah durian yang gugur. Pokok durian hanya ada sebatang dua aje dekat rumah nenek tu. Bunyi buah durian gugur pun boleh dengar, betapa sunyinya kawasan sekeliling. Itu semua kenangan manis yang samar-samar dalam ingatan.
Rumah Bonda berada di kota raya, Kuala Lumpur, rumah teres dua tingkat , apalah sangat yang Bonda boleh tawarkan sebagai kenangan manis buat anak cucu.
Bonda suka juga baca dan beli buku sikit-sikit dan tercari-cari cara yang menarik untuk menyimpannya.
Bonda berhasrat untuk mewujudkan reading corner dalam rumah.
Adakah sesuai sudut bacaan digabung bersama ruang tamu?
Rasa-rasanya belum pernah dibuat orang.
Bonda mahu sudut bacaan ini 'hidup' dan menarik, bukan sekadar tempat meletak/ menyusun buku-buku saja.
Jika digabungkan ruang tamu dan sudut bacaan, rasa-rasanya perabotnya menjadi caca marba.
Perabot yang selesa dan santai
Hiasan yang sesuai
Pastinya sudut ini menjanjikan suatu kenangan manis buat anak cucu Bonda. Jadi, anda bagaimana pula?
kasih sayang, belaian manja dan layanan mesra itu lah menjadi daya penarik yang utama.
ReplyDelete