Saturday, July 24, 2010

Anak Oh Anak

Ni adalah tajuk sesi sembang-sembang dengan Ustaz Hj. Zahazan b. Mohamed di Dewan Serbaguna, Aras 9, Blok E12 Kompleks Kerajaan, Putrajaya. Majlis ini diberi nama Majlis Bicara Wahyu, anjuran Puspanita Kementerian Pelajaran Malaysia. Memang best lah perkongsian ilmu tu walaupun dah agak lewat buat Bonda untuk diaplikasikan kepada anak sendiri. Bonda juga bersyukur kerana hajat Bonda untuk berjumpa dengan Ustaz Hj. Zahazan b. Mohamed secara in person dimakbulkan.

Ustaz Hj. Zahazan mengingatkan kami semua yang hadir tentang kelebihan menghadiri majlis ilmu iaitu:
  1. Mendapat rahmat;
  2. Mendapat syakinah;
  3. Mendapat doa daripada malaikat;
  4. Dikenali oleh Allah;

Jadilah insan yang dikenali oleh Allah walaupun tak dikenali oleh manusia lain. Itu pesanan Ustaz Hj. Zahazan.

Fahami dan hayati Surah Luqman untuk kita jadikan sebagai panduan mendidik anak. Bonda pernah dengar nasihat ini tapi kurang ambil berat (masa muda-muda dulu). Akibatnya tanggung sendiri. Walau bagaimanapun belum terlewat, pesanan orang tua, "Sesat hujung jalan, balik ke pangkal jalan." Tapi usahakanlah supaya kita tidak tersesat.


Dalam mendidik anak-anak ...

Guna bahasa yang mudah

Lebihkan dalam memberi sokongan, motivasi, galakan (anggaran 80%).
Hanya 20% saja untuk hukuman.

Ambil berat, berkawan rapat dengan anak-anak.

Bonda sarankan ibu bapa dapatkan ilmu dan kemahiran kaunseling untuk berkawan dengan anak. Kaunseling bukanlah menasihat dan membimbing tetapi ianya adalah meneroka jiwa dan perasaan (itu fahaman Bonda).

Ajar akidah iaitu mengenali Allah dan rapat dengan Allah.

Ajak anak-anak berdamping dengan alam.

Buat aktiviti luar seperti di tasik, taman, sungai, laut, hutan, bukit. Bukannya buat aktiviti di pusat-pusat membeli-belah.

Lebihkan aktiviti daripada teori.

Buat baik dan hargai ibu bapa kita supaya anak-anak kita akan buat baik dan hargai ibu bapanya.
Kita buat baik kepada anak-anak kita, belum tentu lagi dia akan buat baik dan hargai kita.

Dirikan solat.
Solat adalah perkara pertama yang disoal di akhirat kelak.

Banyakkan bercakap dengan anak-anak.

Ajar anak-anak solat jamak dan qasar semasa dalam musafir/ perjalanan.
Tunaikan solat sebelum kita sampai (masih dalam perjalanan) di destinasi.

Latih anak-anak berniaga.

Ajar dan beri tanggungjawab kepada anak-anak.

Apa yang kita lakukan, itulah apa yang kita ajar.

Raikan anak-anak.

Pantau pemakanan anak-anak.
Kita adalah apa yang kita FIKIR, MAKAN, dan BACA.

Ajar anak-anak untuk menghafal supaya ingatannya kuat dan jadi cemerlang.

Terima anak seadanya.
Anak dicipta untuk mengisi pelbagai keperluan di dunia.

Selalu/ sering minta pertolongan Allah.

Bercakap secara sopan dan beradab.

Jangan melatih diri kita dengan sifat sombong.

Itulah serba sedikit catatan Bonda di sepanjang sesi itu (sebagai peringatan buat diri Bonda juga). Semoga anda menjadi ibu bapa yang lebih cemerlang daripada Bonda.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...