Lagu Bonda telah memberikan RM100,000.00 (100k) kepada Putera dalam rancangan Jangan Lupa Lirik (JLL). Setakat ni RM100k adalah jumlah tertinggi yang diperolehi oleh peserta JLL musim ke-2. Ini menjadikan dua (2) orang dah dapat RM100k daripada rancangan JLL.
Bonda memang minat dengan lagu tu, tambah-tambah lagi penyanyinya, M. Nasir. Dia seorang yang kreatif dan simple (daripada pengamatan Bonda). Walaupun minat, nak nyanyi tak pandai, liriknya pun lupa.
Selain daripada lagu kemenangan buat Putera, lagu ni sesuai untuk blog Bonda kerana tajuknya sama dengan tajuk blog Bonda.
Lirik lagu Bonda oleh M.Nasir
Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedang ku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu syurga
Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama
Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan
Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi
Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu
Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu
Oh! bonda
Bonda
No comments:
Post a Comment