Saturday, March 26, 2016

KRA, KPA dan KPI

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum
Segala pujian bagi Allah yang menjadikan kita sebaik-baik umat dan mengurniakan kita segala limpahan nikmat.
Selawat & salam ke atas junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga serta para sahabatnya.

KRA, KPA dan KPI, akronim yang mama sendiri keliru dan kurang memahami sebelum ini. Akronim KRA, KPA dan KPI adalah terminologi atau istilah dalam pengurusan (management).
Syukur Alhamdulillah, mama terjumpa post ini yang memberi sedikit pencerahan buat mama. Jadi mama kongsikan di sini untuk memudahkan rujukan mama.

Perbandingan antara KRA, KPA dan KPI dibuat berdasarkan fungsi tugas/ kerja (job function) sebagai contoh.

KRA - Key Result Area
- ditakrifkan sebagai tugas atau kerja dijangkakan akan dicapai (what a job is expected to accomplish).
- KRA mengenal pasti bidang (area) yang penting atau kritikal.
- Ia melihat dari segi outcome (it is the crucial outcome space).
- Outcome being the operative word.

KPA - Key Performance Area
- ianya adalah skop keseluruhan aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh individu yang memegang jawatan itu.
- ianya adalah pencapaian utama peranan jawatan (job role).
- achievement being the operative word.

Secara ringkas, KRA menentukan outcome atau hasil akhir yang dijangkakan. Manakala KPA menentukan semua aktiviti yang perlu dilaksanakan. Tidak semua aktiviti itu adalah result oriented.

KPI - Key Performance Indicator
- ianya adalah metrics yang menggambarkan pencapaian/ prestasi individu.

Rumusannya, kita ada KRA yang menggariskan bidang-bidang kritikal untuk peranan kita, KPA yang menentukan aktiviti-aktiviti tertentu yang perlu dilaksanakan dan KPI yang mengesan prestasi/ pencapaian sebenar kita.
--------

Wednesday, March 16, 2016

Lima Unsur Diri

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum.
Segala pujian bagi Allah yang menjadikan kita sebaik-baik umat & mengurniakan kita segala limpahan nikmat.
Selawat & salam ke atas junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW, kaum keluarganya serta para sahabatnya.

Diri kita terdiri daripada 5 unsur iaitu roh, jasad, akal, nafsu dan hati. Setelah kita tahu apa dia 5 unsur itu, kita perlu tahu apakah makanan bagi unsur-unsur itu supaya diri kita tidak bermasalah.

1. Roh, makanannya adalah mengenal Allah.
Kita perlu ajar diri kita mengenal Allah supaya diri kita segar dan tenang. 
Makanan yang buruk bagi roh adalah mengagumkan benda @ perkara selain daripada Allah. 
Runsing pada perkara yang tidak menentu, membuatkan roh jadi tidak sihat. Jika kita merasa runsing, check. Adakah kita mengagumkan selain daripada Allah? 
Usah rasa runsing. Bergantung haraplah sepenuhnya kepada Allah.
Bergeraklah atas takdir masing-masing. Berusaha semaksimum dan sebaik mungkin. Berserah kepada Allah. Kawallah dengan doa.
Roh perlu diberi makanan yang betul. 

2. Jasad, makanannya adalah makanan yang halal dan baik (tidak memudaratkan kesihatan).

3. Akal, makanannya adalah ilmu dan pengalaman.
Berilah ilmu dan pengalaman kepada akal. Sumber ilmu adalah pembacaan. Bacalah apa-apa bahan yang membuatkan kita hampir kepada Allah. Berkawanlah dengan orang yang baik-baik.

4. Nafsu, makanannya adalah tabiat atau sikap.
Didiklah nafsu dengan amalan yang baik.
Menangguhkan amalan yang baik bermaksud beri makanan yang tidak baik kepada nafsu. Jangan bertangguh untuk buat kebaikan atau kerja. Kita perlu sentiasa berusaha dan bergerak bersungguh.
Jangan bunuh nafsu tapi didiklah.

5. Hati, makanannya adalah sifat-sifat yang baik seperti redha, kasih sayang.
Sifat-sifat yang tidak baik adalah makanan yang tidak elok bagi hati.

Jika kita berdepan dengan orang yang bermasalah, ingatlah hanya sebahagian daripada unsur dirinya yang bermasalah. Lihat, renung dan perhatikan unsur mana yang bermasalah. Berdoalah kepada Allah supaya diberi pendekatan yang betul dan tepat dalam menangani individu yang bermasalah.

Di samping kita memerhati orang lain, kita juga seharusnya melihat diri kita. Unsur manakah yang bermasalah. Ingatlah, kita akan balik kepada Allah secara bersendirian. Allah melihat di mana penghujung kehidupan kita.

Buat baik, dibalas baik. Itu adalah fitrah.
Buat baik, dibalas buruk. Itu adalah dendam.
Buat buruk, dibalas baik. Itu adalah sunnah. Inilah nilaian umat Nabi Muhammad saw yang terbaik.

Catatan mama pada 14 Mac 2016 - program Pesona di Zahra, radio Ikim FM, Ustaz Mohd Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...