Friday, February 26, 2016

Sabar Dalam Meninggalkan Kejahatan


Assalamualaikum
Segala pujian bagi Allah yang menjadikan kita sebaik-baik umat dan mengurniakan kita segala limpahan nikmat.
Selawat dan salam ke atas junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda serta para sahabatnya.

Islam menuntut atau mahu kita, umatnya supaya bersabar. Sabar, separuh drp iman.

Kesabaran berkait rapat dengan iman. Jika iman itu tinggi, kesabaran juga tinggi.

Kalau nak tahu tahap keimanan kita setinggi mana, ukur atau lihatlah tahap kesabaran kita dalam 3 perkara iaitu:
1. Kesabaran dalam melakukan ketaatan kepada Allah.
2. Kesabaran dalam meninggalkan maksiat.
3. Kesabaran dalam menghadapi ujian Allah.

Bersabar bukan sahaja ketika menghadapi ujian atau musibah, tetapi juga ketika melakukan ketaatan dan meninggalkan kejahatan atau maksiat.

Maksud sabar dalam erti kata yang mudah adalah menahan atau mengekang nafsu untuk dapatkan keredhaan Allah.

Dalam keadaan atau kes yang tertentu, melakukan kejahatan atau keburukan lebih mudah daripada meninggalkan kejahatan atau keburukan itu. 

Kejahatan (dosa atau maksiat) itu nampak manis, lazat dan mudah, contohnya riba, zina (sex tanpa tanggungjawab), rasuah (wang yang diperolehi tanpa susah payah), dedahkan aurat (beri rasa bangga dengan kecantikan).

Sabar ketika meninggalkan kejahatan atau maksiat bermaksud menahan apa yang nafsu inginkan. Nafsu cenderung kepada kejahatan.

Kenapa Kejahatan atau Maksiat Itu Nampak Indah?
1. Syaitan yang menghias atau menampakkan kejahatan atau maksiat itu indah, supaya kita tertarik kepada syurga dunia dan terlepas syurga akhirat.
2. Gaya hidup orang-orang yang berdosa dilihat sebagai satu standard.
3. "Kita hidup lama lagi." Itulah tiupan bisikan syaitan. Kerana kita terpengaruh dengan bisikan itulah, maka kita masih tegar atau sanggup lakukan maksiat.

Bisikan hati ada dua iaitu bisikan ilham dan bisikan jahat. Bisikan ilham yang baik datangnya daripada malaikat. Manakala bisikan jahat datangnya daripada syaitan.
Syaitan tidak suruh kita lakukan kejahatan secara direct. Dia melakukan secara beransur-ansur. Syaitan menampakkan logiknya kejahatan itu untuk dilakukan secara sikit-sikit. Syaitan akan melengah-lengahkan kita untuk melakukan kebaikan. Syaitan tarik kita kepada 'grey line'. Dalam keadaan taat, syaitan masukkan kejahatan.

Syaitan dan hawa nafsu sentiasa tipu kita dengan menampakkan kejahatan itu indah dan manis.

Kejahatan itu nampak indah. Tapi bila dilakukan, ada penyesalan.
Kebaikan, bila dilakukan, ada kemanisan dan ketenangan.
Sesuatu yang meresahkan, itu adalah kejahatan.

Kita tinggalkan kejahatan. Adakah kita betul-betul tinggalkan kerana Allah? Atau kerana tiada peluang untuk lakukan kejahatan itu? 
Tinggalkan maksiat yang wajib, lebih baik daripada melakukan amalan sunat. 

Tiada manusia yang tidak melakukan kejahatan. Tetapi sebaik-baik orang yang berdosa adalah orang yang bertaubat. Jangan berputus asa dalam memohon keampunan daripada Allah.

Bila iman ada di hati, hati itu hidup. Apakah ciri-ciri hati yang hidup? Macam mana kita tahu yang hati kita hidup? 
Hati yang hidup adalah hati yang merasa kesal bila terlepas peluang buat kebaikan.
Hati yang hidup adalah bila kita rasa nak bertaubat bila lakukan kejahatan.

Orang yang beriman, mata hatinya celik.
Orang yang beriman, rela terima kesusahan yang sedikit untuk dapat kenikmatan yang kekal abadi di akhirat
 
Catatan mama daripada program Islam Itu Indah, radio Ikim FM yang disampaikan oleh Ustaz Pahroi Mohd Joui, November 2015.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...