Sunday, June 20, 2010

Aksi Di Persisiran Pantai

Peluang beraksi di persisiran pantai tidak dimiliki oleh semua pengantin. Pengantin mahu saat manis itu dirakamkan dengan cara yang paling menarik, kreatif, romantik dan ceria. Pengantin mengharapkan idea-idea daripada photographer untuk aksi-aksi yang menarik. Oleh itu photographer adalah seorang pengarah dalam skopnya yang tersendiri.
Berikut beberapa aksi dan shoot yang diharap dapat memberi cetusan idea.

Aksi 1: Pengantin memandang/ merenung ke arah laut,
Shoot : posisi tepi.

Aksi 2: Pengantin memandang/ merenung ke arah laut
Shoot : posisi belakang pengantin

Aksi 3: Pengantin membelakangkan laut.
Shoot : posisi bawah, nampak langit

Aksi 4: Pengantin berdiri membelakangkan laut
Shoot: posisi eye level, ada image objek di belakang

Aksi 5: Pengantin duduk membelakangkan laut
Shoot : posisi eye level

Aksi 6: Pengantin merenung antara satu sama lain
Shoot : membelakangkan laut

Aksi 7: Pengantin bergerak/ berlari

Saturday, June 19, 2010

Jambangan Tangan

Jambangan tangan menjadi suatu kemestian yang perlu ada pada pengantin perempuan. Kurang serinya dan kosong rasanya kerana tiada memegang sesuatu.
Walaupun jambangan tangan digunakan sekejap saja (masa majlis itu saja), ianya dipilih dengan begitu teliti berdasarkan kriteria seperti cantik, menarik, warnanya kena dengan baju pengantin.
Rakaman jambangan tangan wajib ada dalam album memori pengantin kerana ia adalah sentimental value buat pengantin terutama pengantin perempuan.

Cincin Perkahwinan

Cincin perkahwinan tergolong dalam kategori barangan sentimental value kepada pasangan pengantin. Gambar cincin perkahwinan mesti ada dalam album memori perkahwinan pasangan pengantin.
Gambar-gambar yang dipaparkan ini sekadar untuk memberi idea dalam membuat shooting cincin perkahwinan. Bonda dapatkannya daripada internet. Post ini Bonda tujukan khas buat puteri Bonda dan anda yang berjinak-jinak merakamkan saat manis perkahwinan.

Wednesday, June 16, 2010

Kenangan Bersama Timbalan Setiausaha Bahagian

Cik Hajah Rokiah bt. L. Abdullah, Timbalan Setiausaha Bahagian (TSUB), Sektor Pembangunan Kompetensi, Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK), Kementerian Pelajaran Malaysia. Bersara pada 25 Mei 2010. Beliau merupakan TSUB Sektor Pembangunan Kompetensi yang pertama.

Lawatan ke pameran sambutan Hari Guru 2010 di Kuantan, Pahang
Kenangan bersama sebahagian daripada peserta bengkel penggubalan item PTK di Hotel Legend Cherating, Pahang pada 10 - 15 Mei 2010.

Kenangan bersama Pengarah Kolej Matrikulasi, Ketua Jabatan, Ketua Unit, Pensyarah dan pegawai Kolej Matrikulasi
Bengkel kerja penggubalan instrumen dan rubrik penilaian PTK kaedah pencerapan

Hari pertama di Taman Negara, Pahang
Hari kedua di Taman Negara, Pahang
Bonda bersama Cik Hajah Rokiah
Sumbangan kepada kaum asli Batek. Itu tok patin nya.
Hari ketiga di Taman Negara, Pahang

Bersantai di Teluk Chempedak, Kuantan Pahang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...